October 30, 2009

AKU HENDAK TOLONGLAH, BENGONG

DENGAR sinilah. Aku datang dan cakap-cakap ini kerana aku memanglah hendak tolong. Dengar sini. Itu. Harga minyak. Harga beras. Orang miskin dan tidak berumah. Kos perubatan yang tinggi. Insuran. Pelbagai benda perkara lagilah kalau hendak cakap satu hari pun belum tentu habis. Aku memang hendak tolong dan tidak mahu susah-susahkan otak kau serabut berfikir.

Tahu tidak? Aku ini penolong dan penyelesai segala masalah. Kalau tidak buat apa aku berdiri dan hadir di atas angkasa yang nun jauh teramat tinggi ini. Tentulah kerana aku ini adalah penolong. Tahu tidak? Cuba sebut perlahan-lahan: p – e – n – o – l – o – n – g.

Hah, begitulah. Pandai pun kausebut.

Ingat itu. Semua benda aku hendak tolong kerana tidak mahu kau menjadi serabut berfikir tentang semua itu.

Ingat itu dan jangan pula hendak jadi bengong kerana aku ini memanglah penolong.

Dan kalau ada yang gatal mulut konon aku ini juga kuat dan suka menyelonongkan segala benda yang boleh diselonong ke dalam perut dan poket segala macam kroni aku, itu janganlah kau percaya kerana itu semua adalah fitnah belaka.

Ingat itu kerana aku memang hendak tolonglah, bengong.

Oktober 30, 2009

October 29, 2009

SALUN EKSOTIKATA



SEBUAH buku yang didakwakan sebagai memuatkan selonggok sajak, yang mungkin memang benar-benar sajak atau sekadar melagak-lagakkan dirinya sebagai sajak. Sesuai dibaca dalam pelbagai suasana dan ketika. Kadang terasa dan berbau pop dan malah terhidu juga bau percikan air ghairah . Malah jangan terkejut kalau sesekali terkilas bayangan payudara. Jangan risau dan gelabah kerana inilah sebuah karya dari dunia orang muda atau sesiapa yang berasa perlu menganggap dirinya masih muda, yang berasa perlu dan ingin bebas menyatakan perasaan. Yang berminat membeli boleh langsung menghubungi setiap mereka yang dengan beraninya telah mengisytiharkan diri mereka sebagai penyajak dan menerbitkan karya di dalam buku ini. Jangan lupa juga, MARSLI N.O turut menulis pengantarnya. Anda tidak rugi membeli.

Oktober 29, 2009

October 23, 2009

KONON-KONON

TAHU atau tidak apa dan kenapakah yang menjadi penyebab bangsa yang dikatakan sebagai tuan dan berhak menuankan sendiri dirinya di tanah ini semakin hari kaulihat berkecamuk lenggok dan lenggang perjalanan hidupnya?

Tidak perlulah menjawab atau huraikan segala sebab dan penyebabnya kerana segala yang dikata serta dikaitkan dengan orang lain itu sebenarnya punca dan penyebabnya adalah dari kalangan bangsa itu sendirilah segala sebab dan punca adanya.

Tidaklah perlu mencari atau menjadikan apa barang sedikit pun kesaksian selain dari tidak sudah serta hentinya akan bangsa yang dikatakan sebagai tuan dan layak menuankan dirinya sendiri di tanah ini itu menjadi akan demikian layak serta peri hidupnya itu kerana lantaran adalah perbuatan dari kalangan sendirinyalah belaka.

Demikianlah akan sudah jadi dan perinya. Tatkala dalam berkonon-konon itu dengan segala megah serta sombong yang membumbung hingga nun jauh melangit tinggi, sehingga menampakkan segala urat dan tengang di leher itulah maka yang datang dari segala genap penjuru merebut akan segala peluang.

Lalu dalam berkonon-konon begitulah maka yang selalu berada dalam kerugian serta ketinggalan tetaplah akan bangsa yang ini juga.

Sehinggakan, sepuluh jong yang masuk, anjing bercawat ekor juga dan yang kenyang tetaplah para yu atau jerung-jerung itu jua.

Oktober 19, 2009

June 11, 2009

KALAU AKU CAKAP JANGALAH KAUMARAH

KALAU hari ini aku cakap kau adalah tergolong antara manusia yang dengan sengaja dan rela hatinya memilih menjadi manusia yang bodoh dan tidak akan dapat mengejar apa yang disebut serta dinamakan orang itu sebagai kemajuan, janganlah kaumarahkan aku kerana itu.

Terngiang kata demi kata terluncur dari bibir si hantu yang tanpa silu dan segan mengaku dan memperkenalkan dirinya sebagai telah menjadi manusia dan menggunakan nama Mat itu.

Janganlah kau cepat hendak marah dan hendak buat tidak tentu hala dengan aku ini walau pun aku tahu aku ini memang hantu. Kerana apa yang aku cakap ini memang ada benarnya dan bukan dengan sengaja-sengaja aku sebut kerana hendak sengaja-sengaja juga untuk menyakitkan hati kau. Tidak sama sekali tidak. Aku sebutkan ini kerana sebenarnya aku hendak kau ini ada sedikit juga rasa sedar dan tidak hanya berfikir hanya apa sahaja atas dan ada dalam dunia ini hanyalah kau sahaja yang betul.

Terluncur lagi kata dari bibir si hantu itu dan aku masih membisu.

Memang kau akan kata aku ini mengada-ada dan tidak sedar akan diri kerana bercakap dan berkata begini di depan kau. Tetapi itulah yang aku nampak dan perhati akan atas diri kau ini. Apa-apa sahaja benda yang kalau bukan atas kehendak serta kemahuan kau tetaplah akan kaubantah dan katakan tidak. Walau apa yang kaubantah dan katakan tidak itu sebenarnya tetaplah ada akan faedah serta kebaikannya.

Masih lagi kini terngiang kata demi kata dari bibir si hantu yang kini mengaku juga sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu.

Itulah sebabnya aku katakan begitu. Betapa dengan cara yang begitu maka kau ini memang tergolong dari kalangan manusia yang dengan dan sengaja telah memilih untuk terus selamanya menjadi orang yang bodoh dan tidak akan dapat mengejar apa yang disebut serta dinamakan orang itu sebagai kemajuan. Kautahu ini tidak atau kausengaja membuat tidak tahu akan mengenai perkara ini? Atau kau sengaja memang hendak menunjukkan pongah dan sombong dirimu semata-mata.

Kini kata yang terluncur dari bibir si hantu itu bertambah dengan nada tanyanya pula dan aku masih tetap membisu tanpa sebarang kata dan suara.

Kenapa kaudiam? Kenapa? Apakah sebab dan puncanya maka kini kau menjadi bisu dan kelu pula? Apakah habis sudah hujahmu untuk memenggal segala apa yang baru aku sebut dan nyatakan melalui suara?

Aku masih tetap membisu.

Itulah. Kauingat hanya segala apa yang datang dari mulut kau sahajalah yang betul. Bila orang sebut dan kata kalau mahu menjadi bangsa yang maju dan cerdik kau mesti dan hendaklah berkata dan bercakap dengan bahasa yang selain dari bahasa ibumu, kaukatakan itu suruh dan saran yang tidak masuk akal. Itulah. Apalah haprak sungguh kau ini. Semuanya hendak kaubantah dan tentang sahaja.

Aku masih tetap membisu.

Sebenarnya siapa yang bodoh? Kaukah yang memang bodoh atau mereka?

Aku masih tetap diam dan membisu. Walau di dalam, hatiku terasa membengkak dan kian membengkak menahan rasa lucu dan geli hati.

Dan bebelan si hantu yang tanpa silu dan segan mengaku dan memperkenalkan dirinya sebagai telah menjadi manusia dan menggunakan nama Mat itu kubiarkan diterbangkan begitu oleh angin yang tidak hentinya menyapa lalu.

Jun 12, 2009

June 10, 2009

SI HANTU, MANJIS DAN PERNIAGAAN TOPENG-TOPENGNYA


BUAT apalah kau melangut dan tercenung sampaikan begitu sekali. Kauingat apa? Kaufikir kalau kaupecahkan otak milikmu sehinga bersepai-sepai kerana memikirkan itu maka segala yang sedang merusuhkan hati dan mindamu itu akan usaikah? Apalah kau ini. Tidak sudahnya kau ini membuat perkara yang bodoh dan lagi bahlol itu.

Tersentak aku jadinya mendengar sergah itu. Aku yang memang sejak tadi sendirian tercenung sendirian di kamar itu segera mengalihkan pandang. Di hadapan pandangan kulihat tersergam berdiri sesosok jasad hitam dan legam sedang tersengih-sengih.

Cis, datang lagi kau si hantu yang entahkan apa. Ke mana selama ini kauhilang melenyapkan diri dan malam ini apa pula mimpi datang mengacau-ngacau aku di sini. Tanpa berselindung aku menghamun si hantu yang sudah lama tidak kelihatan dan datang menggangu aku di kamar itu.

Ha. Ha. Ha. Ketawa yang amat galaknya akan si hantu yang selalu mengaku dan memperkenalkan dirinya sebagai telah menjadi manusia dan menggunakan nama Mat itu.

Apalah kau. Buat apa aku hendak datang secara sengaja-ngaja kalau tidak ada sesuatu yang hendak aku kata dan ceritakan dengan engkau. Selamab sahaja si hantu itu menjawab dan berkata-kata. Dan aku tahu memang dasar si hantu, walau kumaki seguni atau selori sekalipun manakan dia pedulinya. Perangai hantunya tetaplah hantu juga. Kalau tidak datang mengganggu dan mengacau tentulah bukan hantu namanya.

Hah, kalau begitu apalah cerita. Buat apa kau hendak berseloka dan bermadah panjang lagi. Sudahlah dan ceritakanlah sahaja. Aku pun sudah lama tidak mendengar cerita karut dan marut dari mulut kau, wahai si hantu.

HI. Hi. Hi. Apalah kau ini. Nama sahaja penyair dan pengarang. Hendak juga mendengar dan menjiplak cerita dari si hantu seperti aku. Apalah. Heh, kau ini sudah habis idea sangatkah hingga begitu sekali menunggu cerita aku dari si hantu ini?

Sudahlah. Kalau hendak kaucerita, cerita sahajalah. Kalau tidak mahu berambus dan pergi sahajalah dari kamarku ini. Tanpa sebarang lapik dan alas aku langsung menyeranah si hantu itu.

Sabarlah. Kalau sungguh pun hendak sangat aku bercerita, biarlah aku duduk dan berasa selesa dahulu. Lainlah kau. Kalau sudah naik syekh dan semangat tidak sedar berdiri dan terkinja-kinja di depan orang. Kadang-kadang hinggakan berbuih air liur kau meleleh di pipi tidak juga kausedar.

Celaka sungguh si hantu ini. Sempat juga diambilnya ruang dan peluang hendak mengutuk aku. Tanpa suara aku memaki si hantu itu di dalam hati.

Sudahlah. Ceritakanlah sahaja. Kini aku menjerkah. Dan si hantu segera menghentikan kata sambil kedua-dua bola matanya terkebil-kebeil menatap wajahku ke atas dan ke bawah.

Kauingat tak dengan Si Manjis? Manjis yang itu. Yang selalu mundar dan mandir kalau ada sesuatu itu.

Hah, kenapa pula dengan dia? Sudah jadi orang kaya jutawankah sekarang dia? Atau sudah hilang lenyap dipenggal kepala oleh si pemberi hutang.

Bukanlah. Sekarang dia sudah mula dengan kesukaan baru. Kautahu apa dia?

Heh, hantu sungguh kau ini? Kalau aku tahu buat apalah pula hendak aku bazirkan masa dan waktu melopong di depan kau wahai si hantu?

Itulah yang hendak aku beritahukan ini. Sekarang ini Manjis yang dulu hobinya berjalan dan terbang ke sana dan ke mari kini sudah menetap kejap di atas muka bumi. Manjis sudah tidak mahu berterbangan ke sana dan ke mari lagi. Kau tahu tidak? Sekarang ini Manjis sudah menjadi ahli perniagaan dan namanya pun keudengar semakin menjadi tersohor kerana niaganya itu.

Apa sebenarnya yang diniagakan dia sehingga begitu sekali tersohor dia?

Hah, itulah yang aku sebagai hantu sendiri pun berasa pelik. Aku ingat kau sendiri pun susah hendak mahu percaya.

Sudahlah. Kau ceritalah apa sebenarnya. Apa yang dia niagakan? Apa? Cepatlah kau cerita. Kudesak si hantu itu agar segera meneruskan ceritanya.

Manjis berniaga topeng. Macam-macam jenis topeng. Ada topeng rimau, ada topeng kucing, ada topeng anjing, babi, biawak. Tetapi itu semua tidaklah laku dan laris sangat kalau hendak dibandingkan dengan topeng yang satu lagi.

Topeng apa pula?

Itulah. Kalau fikir dalam-dalam memanglah sangat tidak logik.

Aku tahulah itu. Tetapi topeng apa?

Aku pun rasa tidak yakin hendak beritahu kau. Bukan apa. Aku takut nanti kau ingat aku hendak bermain-main pula.

Aku tahulah. Tetapi apa dia.

Si hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan kini menggelarkan dirinya sebagai Mat itu merenung wajahku ke atas dan ke bawah.

Apa dia? Cepatlah kaucerita. Buat apa hendak kau tangguh-tangguh lagi. Kini aku terus mendesak dan mendesak.

Manjis sekarang ini menjadi kaya jutawan hanya dengan berniaga topeng. Dan topeng yang dia niagakan itu bukanlah sebarang topeng. Topeng yang dia niagakan itu namanya topeng bahasa. Kerana topeng itulah Manjis kini tidak sahaja menjadi seorang kaya jutawan secara tiba-tiba tetapi sekaligus juga menjadi orang terpandang dan ke mana-mana disanjung puja.

Aku diam dan beberapa ketika kembali tercenung. Aku tidak pasti apakah si hantu itu benar-benar menyampaikan cerita atau sekadar hendak mempermainkan diriku.

Benarkah Manjis kini menjadi kaya jutawan kerana berniaga topeng bahasa? Dan kalau benar apa yang dia perniagakan itu, lama terngiang tanya ini di benak milikku: bahasa milik siapakah yang kini diperniagakan Manjis?

Tanya itu terus terngiang-ngiang di benakku. Terngiang dan terus terngiang.

Dan malam itu, ketika tidur, aku didatangi mimpi negeri.

Di sekelilingku, kulihat darah tergenang di mana-mana. Aku terrkapai-kapai berenang ingin menyelamatkan diri. Di sana-sini terdengar ratap, raung dan tangis manusia yang warna kulitnya sama sawo seperti kulit milikku.

Dan di atas sebuah singgahsana, kelihatan Manjis berdiri dengan angkuh dan sombongnya. Sambil dikerumuni segerombolan orang yang kulihat asing, Manjis melambung-lambungkan huruf demi huruf yang bermula dengan m dan berakhir dengan u.

“Tawarlah. Siapa yang memberi harga paling mahal dan tinggi, akan kuserahkan ini kepada kalian,” dari jauh kudengar Manjis berteriak. Teriak Manjis disahut pula dengan sorak bertagar-tagar yang bersipongang entah dari mana.

Ketika kemudian aku tersentak dan jaga. Bertalu kembali tanya menerjahi benak dan aku tidak pasti apakah itu sebenarnya hanyalah suatu mimpi atau memang sesuatu yang sudah benar-benar terjadi.

Sungguh aku tidak pasti.

Jun 10, 2009

May 18, 2009

BERTANGISLAH MELAHU-LAHU, KONON. TETAPI APALAH SUDAH DAN GUNA LAGI


KONON, prihatin dan terlalu mengenangkan sungguh dirimu akan nasib dan masa depan kami penghuni yang melata di lembah-lembah sedang kau tetaplah juga berlenang dan senang di mahligai indah nun di puncak bukit yang hampir mencecah langit dan angkasa itu.

Konon, tidalah dapat akan dirimu melenakan tidor kerana asyik memikirkan segala yang sudah dan sedang terjadi ke atas diri sekalian kami yang hanya melata di lembah ini. Tetapi lupakah dirimu siapakah dahulu yang mendatangkan segala bencana ini kalau bukan dirimu dirimulah jua adanya.

Jelas dan nyata sungguh pandainya amat kaubermain dan membelitkan kata. Betapa, ketika kau sedang bermalas-malas di peterana itu, pernahkah sekalipun dirimu berfikir mengenai untung dan peri nasib diri kami ini?

Tidakkah tatkala itu kausengaja membuat menjadi lupa semata-mata kerana sombong dan asyiknya dirimu menimbun segala harta dan mengembongkan tembolok sendiri. Sehingga di dalam asyik dan leka itu, tidaklah sudi dirimu ingin mendengar segala keluh dan rintih kami yang hanya melata di lembah ini. Kecuali ketika tiba saat yang bakal menjadi penentu itu, datanglah dirimu bersama konco dan segala pencacai menabur sejuta janji dan bujuk yang selalu dirimu dengung dan semboyankan atas nama maruah dan masa depan.

Tetapi maruah dan masa depan siapa? Kerana yang kenyang dan selesa tetaplah dirimu dirimu jua. Dan kami yang melata di lembah, tetaplah insan yang melata dan tidak akan berasap dapornya jika tidak menitiskan keringat usaha.

Tetapi begitulah akan peri dan kisahnya. Konon, datanglah lagi dirimu hari ini menayangkan wajah sememeh dan semacai bagaikan kain tidak sudah berjahit dan menuturkan konon segala petua dan kata hikmat.

Tetapi kata hikmat dan petua untuk siapa? Lupa sudahkah dirimu siapa yang sebenarnya menjadikan sekalian kami keliru dan buntu kalau bukan dirimu jua?

Jadi sudah dan hentikanlah segala konon dan demi konon itu. Apalah lagi gunanya kini menangis melahu-lahu jika segalanya semakin hampir menjadi debu.

Seperti kata pepatah lama, berpuluh jong masuk namun yang berada tetaplah mereka yang datang jua dan kami di lembah tetaplah tidak sudah berkeluh dan berkesah.

Jadi sudahlah berkonon dan tiada gunanya lagi menangis hinggakan melahu-lahu.

Mei 18, 2009

May 14, 2009

KISAH MEREKA YANG MEMILIH MENJADI HAIWAN YANG BERLAGAK DENGAN CAKAP DAN KATANYA

INI adalah suatu kisah mengenai segerombolan manusia yang dengan rela hatinya memilih menyunglapkan diri menjadi sejenis haiwan yang kegemarannya adalah berlagak dengan cakap dan kata-katanya.

Lagaknya itu amat dan terlalulah dipamer serta tonjolkan terutama kalau diberi peluang bercakap-cakap itu di depan khlayak yang ramai serta lagi disiarkan di kaca televisyen. Walau dia tahu, khalayak yang mendengar cakap-cakap dia itu tidak lain dan tidak bukan adalah makhluk yang sama sebangsa dengannya juga.

Tetapi itulah yang jenis segerombolan manusia ini memilih menjadi itu. Akan di dalam perasaan tidaklah terperikan berasa bangga dan lagi sombongnya kalau segala cakap dan kata-katanya terdengar serabut dan amatlah susah hendak dimengerti oleh orang yang ramai. Maka kononnya amatlah menjadi tinggi akan martabat diri dan kedudukan akan mereka itu kerana cakap dan kata-kata yang sangat tidak dimengerti oleh orang-orang yang ramai itu.

Namun akan sejenis haiwan itu pun tetaplah mendatang rasa pelik dan ganjil juga akan segerombolan manusia yang memilih meniru dan menjadi itu. Hendak dikatakan beruang tidaklah beruang. Hendak dikatakan harimau tidaklah juga harimau. Hendak dikatakan ikan tidaklah juga ikan kerana hidup sehari-harinya tetaplah juga di atas daratan juga adanya.

Lalu akan sejenis haiwan yang dipilih untuk meniru dan menjadi oleh segerombolan manusia itu apakah dianya?

Itulah yang memang menimbulkan rasa hairan dan ajaib di dalam pemikiran ramailah orang. Semuanya kelihatan songsang dan tidak bersesuaian. Tetapi akan kelihatan dan lakunya mendekati amat kepada seekor monyet dan keturunan kera atau yang sejenis-jenis dengannya.

Ini bertambah-tambahlah amat ketara tatkala segerombolan manusia itu akan bercakap dan berkata-kata dengan bahasa yanga amat tidak dimengerti oleh ramai orang itulah. Maka akan ketika itu, tatkala sedang bercakap dan berkata-kata itu kelihatan amatlah sangat ketara perilaku bagaikan seekor monyet atau kera itu.

Tetapi itulah akan poeri dan lakunya segerombolan manusia yang tidak sedar akan peri dirinya yang sebenar itu.

Ini sepertikanlah suatu perumpamaan betapa mereka yang sehari-harinya menyentuh belacan tiba-tiba mahu memakan keju.

Tetapi begitu memanglah malang dan kasihannya melihat akan segerombolan manusia itu.

Sudahlah mempunyai kata dan bahasa yang molek-molek dan lagi indah tetapi kerana terlalu ingin berlagak-lagak maka akan bercakap dan berkata-kata itu bahawa sejenis haiwan yang tidak jelas jenis dan usulnya itu juga yang hendak diritu dan dijadikan mereka ikutan.

Akan hinanya mereka, tidak lain kerana itulah.

April 27, 2009

CELAKA KAU, HANTU


HELO. Begitu terdengar sapa itu dan aku yang sedang terkebil-kebil di depan komputer buku di pagi yang menghampir ke Subuh itu sedikit menoleh.

Lagi-lagi kau. Begitu aku mendesis dengan suara yang sengaja kuperlahankan.

Di depanku, kelihatan sesosok lembaga berwarna hitam legam menyunggingkan senyum sumbingnya. Lembaga itu tidak lain dan tidak bukan adalah si hantu yang setahun dua yang lalu yang asyik datang mengganggu dengan segala racau dan repeknya ke dalam kamar tulisku dan kebelakangan ini sudah semakin jarang datang bertandang.

Tanpa kupelawa atau kusuruh si hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu kini kembali menjengulkan wajah.

Kauhendak apa? Sengaja aku berpura ramah dengan tanya itu.

Macam biasalah. Bukan kau tidak tahu. Aku datang ini kerana memang dengan sengaja-sengaja hendak mengacau-ngacau dan merepek-repek lagi depan kau. Selamba sahaja si hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu menjawab tanyaku.

Aku hanya tersengeh. Lantaklah kau hendak cakap dan merepak apa pun aku apa peduli. Begitu dalam diam kubisikkan kata kepada diriku sendiri.

Tiba-tiba kudengar si hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu ketawa berdekah-dekah. Tidak cukup dengan ketawa, kulihat kini si hantu itu berguling-guling pula di lantai kamarku. Tergolek-golek dan terkawang-kawang kedua-dua belah kakinya menerajang udara.

Sudah dan hentikanlah ketawa kau itu. Kautahu tidak sekarang jam berapa? Cukuplah kaudatang mengganggu aku dan jangan jiran atau anak keluargaku pun hendak kauganggu juga. Begitu kulontarkan kata menyuruh si hantu itu agar segera menghentikan dekah tawanya yang kurasakan sudah mulai menjadi gangguan itu.

Kautahu kenapa aku ketawa ini?

Manalah aku tahu apa yang ada di dalam kepala otak dan isi perut kau. Begitu aku membalas tanya si hantu itu dengan perasaan yang mulai didatangi rasa sebal.

Aku ketawa ini kerana berasa sangat tergeli hati melihat telatah mereka yang bergelar manusia seperti kau ini. Katanya semuanya berakal dan bijak pandai. Tetapi kenapa sekarang sampai sudah jadi macam orang tidak berakal dan mabukkan sesuatu.

Heh. Manusia mana yang kaumaksudkan ini? Jangan di waktu begini pun kauhendak menyindir dan memperli aku. Apa kauhendak kena belangkong dengan batang besi paip inikah? Tanpa sedar aku menjerkah si hantu itu. Kata yang baru terluncur dari bibirnya itu entah kenapa terasa mencuit sabar lelakiku.

Aku tahu kau tentu akan marah bila mendengar kata-kataku ini. Tetapi kau janganlah salah faham dan mengerti. Aku tidaklah maksudkan kata-kata ini kepada kau.

Habis kalau bukan kepada aku, kepada siapa pula yang kaumaksudkan? Pantas aku memotong dengan tanya kata dalih si hantu itu.

Itulah seperti yang aku katakan tadi. Mereka itu semuanya mengaku bijak dan berakal. Tetapi kenapa sekarang laku dan perbuatan mereka seperti orang mabukkan sesuatu sehingga sanggup berebut-rebut, bertolak-tolak dan menjerit pekik?

Apa yang kaucakapkan ini? Siapa yang menjerit? Siapa yang berebut-rebut pula? Apa ini? Aku yang masih belum mengerti duduk perkara pantas melontarkan kembali tanya kepada si hantu itu.

Malang sungguh nasib kau menjadi manusia. Patutlah begitu menjadi nasib dan peri semua. Seribu umat pimpinnya oleh si congkak dan tamak. Hinggakan sanggup kembali menjadi budak di depan khalayak. Bagai tidak bermalu asalkan mendapat sehala kehendak.

Heh, apa yang kauhendak madah-madahkan pula ini? Sejak bila pula kau si hantu pandai bersajak dan bermadah begini? Apa yang hendak kausebut dan katakan kepada aku ini, hah? Begitu aku kembali menerjah si hantu itu dengan jerkah. Hairan dan ajaib juga terasa di dalam hatiku mendengar madah dan kata bersajak-sajak terlontar dari bibir si hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu .

Tanpa sepatah kata, tiba-tiba dan tidak semena-mena, tanyaku dijawab oleh si hantu itu dengan gelak dan tawa berdekah-dekahnya. Dan oleh keasyikkannya kulihat si hantu itu kini berguling di lantai kamarku.

Diasak oleh rasa marah yang mulai berpinar menjolok perasaan, kugapai besi batang paip yang tergeletak di bawah meja tulisku.

Namun belum pun sempat kuhayun ke arah si hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu , kelibat dan bayang jasadnya kini telah lesap entah ke mana.

Hanya yang bagaikan masih terngiang dan berkumandang dipendengaran milikku tidak lain adalah kata bebelannya itu.

Malang sungguh nasib kau menjadi manusia. Patutlah begitu menjadi nasib dan peri semua. Seribu umat pimpinnya oleh si congkak dan tamak. Hinggakan sanggup kembali menjadi budak di depan khalayak. Bagai tidak bermalu asalkan mendapat sehala kehendak.

Celaka kau, hantu. Begitu aku sendirian dan perlahan mengucapkan maki.

Namun aku tidak pasti apakah makian itu memang kumaksudkan kepada si hantu yang baru sebentar berlalu dari kamarku atau kepada sesuatu yang lain.

Sungguh aku tidak pasti.

Kerana sekarang aku berasa hidup semakin cuba disunglap menjadi sebuah ketidakpastian oleh mereka yang berasa dan berlagak menjadi tuhan.

Mei 14, 2009

April 29, 2009

MENGENAI RAJA YANG LAIN SATU


ADA sebahagian orang yang mungkin sudah kelebihan cerdik mendakwa nantinya hanya ada empat sahaja raja yang akan kekal di dunia ini. Raja yang dimaksudkan itu adalah raja di daun terup.

Jelas dan nyata mereka ini lupa dan kabur dalam membuat penilaian. Apa pun sahaja yang bernama raja di dalam dunia ini tetaplah akan kekal dan kalau pun lenyap sekejap, nantinya akan adalah raja yang lain akan mengganti takhtanya.

Aku maksudkan ini bukanlah raja-raja yang sedang memerintah negara. Tetapi raja yang aku sebut ini adalah raja yang selalu meraja-rajakan segala helah, laku dan tingkahnya untuk kepuasan serakah nafsu dan kepentingan perut serta diri sendiri.

Terutama dan paling berbahaya adalah seorang raja yang dikenal serta tersohor namanya sebagai Raja Katak.

Adapun akan raja ini mendapat gelarannya bukanlah kerana dia itu pada asalnya adalah seorang raja yang telah menjadi katak, tetapi mendapat dia akan gelaran itu kerana laku dan perangai dia yang suka benar melompat dan melompat dari satu pendirian ke satu pendirian yang lain, atau dari satu kelompok ke satu kelompok yang lain.

Asalkan lengkap dan sempurna imbal dan gajaran, bersedialah dia untuk melompat serta menyeberang, walau yang memilih dia dahulu adalah jelata dan jembel dan bukannya kelompok yang menjanjikan dia imbal serta ganjaran kerana lompatannya itu.

Itulah dia rajanya. Lompat si katak lompat. Janji ada balas dan cukup ganjar dicampak, bersedialah untuk melompat dan terus melompat.

Mula-mula memanglah buat jual mahal dan tidak sudi. Itu semua taktik belaka kerana masih menanti tawaran ganjar yang lebih padu dan berisi.

Lompat. Lompatlah si katak. Lompat. Lompat. Lompatlah. Biar sampai masuk ke dalam lopak tempat babi berkubang dan membiak.

Februari 25, 2009

April 6, 2009

KAUDATANG DAN KAUPERGI, SEPERTI ANGIN


DEMIKIANLAH. Kaudatang dan kaupergi sesuka hati. Seperti angin. Ketika datang kau hanya berpuput dan ketika pergi tidak sedikit pun kau membekas. Pergi dan datang kau tidak merubah dan mendatangkan apa. Apa lagi kerana pergi kau dahulu konon lantaran membawa lara hati nan rajuk ketika tidak bersua sesuai kehendak.

Memang pun kini kau kembali datang. Dengan segala lagak dan aksi yang memang pun sudah terbukti untuk membangkit rasa mual dan benci di hati yang bersaksi. Ketika kau ulang berkali kata-kata basi dan imej yang dilusuhkan dengan wajah-wajah palsu.

Kau datang dan kau juga akan pergi. Seperti selalu kiranya ada yang terbuku dan tidak memenuh kehendak serta pinta.

Kerana seperti juga angin, kau adalah angin dari segala angin yang tidak mustahil boleh menghadirkan ribut dan taufan kiranya nanti kehendak terhalang oleh mereka yang tidak sudi bersekongkol dengan segala kedurjanaan.

April 7, 2009

April 5, 2009

HARI PUN BAGAI MENGERTI

TANGGAL 3 April 2009.

Pagi di kota saya tidak begitu cerah namun bias cerah cahaya suria tetap kelihatan. Ketika hari kian semakin tinggi, meski matahari tidak begitu terik, tetapi panas sudah terasa berbahang. Angin pun bagaikan mati dan tidak begitu ingin berpuput.

Senja yang sama saya tiba di kota Kuala Lumpur. Tiba saya disambut hujan mencurah semahunya tetapi tidak pula melarat hingga ke Maghrib.

Saya hanya ingin mencatat dan kemudian menulis.

Hari pun bagai mengerti. Begitu ketika sendiri di kamar hotel catat saya ke dalam diari.

Barangkali hujan yang sekejap melebat di senja itu juga ingin mengisyaratkan sesuatu dan berkata tanpa suara: aku ratapkan sesuatu yang datang dan sesuatu yang pergi.

April 3, 2009

April 1, 2009

PAK PANDIR SELEPAS MALAM ITU



SELEPAS malam itu tidaklah terselindung dan berselindung lagi. Segalanya sudah menjadi nyata dan jelas akan siapa sebenarnya pemilik diri yang akan namanya Pak Pandir itu. Seperti kata orang tua-tua sejak zaman bahula sudahlah terang lagilah pula datang bersuluh maka akan sebenarnya itu jelas dan nyatalah amat sudah.

Itulah. Selepas malam itu tidak adalah lagi segala menjadi apa yang ragu dan keraguan akan siapa sebenarnya pemilik diri yang bernama Pak Pandir itu. Bukti dan kejelasan itu tidaklah lain lantaran segala laku serta perbuatan dari yang empunya diri itu jugalah yang bernama Pak Pandir itu.

Sesungguhnya itulah. Pada zahirnya sudahlah kelihatan akan kepandirannya itu yang ditambah dengan suka serta kegemarannya itu yang apa bila bercakap pastilah mengangakan seluas yang boleh akan mulutnya itu dan disertai pula dengan bahak dan dekah yang teramatlah kuat. Konon dengan berbuat begitu akan jelas dan terbuktilah betapa ikhlas dan bersungguhnya dia atas nama diri Pak Pandir itu tatkala berkata sesuatu yang namanya janji terhadap sekalian yang berada di bawah itu.

Tetapi semua itu sangat lah nyata dan lagi teramat jelas akan menunjukkan ciri dan perangai kepandirannya itu kerana akan sesungguhnya orang yang cerdik lagi selalu ikhlas dalam berkata-kata itu tidak akan demikianlah perangainya sedemikian itu.

Akan Pak Pandir itu memang pun pandirlah dia. Kerana dikatakan akan pandirnya dia itu tidaklah lain kerana segala perbuatan serta perangai akan yang empunya diri bernama Pak Pandir itulah.

Segala peri dan laku perbuatannya itu sudahlah ke mana-mana menjadi sebutan di kalangan segala mereka yang di bawah dan terutamanya tidaklah lain antaranya adalah suatu yang berupa tutur perintah dari bibirnya yang dengan sengaja selalu diluaskan itu bahawa akan perlu dan mestinya segala bawahan dan pencacai itu jika kononnya mahu menjadi dan mampu juga terbang ke segenap ruang angkasa tidak lain dan tidak bukan hendaklah boleh bertutur dengan bahasa biawaknya dan siamang.

Maka atas nama wawasan dan harapan mengglobalkan, kononnya, maka akan segala anak di dalam negeri sebesar periuk kera itu diwajibkanlah akan mereka agar belajar dan menghafal segala yang berkaitan dengan ilmu menghisab dan lagi sejenis dengan itu tidak lain dan tidak bukan dengan bahasa biawak dan siamang itu jugalah.

Walau bertagar pohon dan minta dari bawahan agar titah yang telah dituturkan itu dihenti segera, namun tidaklah lain kerana pandir dan beserta dengan angkuhnya itu sengaja ditulikan dengar segala rayu dan pinta itu. Malah dengan congkaknya juga berkali diulang sebut akan sesuatu yang berkaitan dengan akhiran bunyinya liun-liun itu.

Atau apalah lagi bertambah congkak lagi sombongnya empunya diri yang bernama Pandir itu tatkala titah yang bodoh dan lagi pandir itu disokong pula dengan tempik dan sorak sekalian pencacai yang bernaung di bawah bayang-bayang kepandirannya itu.

Itulah kisah dan perkaranya. Selepas malam itu segalanya kian menjadi jelas dan lagi nyata tanpa selindung dan berselindung-selindung lagi akan dia.

Lantaran tidaklah suka akan dia yang empunya diri bernama Pandir itu untuk walau seketika mendengar akan sebarang nasihat dan kata-kata rayuan dari sekalian yang berada di bawah jajah negeri serta takluknya, yang dahulunya telah mempercayai akan dia agar mengurus dan mentadbir segala hal yang berkaiatan dengan mereka juga adanya itu, maka jelaslah sudah akan kepandirannya.

Itu yang ssungguhnya akan menunjukkan pandirnya empunya diri yang bernama Pak Pandir itu. Segalanya menjadi jelas dan lagi nyata selepas malam itu. Malam yang amat menggerah dan memualkan perasaan dan hati bagi mereka yang memangnya mahu menggunakan akan anugerah Allah itu.

Sesungguhnya malam itulah. Malam itu. Segalanya dan demikianlah akan Pak Pandir selepas malam itu.

April 1, 2009

March 28, 2009

PEAH, DAHULU AYAH SUDAH LARANG BUKANKAH?

HARI ini, di depan kamera tv, tanpa sedikit pun lagi berbaki rasa segan dan silu, Peah teresak-esak menangis kerana mahu luahkan segala rasa tertekan serta sedih di dalam hatinya.

Sungguh. Sedihnya rasa di hati Peah tidaklah tertanggung dan tertahan lagi. Malah, sudah bertahun-tahun sebelum ini, Peah sebenarnya sudah pun lama menangis dan meraung di dalam hatinya. Namun kerana di luarnya Peah selalu berlagak ceria dan berseri pula dengan senyum manis serta ketawa hilai, tidaklah sesiapa pun yang tahu gundah dan gulana Peah di dalam jiwanya.

Itulah padahnya yang terjadi dan tertimpa ke atas diri Peah. Kalau dahulu nasihat dan larang ayah dia akur serta terima, Peah tahu pasti nasib dia tidak akan berkesudahan begini.

Tetapi itu dan begitulah. Kini Peah kena mengaku walau itu bagaikan membalingkan pentong ke batang hidung Peah sendiri. Semua itu kerana salah dan degil Peah juga. Semua itu kerana Peah sudah jadi mabuk dan ma’syuk sangat dengan jejaka yang satu itu.

Sungguhnya kerana itulah Peah jadi yang sehingga demikian. Kerana mabuk dan ma’syuk itulah maka Peah menjadi tidak peduli akan nasihat ayahnya. Kerana bagi Peah, jejaka berhidung mancung, berambut ikal, berkulit putih dan ada iras-iras wajah pelakon Tom Cruise itu sungguh telah amat menawankan hati dia dan kerana itu Peah sanggup dan rela berbuat apa sahaja agar dapat bersama.

Apalah lagi lebih terbuai-buainya hati Peah bila jejaka yang pertama kali dia temui sedang terkial-kial di kaunter borang imigresen dan meminta nombor telefon Peah setelah Peah dengan niat ikhlas telah membantu jejaka itu mengisi maklumat di dalam borangnya telah berjanji setia dan sanggup sehidup semati dengan Peah semata-mata kerana cinta dan sayangnya yang tidaklah berbelah bahagi terhadap diri Peah.

Sungguhnya kerana itulah. Peah berasa dirinya sangatlah bertuah bertemu kasih dan berteman dengan jejaka yang ada iras-iras wajah pelakon Tom Cruise itu. Kerana itulah. Walau berpuluh kali ayah melarang dan memberi kata nasihat namun niat dan tekad Peah sudahlah nekad. Peah tetaplah akan berjodoh serta berkahwin juga dengan jejaka tambatan kasih di hatinya itu.

Peah sudah tidak mahu dengar dan peduli apa-apa lagi nasihat ayah. Bagi Peah berjodoh dan berkahwin dengan jejaka tambatan kasih dihatinya itu adalah segala-gala. Tiada siapa lagi yang dapat membujuk atau mampu mengendurkan niat serta hasrat Peah yang satu ini.

Bagi Peah jejaka itu adalah segalanya. Dialah langit, bulan, matahari dan bintang. Bagi Peah jejaka itulah tanah, air, api atau angin. Bagi Peah jejaka itu adalah segala-galanya. Segala-galanya. Manakan tidak. Jejaka itulah yang mampu membuat Peah gembira dan rasa seronok sampai terawang nun jauh ke langit nan tinggi. Hanya mendengar tutur dan lembutnya kata dari bibir jejaka itu hati Peah boleh menjadi luluh. Dan ketika diusap serta dibelai oleh jejaka itu, semakinlah Peah berasa terawang-awang bagaikan berada nun jauh di angkasa. Bagi Peah lembut dan romantisnya jejaka itu tidaklah menyamai jejaka di negeri sendiri.

Akhirnya, di tengah sedih dan sesal ayah yang sedikit pun tidak Peah peduli serta hirau, berkahwinlah sudah Peah dengan jejaka idaman kasih di hatinya itu. Dan tidak pun sampai seminggu, selamatlah juga Peah melahirkan seorang anak lelaki yang tentulah comel dan montel kerana campuran bangsa keturunannya dengan bangsa berkulit putih dan berhidung mancung.

Kerana hadirnya seorang cucu, sejuklah juga hati ayah Peah yang berkobar marah bercampur sesal itu kerana anaknya Peah tidak mendengar kata mahu dan tetap juga hendak berkahwinkan dengan jejaka dari negeri luar. Walau ikut rasa dan gerak hatinya, akan anak perempuan kesayangan dia itu tetaplah dia sebagai ayah berasa akan beroleh susah di kemudian hari kerana akan perangai bangsa sedemikian itu sudah sangat dia faham dan maklumi.

Namun begitulah. Apa daya dan apa ikhtiar kerana anak kesayangan sendiri sudahlah tersangat suka akan dia dan hendak atau tidak direstui juga nikah dengan berwalikan dia sebagai ayahnya.

Sehingga tibalah juga kepada saat yang sangat mengguris hati ayah tatkala jejaka yang kini sudah menjadi suami Peah secara sah itu menyatakan hasrat hendak kembali ke negeri asalnya dan mengajak sekali Peah mengikut. Sangatlah gundah hati si ayah hendak melarang atau menegah kerana sekarang Peah sudah menjadi isteri dan kepada suaminyalah Peah sepatutnya patuh. Di dalam hati si ayah berasa sangatlah tidak senang hendak melepas anak jauh dari mata mengikut suami ke negeri asalnya.

Apa yang dibimbang si ayah kini menjadilah sudah. Hanya setahun di negeri asal suami, Peah mengirim surat kepada ayah menyatakan sering menjadi mangsa seksa dan sepak terajang suaimi yang dulu Peah sangka sangatlah romantis lagi menyayangi diri dia.

Lalu dengan segala susah dan payah pergilah ayah ditemani orang kedutaan mengambil Peah dan anaknya membawa kembali ke negeri sendiri.

Namun itulah susah dan payahnya tidak selesai sudah. Datang lagi si lelaki yang memang bermulut manis tetapi berhati celaka itu mengungkit dan menuntut mahu juga memelihara anak kononnya walau dia kini bermastautin di negeri asalnya sendiri.

Setelah sekian minggu dan bulan berulang naik dan turun mendengar putusan hukum akhirnya hukum memutuskan anak dijaga secara bergilir oleh Peah dengan bekas suami yang kini di mata Peah tidak lain dan tidak bukan adalah bajingan.

Eloklah memang giliran pada mulanya dipatuhi si bekas suami yang kini di mata Peah telah berubah menjadi bajingan itu. Namun itu hanyalah sementara waktu sahaja.

Dan kerana itu jugalah Peah hari ini sedikit pun tidak berasa segan dan malu hendak meratap dan meraung-raung di depan kamera tv. Dia tidak kisah kalau semua orang tahu kisah dan cerita dia yang telah kehilangan anak kerana dilarikan bekas suaminya kembali ke negeri sendiri itu.

Peah tahu dan sedar itu semua memang salah dia kerana sedikit pun dahulu dia tidak tidak mahu mendengar larang dan nasihat ayah dia.

Dahulu ayah dia sudah berkata betapa berkahwin dengan orang dari negeri luar itu amatlah banyak masalah serta duganya. Namun sedikit pun Peah tidak mahu dengar dan ambil peduli kerana hati Peah sudahlah tersangat lekat dan cintanya kepada jejaka berhidung mancung itu.

Dan sekarang inilah sudah bencananya yang menimpa diri Peah. Bak kata orang tua-tua meraung dan meratap sehingga keluar air mata darah sekalipun sudahlah tidak berguna lagi.

Itulah jadinya apabila nasihat dan larang ayah tidak didengar dan dipeduli oleh gadis seperti Peah yang kerana asyik dan ma’syuk bila hati telah ditawankan cinta serta kasih terhadap jejaka dari negeri luar yang berhidung mancung, berambut ikal, berkulit putih dan ada iras-iras wajah pelakon Tom Cruise atau kalau tidak pun seiras Shah Rukh Khan itu .

Itulah, Peah. Dahulu ayah sudah larang bukankah?

Mac 29, 2009

March 25, 2009

SEBUAH PUISI YANG MENJADI MALU KERANA KEHILANGAN HARGA DIRINYA SENDIRI


ALANGKAH hinanya menjadi sebuah puisi hari ini. Segala maruah dan kearifannya telah menjadi lebur kerana perbuatan celaka dan gila. Kata telah diperkosa dan dinoda dengan kepongahan dan haloba mereka. Dengan wajah yang jelas disinari seri akibat bohong dan dusta kata demi kata mereka ucap. Konon itulah sebuah puisi. Puisi yang kononnya sangat menjadi serta bererti. Puisi yang kononnya mampu memukau dan meredamkan segala nestapa lara warga di hati.

Alangkah hinanya kini menjadi sebuah puisi. Kearifan dan takzim menjadi barang mainan semata-mata untuk memuaskan serakah dan haloba. Persetan segala ratap dan sesal melihat kata dijadikan alat serta permainan. Hanya dengan kepongahan dan kesombongan seseorang yang gila dan tamak haloba, kata demi kata diperkosa sekehendak dan mahu hatinya. Konon menjadilah sebuah puisi. Puisi yang kononnya sangat bererti. Tetapi tidaklah lain juga hanyalah kata cacian dan maki untuk memuaskan serakah dan lagi pongah di dalam hati. Atau kalau tidak pun berhamburan kata palsu bernama puji semata-mata untuk mengampu dan menjilat-jilat konon atas nama mengenang segala jasa dan budi.

Begitulah resam dan jadi tatkala haloba meraja di dalam jiwa. Tidak peduli apa asalkan hasrat berkobar tergapai dan menjadi nyata. Noda dan perkosalah apa sahaja konon atas nama maruah tetapi itu hanyalah dalih yang bernama celaka. Kerana demikian akibah dan akhir jadinya.

Alangkah hinanya menjadi puisi hari ini. Kata disunglap menjadi penari dan diajak sama berbogel serta menghilangkan sifat sejati. Bibir pengucap yang sengaja dimaniskan dengan gula dan pura tanpa sedikit berasa malu dan rasa berdosa menuturkannya sekehendak hati. Sambil menari dan berpusing-pusing konon dialah penyair pengucap paling sejati.

Konon itulah puisi. Tetapi sebenarnya bukan pun sebuah puisi. Kerana yang menulis dan mengucapkannya hanyalah pemimpi yang suka bersahabat dan kadang-kala bergurau senda dengan anjing dan babi. Walau dengan dalih serta alasan beribu-ribu konon namun tetaplah jelas segalanya hanyalah tongong dan bingung.

Alangkah hinanya hari ini, ketika menjadi sebuah puisi.

Mac 25, 2009

March 24, 2009

MEMANG DIA PENYAIR HEBAT


SUNGGUH diluar duga dan sangka betapa dengan tidak semena-mena ternobatlah sudah dia dengan sendirinya sebagai penyair hebat di negeri yang memang sudah pun tersohor ke segenap antero dunia sebagai negeri dengan segala permainan serta kemabokan kata-kata ini.

Lihatlah betapa dengan wajah yang menunjukkan ketinggian percaya serta yakin kepada dirinya sendiri itu berdirilah dia di depan podium menghadap puluhan ribu khalayak mendengar patah demi patah kata-kata yang terluncur dari bibir dia menuturkan kata demi kata puisi itu.

Hari ini terbuktilah sudah segala penyair yang memang pun penyair di dalam negeri yang tersohor ke segenap antero dunia sebagai negeri dengan segala permainan serta kemabokan kata-kata ini hanyalah kucing kurap yang sedikit pun lagi tidak perlu terpandang baik wajah dan apa lagi hasil karya ciptanya.

Jelas dan nyata segala penyair yang memang pun penyair di dalam negeri ini hanyalah angin dan pencacai yang bodoh dan lagi amatlah tongongnya kerana menulis cipta karya sajak yang tidak bererti dan tidak bermakna apa-apa berbanding apa dan segala yang telah dituturkan oleh penyair hebat yang telah ternobat itu.

Hiduplah kembali segala yang layu dan menjadi bangkitlah kembali segala semangat yang sejak beberapa waktu dahulu tersampuk oleh geroh dan bala menimpa lantaran tusukan sembilu nan pilu itu.

Manakan lagi segala hikmat dan ajaibnya kalau bukan kerana segala tutur yang terluncur dari bibir penyair hebat yang telah ternobat itu.

Hidup. Hidup. Hidup. Hidup. Begitulah bertegar gegak lagi gempita pekik sekalian penonton dan pendengar yang dibakar semangat serta kembali berasa beroleh bara di dalam jiwa setelah mendengar segala tutur yang terluncur dari bibir penyair hebat yang telah ternobat itu.

Sedangkan apalah sangat yang boleh dan mampu diperbuat oleh sekalian mereka yang konon bergelar penyair yang memang benar-benar penyair?

Apa lagi kalau bukan hanyalah menyalak-nyalak marahkan penjahat dunia atau mengertak anjing-anjing yang tergigil-gigil hendak belajar kencing tetapi marah dan salaknya itu pun tidaklah berlebih atau berkurang seperti anjing yang menyalak bukit tetapi jong tetap juga bertali arus masuk melepasi kuala.

Memang nampaklah sangat haprak dan kucing kurapnya sekalian penyair yang benar-benar penyair itu jika hendak dibandingkan hari ini dengan penyair hebat yang telah ternobat itu.

Mac 25, 2009

BETULKAN BANGSA SEJENIS KAU INI MEMANG BODOH

DAHULU bila aku kata bangsa sejenis kau ini memang bodoh kaumarahkan aku. Sekarang apa kaunampak? Tidakkah kata-kataku dahulu itu ada benarnya?

Aku yang sedang asyik merenung huruf di papan kekunci komputer bukuku tersentak dan lekas berpaling ke arah datangnya suara itu.

Tengok. Bila orang kata kau celaka dan apa-apa masih lagi kau boleh tesenyum-senyum. Tetapi cuba kalau sesama bangsa kau sendiri. Wah bukan main marah dan bengkengnya. Siap dengan ugut dan saman menyaman lagi.

Kutenung wajah pemilik suara itu ke atas dan ke bawah. Walau sebahagian katanya itu mungkin ada benarnya, namun aku entah kenapa berasa benci dan menyampah.

Kenapa kautenung-tenung aku begitu? Apa? Kauingat apa aku cakap itu tidak betulkah?

Wah, bukan main lagi. Kini aku pula ditantangnya dengan tanya.

Bibir sedikit kugetap. Tinju berkali kukepal. Aku tahu, kalau sekali kuhayun dan singgah tinju milik ini ke wajahnya, mahu tertanggal dua atau tiga batang giginya.

Itulah. Orang tua-tua bangsa kau sendiri sudah cakap dan nasihat. Kalau sesama sendiri sudah tidak bersatu, tentulah orang lain pun sedikit tidak hormat atau rasa segan.

Tanpa sedar kepal tinju kuhempaskan ke meja.

Apa yang kautahu dan hendak apa datang membebel di depan aku, hah? Sedarlah sikit siapa diri kau. Kau hanyalah hantu. Hantu yang tidak berjasad dan tidak bernegeri. Buat apa kau hendak sebok-sebok bercakap mengenai bangsa orang lain. Kau itu apa pula bangsanya? Bukankah hanya hantu? Kini aku menyergah pemilik suara itu.

Sudahlah. Janganlah kau hendak buat serabut dan bising di depan aku. Begitu tanpa sedar sergahku kini telah bertukar menjadi tempik sesungguh hati dan dan si hantu pemilik suara itu kulihat terkebil-kebil matanya bagaikan cicak tertelan lidi penyapu. Aku tidak tahu kenapa tiba-tiba sahaja marahku sampai ke kemuncak dan sabarku kini menjadi lerai.

Berdikit dan perlahan kutarik nafas dalam-dalam. Perlahan-lahan, sambil memejamkan kedua belah kelopak mata, detik demi detik nafas itu kulepaskan. Dan ketika aku kembali membuka kelopak mata dan sekejap berpaling ke arah si hantu yang sedang terkebil-kebil itu, dia kini entah ke mana telah lesap dan menghilang.

Barangkali dia tahu bagaimana nanti jadinya jika marahku sudah tidak dapat disabarkan lagi. Begitu aku menduga. Sendirian.

Tetapi aku pun berasa hairan juga. Untuk apa sebenarnya aku hendak marah sehingga begitu sekali layaknya?

Kalau mereka yang bergelar pemimpin dan ketua bagaikan tidak pernah mahu ambil peduli dan kisah mengenai itu, apa pula layaknya aku hendak bersebok dan bersungguh sangat menunjukkan marahku kepada si hantu pemilik suara itu?

Aku terpinga-pinga dan berasa terawang-awang. Bagaikan diputar oleh bolak-balik pertanyaan yang bertalu menerjah benak dan mindaku.

Februari 26, 2009

March 19, 2009

AKIBAT LEMBU YANG TELAH MEMBAWA BENCANA


AKAN perinya kehidupan penduduk di negeri yang terkenal kerana makmurnya itu tidaklah sudah dari resah serta gelisahnya lantaran angkara berpemimpinkan seekor lembu yang bijak dan pandai berkata-kata itu.

Akan resah dan gelisah mereka itu terutamanya tidaklah lain lantaran titah serta perintah yang dituturkan oleh pemimpin yang berasal dan berusul dari seekor lembu yang bijak dan pandai berkata-kata itu yang menitahkan betapa akan segala anak dan bayi di dalam negeri yang terkenal kerana makmurnya itu hendaklah belajar segala ilmu serta kepandaiaannya tidaklah lain hanya dengan bahasa lembu sahaja dan bahasa yang selama ini menjadi pertuturan akan sekalian rakyat di negeri itu tidaklah lagi diperbolehkan menjadi bahasa penuturan serta penyampaian ilmunya.

Menjadi gelisah dan terlalulah amat resahnya sekalian mereka lantaran titah serta perintah yang telah dituturkan oleh pemimpin yang berasal dan berusul dari seekor lembu yang bijak dan pandai berkata-kata itu. Kerana menurut pendapat serta hemat akan sekalian mereka, jika akan bahasa yang sudah sejak azali menjadi bahasa pertuturan serta milik mereka itu tidak diperbolehkan lagi menjadi bahasa penyampai ilmu maka akan tiba saat serta waktu nantinya bahasa itu akan menjadi lupus serta luput secara berdikit demi sedikit di kemudian hari akan adanya.

Lalu akan sekalian penduduk di negeri yang terkenal kerana makmurnya itu, merayu dan memohonlah mereka dengan dan melalui pelbagai salur serta cara demi menyatakan bimbang dan gusar di hati sekalian mereka itu.

Namun segala rayu dan mohon bagai sedikit pun tidak sudi dan mahu didengar serta diberi teliti oleh pemimpin yang berasal dan berusul dari seekor lembu tetapi pandai dan bijak berkata-kata itu. Malah dengan segala licik serta segala muslihat dikerah pula segala juak-juak, pencacai dan ahli-ahli angguk sahaja agar membuat segala kaji dan teliti dan kemudian mengisytiharkan hasil segala kaji dan teliti yang sudah disunglap mereka dengan nilai dan angka yang sangat membeliakkan mata percaya tetapi ternyata hanyalah semata-mata dusta itu kepada selain khalayak.

Lalu demikianlah sudah serta menjadi akhir. Setelah merayu dan memohon tidak juga menjadi dan akan pemimpin yang berasal serta berusul dari pemimpin yang berasal dan berusul dari seekor lembu yang bijak dan pandai berkata-kata itu sikap dan lakunya sepertikan dengan sengaja menutup mata dan hati serta telinganya untuk mendengar segala rayu dan mohon sekalian penduduk, maka berjalanlah mereka beramai-ramai konon hasratnya hendak bertemu Yang DiPertuan dan agar dengan limpah serta perkenan akan Yang DiPertuan yang selama ini terkenal dengan hemah serta bijaksananya itu semoga rayu dan mohon mereka itu didengar juga.

Namun itulah yang telah menjadi kisah serta ceriteranya. Akan di pertengahan jalan, terkenalah akan sekalian penduduk di negeri yang terkenal kerana makmurnya itu semboran asap serta air yang konon dikhabarkan sangat memedihkan mata dan lagi menyesakkan nafas.

Lalu akan demikian itu lari dan bercemperalah jadinya sekalian penduduk yang hanya berjalan dan melenggang sambil memikul hasrat dan kehendak yang berkobar-kobar di dalam hati hendak datang bertemu dan menyatakan hasrat kepada Yang DiPertuan. Dan akan apa yang amat menjadi ajaib lagi menghairankan, tidaklah mereka tahu dan sedar dari arah dan hala manakah datangnya sembor air serta asap yang sangat memedihkan mata serta akan lagi menyesakkan nafas itu.

Akan perkara yang menjadi lebih ajaib lagi menghairankan pula, ketika hari mulai menjadi malam, bersiponganglah suara dan siaran bunyi dari kotak-kotak ajaib yang menyebut dan melaporkan konon akan sekalian penduduk negeri yang terkenal kerana makmurnya itu, yang berjalan melenggang-lenggang memikul hasrat dan kehendak yang berkobar-kobar untuk bertemu Yang DiPertuan itu sesungguhnya didalang pengganas serta mereka yang niatnya memang mahu menimbul huru lagi hara.

Sesungguhnya itulah yang telah dan sudah menjadi cerita. Tidak lain dan tidak bukan akan peri serta puncanya itu lantaran seekor lembu yang bijak dan pandai berkata-kata yang telah menutur akan titah serta perintah itu jugalah. Titah dan perintah yang menurut hemat sekalian penduduk tidak lain dan tidak bukan menggambarkan kecetekan fikir serta kegopohan akan seorang yang telah dilantik serta dipercayai menjadi pemimpin, namun kerana memang sifat serta asal dan usulnya tidaklah lain daripada lembu, meski bijak dan pandai berkata-kata akan dia, maka tetaplah lembu jugalah akan adanya.

Mac 20, 2009

March 12, 2009

KERANA LEMBU YANG MEMBAWA BENCANA

SERONOK dan rianya akan penduduk di negeri itu amatlah tidak terperinya lagi lantaran dapat berpemimpinkan seekor lembu yang bijak dan pandai berkata-kata itu. Dan akan perilakunya sekalian rakyat di negeri itu yang amat seronok dan rianya lagi dapat berpemimpinkan seekor lembu itu telahlah juga menjadi bual serta percakapan sekalian bangsa dan penduduk negara lain di seantero dunia.

Akan kemudian tibalah pada suatu hari dan waktu yang menjadi suatu kisah serta perinya. Akan ketika membawa juak, segala pencacai serta ahli pengangguk menjadi ahli rombongan melawat ke negeri-negeri luar, konon dan atas nama mencarikan modal dan mengajak pelabur datang bertandang ke dalam negeri, menjadilah akan pemimpin yang berasal dan berusul dari lembu itu marahnya tidak terperi serta dengan amatlah berasa malu lagi aibnya dia tatkala didapati akan mereka itu tidaklah begitu fasih dan lancar berbahasa yang tidaklah lain dari bahasa lembu.

Maka akan demikianlah adanya. Begitu kembali dan selamat tiba ke dalam negeri sendiri, akan pemimpin yang berasal dan berusul dari lembu itu segeralah dicanang akan arah serta perintah agar segala anak dan bayi di dalam negeri yang terkenal kerana makmurnya itu agar belajar segala ilmu serta kepandaiaan tidak lain hanyalah dengan bahasa lembu sahaja dan bahasa yang selama ini menjadi pertuturan akan sekalian rakyat di negeri itu tidaklah diperbolehkan lagi menjadi bahasa penuturan serta ilmu.

Mac 13, 2009

March 5, 2009

SEEKOR LEMBU YANG MEMBAWA BENCANA

ADA seekor lembu yang entah bagaimana boleh dan pandai berkata-kata, mengaku dirinya bijak dan pandai dalam serbi serbi, khususnya berhubung dengan perkara yang membabitkan nasib dan masa depan sesuatu bangsa.

Oleh kerana kepintarannya berkata-kata dan melakonkan watak-watak kepandaiannnya sebagai penyelesai banyak masalah yang membabitkan nasib dan masa depan itulah, maka oleh sekalian penduduk di sebuah negeri itu amatlah mempercayai akan segala kata-katanya.

Hinggalah apabila tiba kepada suatu waktu, tatkala pemimpin tua yang sudah sejak lama memerintah akan negeri itu, yang selalu dipergunjing dan dicemoh oleh seekor lembu yang pandai berkata-kata itu konon sebagai pemimpin yang tidak cekap lagilah amanah menjadi gering dan kemudian wafat, maka tidak bertangguh-tangguh lagi akan segeralah sekalian penduduk di negeri itu memilihlah akan lembu yang pandai berkata-kata itu sebagai seorang pemimpin.

Dan mulai saat itu jugalah, menjadilah lembu yang pandai berkata-kata serta pandai melakonkan watak-watak kepandaiannya sebagai penyelesai masalah yang membabitkan nasib dan masa depan itu sebagai pemimpin bagi penduduk di negeri itu.

Lalu terciptalah suatu rekod dan menjadi sejarah akan pertama kali sebuah negeri di dalam dunia ini yang menjadi pemimpinnya adalah seekor lembu.

Namun akan sekalian penduduk di negeri itu, tidaklah mereka berasa malu atau aib akan perkara berpemimpinkan seekor lembu, kerana begitu hujah dan alasan mereka, betapa lembu itu sesungguhnya bukanlah sembarangan lembu, tetapi seekor lembu yang pandai berkata-kata dan amat bijak menyelesaikan segala masalah yang membabitkan nasib dan masa depan sekalian penduduk di negeri itu.

Gembira dan bangga memanglah tidak terperi dan cerita akan sekalian penduduk negeri itu dapat berpemimpinkan seekor lembu yang bukan sembarangan lembu.

Sehinggakan, dalam keadaan yang amat gembira dan bangga akan dapat berpemimpinkan seekor lembu itu, lupa dan tidaklah sedar akan mereka betapa akan lembu itu jugalah di kemudian nanti yang membawakan banyak bencana kepada sekalian penduduk di negeri itu.

Mac 6, 2009

February 26, 2009

WAKTU SESUAI UNTUK MENTERNAK BIAWAK DAN KATAK

SEKARANG ini zaman ekonomi tengah kembali menjadi gawat. Banyak kompeni atau syarikat buang pekerja dan kerajaan pun tengah terkial-kial cari formula hendak selamatkan sesiapa yang sudah jadi mangsa.

Tetapi kalau kau kena buang kerja, kau tidak payah sakitkan kepala bila bab hendak mencari nafkah hidup di zaman gawat dan semakin ramai pekerja kilang direhatkan atas alasan syarikat tempat kau sudah berbelas tahun mencurahkan keringat itu mendakwa mengalami keruduman dan rugi.

Jangan kau cepat jadi tongong dan hilang punca. Gunakanlah akal serta fikiran kau itu untuk memanfaatkan apa sahaja situasi atau keadaan yang ada. Kalau dahulu kau kerja kilang. Sekarang beralih dan belajarlah menjadi penternak pula. Modalnya sebagai permulaan, cukuplah kau sediakan empat atau lima reban berjaring dan satu atau dua kolah yang juga bertutup dengan jaring.

Untuk apa? Reban-reban itu gunanya untuk kau memulakan projek menternak biawak dan kolah itu pula untuk kau memulakan projek menternak katak.

Menternak biawak dan katak? Iyalah. Kau ingat apa? Menternak biawak dan katak. Apa kau fikir tidak bolehkah?

Untuk apa kautanya? Apalah bodoh dan lahabau kau ini. Masa sekaranglah masa yang paling sesuai dan tepat untuk kau beralih status dari seorang pekerja kilang kepada penternak biawak dan katak.

Kau tahu tidak? Sekarang ini dunia politik kita amat sangat memerlukan biawak-biawak dan katak.

Sebab apa kautanya? Apalah kau ini. Biawak-biawak itu diperlukan kerana lidahnya memang bercabang dan itu amat diperlukan di dunia politik yang semakin riuh dengan dolak dan dalik itu.

Katak itu pula? Itu gunanya untuk dimasak sebagai sup dan diberi makan kepada mana-mana ahli politik yang tidak punya keberanian atau kemampuan untuk melompat dari satu parti ke satu parti yang lain. Semoga, begitu usai menghirup sup katak itu, akan dengan otomatis tumbuh keberanian di dalam diri mereka itu untuk melompat dan terus melompat. Melompat dan terus melompat.

Berlawak? Aih, sejak bila pula aku jadi pelawak. Apalah kau ini. Lahabau sungguh. Itu pun sampai kau tidak boleh fikir dan renungkan sendiri.
Februari 24, 2009

February 25, 2009

FEBRUARI YANG CELAKA

INILAH bulan dari sekian bulan yang terlalu banyak mencatatkan peristiwa dan kejadian sehingga tergamak untuk kugelar akan dia sebagai bulan yang banyak mendatangkan celaka-celaka.

Adapun akan kunamakan akan dia sedemikian tidaklah lain kerana di bulan Februari inilah, di tahun 2009 di abad 21 ini, segala yang selama ini tetap tersembunyi di dalam kain, kini telah pun terlondeh terbuka hingga boleh dilihat oleh siapa sahaja.

Di bulan yang ini jugalah beberapa orang manusia telah berubah menjadi katak dan beberapa yang lain pula, telah berubah menjadi biawak yang akan lidahnya itu pastilah bercabang akan dia.

Apa lagi tidak bertambah ingin kunamakan celaka akan dia bila di bulan ini jugalah heboh diperkatakan orang akan kejadian sebiji kamera yang tidak kutahu berapa saiznya dan akan entah bagaimana rupa serta caranya telah masuk ke dalam kain seseorang dan entah bagaimana pula gambar akan di dalam kainnya itu boleh tersebar.

Celaka dari itu semua tidaklah terlalu celaka lagi jika tidak lain dan tidak bukan tiadalah orang yang lain boleh bersuka-sukaan hinggakan terguling tergolek di atas tanah akan lantaran kesukaannya dia terhadap segala yang terlondeh dan terbarai juga tersebar itu.

Adapun akan kucatatkan cerita dan menyebutkan ini bukanlah kerana akan mengutuk sesuatu takdir dari Tuhan. Tetapi kerana sebal dan sugul hatiku melihat bangsaku sendiri dengan segala suka dan rela hatinya menjadi akan dirinya sebagai kuda, kerbau dan badut, sedang ada kelompok dan pihak lain yang terjoget-joget suka dan rianya tidaklah terperikan lagi mereka melihat bangsa sesama bangsaku sendiri bercakar dan berebut-rebut sesuatu yang tidak pun akan sampai boleh menjamin akan dia terlepas dari seksa kubur atau neraka.

Februari 24, 2009

BAGAIMANA BENDA DALAM KAIN PUN MEREKA BOLEH NAMPAK

JANGAN kau pura-pura buat pelik dan tidak faham sana sini pergi bertanya konon untuk mendapatkan jawapan serta kepastian dan menghukum setiap mereka yang berbuat kesalahan.

Itu semua kerja buang masa dan memperbodohkan diri sendiri kerana segala benda itu memang sudah jelas tidak masuk akal dan boleh dipercayai. Walau ada orang yang konon sudah sangat cerdik dan pandai memainkan sandiwara bertanya dengan pura-pura: bagaimana boleh juga benda yang dalam kain seperti itu hingga orang di luar kain pun boleh lihat dan nampak?

Itu semua haprak dan lahabau belaka. Macam orang selalu katalah, sudah ada kura-kura di dalam perahu tetapi tetap juga pura-pura buat tidak tahu. Memanglah haprak dan lahabau.

Memanglah menjadi sangat pelik dan tidak termasuk di akal kerana itu memang selalunya bersembunyi di dalam kain. Tetapi kalau orang lain di luar kain sampai boleh nampak dan tahu juga kewujudannya, tentulah ada sesuatu yang amat terasa tidak kena.

Mana mungkin ada kamera boleh masuk secara sembunyi dan senyap-senyap ke dalam kain dan merakamkan gambar itu tanpa pengetahuan empunya yang memilikinya itu .

Tentu memang kita semua ingat untuk selalu menjaga milik kita itu kerana ianya adalah lambang kepada kemaluan serta nilai maruah seseorang manusia. Tetapi apabila telah terdedah ke luar kain akan itu yang selama ini berada di dalam kain, maka sekaligus bererti lebur sudahlah nilai moral dan kemaluan yang dimiliki oleh si pemilik itu. Walau yang empunya milik tidak tahu menahu dan faham bagaimana ada kamera boleh masuk dan merayap ke dalam kain serta di celah kelangkang mereka sendiri dan merakamkan gambar itu.

Memang pun ini suatu benda yang sangat ajaib lagi pelik dan tidak sudah habis menerjah benak fikiran.

Kenapa tidak? Benda-benda yang di dalam kain sendiri pun sudah menjadi tidak selesa dan selamat akan kediriannya kerana mana tahu pada suatu masa, entah dari mana muncul dan datang, boleh mungkin sebuah kamera kecil dan halus masuk merayap ke dalam kain dan merakamkan itu.

Ketika itu juga, tatkala itu tersebar dan tidak lagi menjadi rahsia kepada umum, kamu akan dipanggil siasat serta didakwa kerana mengamalkan perangai kurang bermoral dan mencemar susila bangsa. Dan kamera itu? Tentulah selalu selamat selamanya akan dia, kerana dia hanyalah sejenis alat yang dipegang serta dikawal oleh seseorang yang kuasanya mahu menyamai kuasa Tuhan atau yang meminta dirinya selalu dipertuhankan.

Februari 25, 2009

February 24, 2009

HATI-HATI KETIKA KAUTIDOR ATAU KETIKA SEDANG KENCING

INGAT dan berhati-hati. Ini tahun 2009 di abad 21. Bukan tahun 1950 di abad 20. Ingat itu. Kini apa sahaja yang kaubuat dan lakukan, walhal benda dan perkara yang dalam bilik tidor kau, dalam bilik yang sangat peribadi itu, atau di dalam tandas sekalipun, orang boleh nampak, orang perhati dari dekat dan jauh, kemudian orang rakamkan foto atau videonya.

Ingat itu. Soal kau hendak percaya atau tidak, terserah kamu yang membaca tulisan aku ini. Ingat. Ini tahun 2009 di abad 21 dan bukannya tahun 1950 di abad 20.

Ini zaman serba canggih dan tidak terduga apa-apa. Apa sangat kalau setakat ketika tidor atau ketika kau sedang kecing foto atau videonya dirakam. Itu kira bolegh dikatakan macam kacang putih sahaja. Tidak masuk hitung apa pun. Lagi hebat dari itu pun ada. Ada orang kena bunuh, lepas itu mayatnya dihancurkan dengan bom, itu pun orang tidak jadikan pelik atau boleh rasa malu dan bersalah, inikan pula setakat rakamkan foto atau video masa orang tengah tidor atau ketika sedang kencing.

Jangan kau ingat bilik-bilik peribadi, walhal tempat kau pergi mandi dan buang air kencing dan najis kau itu orang tidak berminat hendak letak kamera atau apa-apa alat rakaman secara sembunyi.

Ingat. Ini tahun 2009 di abad 21 dan bukan tahun 1950 di abad 20.

Apalagi kalau dalam bilik itu tempat kau selalu memadu kasih, sama ada dengan orang yang benar-benar kau kasih atau kerana tuntutan nafsu kasih sahaja. Tidak kira juga sama ada ketika memadu itu, kau hanya sendirian dan sendiri memadukannya. Itu pun belum tentu menjaminkan tiada sesiapa tidak berminat hendak merakamkan foto atau videonya.

Malah itu lagi kau kena ingat dan berhati-hati. Bilik-bilik sebegitu jugalah yang amat diidam-idamkan untuk diletakkan orang kamera-kamera atau alat-alat perakam yang lain secara sembunyi.

Ingat dan selalu berhati-hati. Sebelum terjadi apa-apa, pastikan bilik-bilik peribadi milik kau yang sudah kaukenal pasti sebagai sesuatu yang benar-benar peribadi, sentiasa selamat dan tidak tercemar oleh apa-apa pemasangan alat-alat intipan atau rakaman dalam bentuk apa pun.

Jangan kauingat bila kau hanya pencacai maka bilik-bilik peribadi dan sesuatu yang peribadi milik kau tidak akan diceroboh, diintip atau dipasang apa-apa alat intipan dan rakaman. Jangan kauingat. Di mata mereka, para pengintip dan pencari serta penjual maklumat itu, pencacai atau tidak bukan soal. Yang soalnya, suatu waktu dan masa, semua itu boleh menjadi harga dan berharga.

Mana tahu. Ketika ditakdirkan suatu waktu dan ketika namamu menjadi amat tersohor. Maka menjadi sangat berhargalah segala hasil rakaman dan intipan-intipan itu.

Ingat. Ini tahun 2009 di abad 21 da bukan tahun 1950 di abad 20. Lebih-lebih lagi, kau kena paling beringat dan berhati-hati kerana ini bulan Februari tahun 2009 di abad 21. Ingat. Kau kena ingat itu.


Februari 23, 2009

February 23, 2009

BERAPA TELINGA DAN BERAPA LIDAH KAU?

TANPA bertangguh barang sedetik pun, begitu pagi ini kulihat si hantu yang mengaku kini sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu menampakan wajah dan dirinya di depanku, segera kutangkap dan kucekik lehernya sekuat-kuat hatiku.

Mari aku lihat dan periksa. Telinga kau berapa? Satu atau dua? Dan lidah kau? Berapa? Satu atau dua? Begitu aku menjerkah si hantu itu dengan bertubi tanya dan kulihat si hantu yang mengaku kini sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu terkial-kial mahu melepas lehernya dari cengkaman jari jemariku.

Cakap. Berapa. Cakap. Begitu aku menjerkah.

Si hantu yang mengaku kini sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu semakin kuat menggelepar dan kudengar gumaman suara dari bibirnya.

Aku sedikit melonggarkan cengkaman di leher si hantu itu.

Kalau apa pun, lepaskanlah cengkaman kau dari leher aku ini. Kalau tidak, bagaimana aku hendak bercakap. Walau tersekat-sekat, terdengar si hantu itu bersuara selepas kuberikan dia peluang untuk bercakap.

Kau tidak perlu cakap. Tidak perlu. Biar aku sendiri yang periksa. Berapa telinga yang kau ada dan lidah kau pula berapa. Satu atau dua?

Tanpa bertangguh, segera kukuakkan rambut si hantu yang panjang dan mengurai tetapi kusut dan masai itu.

Aku puas hati. Memang telinganya dua.

Sekarang kau jelirkan pula lidah kau. Aku hendak tengok berapa lidah kau. Nganga mulut kau luas-luas dan jelirkan lidah. Aku hendak tengok dan periksa. Berapa? Satu atau dua? Kuteruskan bentakkku kepada si hantu itu.

Mendengar jerkahku itu, tanpa bertangguh, si hantu itu segera mengangakan mulut dan menjelirkan lidahnya.

Jelas di pandanganku. Si hantu yang mengaku kini sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu memiliki hanya satu lidah.

Bagus. Aku sudah puas dan pasti. Sekarang kau bolehlah hendak ke mana-mana pun. Aku tidak meragui kau lagi. Begitu kataku kepada si hantu itu. Dan di hadapanku, kulihat si hantu terkebil-kebil bagaikan cicak tertelan lidi.

Untuk apa kau periksa telinga dan lidah aku di pagi buta begini? Tanpa kupinta, kini si hantu yang mengaku kini sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu mengajukan tanya.

Itulah kau hantu. Apa kau tahu perkembangan dunia. Kerja kau hanya mengacau dan mengkerkah orang yang kau tak suka sahaja. Perkara dan benda lain kau tidak ambil tahu dan peduli. Itulah sebabnya. Kau tidak tahu lagikah? Sekarang ini sudah muncul satu wabak penyakit baru. Itu yang aku hendak kena hati-hati. Panjang lebar aku memperjelaskan kepada si hantu yang masih terkebil-kebil di depanku itu.

Penyakit? Penyakit apa pulak? Kau ini macam-macamlah.

Itulah kau. Mana kautahu perkembangan dunia? Sekarang ini sudah muncul satu wabak penyakit baru. Pakar-pakar perubatan yang hebat dan terkenal dalam dunia pun tidak tahu apa nama dia. Aku apalah lagi. Penyakit itu katanya menular di kalangan orang yang suka bercakap bohong dan tidak menepati janji sahaja. Mula-mula kena, telinga dia akan hilang dan tinggal satu. Lepas itu, lidah dia pula akan jadi dua atau pun bercabang. Begitu aku memperjelaskan lagi kepada si hantu yang masih terkebil-kebil itu.

Oh, patutlah. Aku ingatkan apa tadi. Tetapi penyakit itu berjangkit jugakah?

Di kalangan orang biasa macam aku ini tidaklah dia berjangkit. Tetapi kalau di kalangan sesiapa yang memegang kuasa dan bergelar politikus, khabarnya penyakit itu memang pun menular secara demikian. Mula-mula seorang, lepas itu seorang dan khabarnya, menurut apa yang diberitahu oleh seorang ahli sains yang mula-mula menemui virus penyakit itu, kalau tidak dibenteras segera, penyakit itu boleh berjangkit kepada siapa sahaja yang memegang kuasa dan menjadi ahli di dalam sesebuah pertubuhan atau parti politik yang berkenaan. Begitu aku melanjutkan penjelasan dan kedua-dua bola mata milik si hantu yang mengaku kini sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu bagaikan terbelalak.

Kenapa pula kau sampai demikian laku dan peri keadaannya? Kini kuajukan tanya kepada di hantu itu. Hairan juga aku melihat demikian peri dan lakunya yang tiba-tiba itu.

Aku rasa takut sungguh. Selama ini aku sangka penyakit-penyakit dari dunia hantu itu sudah hebat dan terlalu bahaya. Rupanya tidak. Penyakit dalam dunia manusia macam kau ini lagi baru aku tahu terlebih bahaya dan hebatnya. Patutlah dahulu aku pernah dengar orang nasihatkan aku agar jangan cuba hendak hidup dalam dunia manusia. Sekarang baru aku tahu. Rupa-rupanya, hidup dan menjadi manusia di dunia manusia itu banyak duga dan cabarannya. Kini, dengan kedua bola matanya masih terbeliak, kudengar si hantu itu panjang dan lebar melanjutkan bicaranya.

Entah kenapa, hatiku diusik rasa geli mendengar kata-kata si hantu itu.

Dahulu aku ingat hantu itu lebih hebat dan superior berbanding dengan manusia macam kau. Sekarang baru aku tahu itu tidak benar. Manusia yang lebih hebat. Patutlah manusia itu boleh jadi pemimpin. Sebab mereka ada otak dan dan pandai. Bukannya macam otak hantu macam aku.

Hatiku semakin bertambah diusik rasa geli. Malah kalau kurang menahankan sabar dan diri, mahu rasanya aku ketawa sesungguh hati sampai berguling-guling di lantai. Tetapi aku tahu, aku manusia dan di depanku si hantu itu.

Apa pun, aku mesti menjaga martabat manusiaku di depan si hantu yang mengaku kini sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu.

Kerana aku manusia dan dia hantu.

Walaupun yang banyak membuat onar dan kerosakan di dunia ini juga manusia, terutamanya manusia yang memiliki satu telinga dan dua lidah.

Dan aku bukan sebahagian dari mereka, kerana masih memiliki dua telinga dan satu lidah.

Februari 24, 2009

TENTANG BUDAYA-BUDAYA DAN AMALAN


BERDEMO-DEMO itu kalau kau hendak tahu bukanlah datang dari budaya dan amalan bangsa kita yang bernama Melayu yang selama ini terkenal dengan sopan dan adab hormat dan menghormatinya.

Khususnya tatkala berhubung dan kait dengan sesiapa yang namanya pemimpin atau pemberi perintah, akan tiap segala kata dan ujaran tidaklah layak sama sekali dibantah dan disanggah-sanggah. Apa lagi sampai sampai mengemukakan saman dan menyaman.

Itu sungguhlah amat tidak kena pada tempat lagi adabnya.

Sesungguhnya itu adalah budaya songsang dan negative yang dibawa masuk dari luar. Bukan asal dan usulnya dari budaya bangsa kita. Oleh orang-orang yang tidak tahu hendak menghormati undang-undang dan adat sopan. Oleh bangsa babrbar dan tidak bertamadun.

Kepala hotak emak dan bapak dia.

Pijak perut orang, ludah atas muka, kencing atas kepala dan bahasa sendiri, buang pasir dalam periuk, berak dalam kuali, halau orang dari tanah dan kebun mereka, mengejar orang bagaikan mengejar kawanan babi, itu budaya mana pula? Budaya bangsa Melayu jugakah?

Memang kepala hotak dia.. Cakap sahaja pandai macam maksum dan mulia sangat. Tetapi hakikatnya?

Haprak belaka.

Februari 22, 2009

AKU SUDAH JADI PENYAIR, BODOH

SETELAH hampir sebulan tidak muncul dan datang mengganggu, tiba-tiba entah mimpi apa, tengah malam ini si hantu yang mengaku kini sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu kembali menjengulkan wajah.

Seperti biasa, ketika aku sedang asyik merenung kertas dan huruf di meja tulisku, kudengar bertalu-talu ketokan di kaca cermin tingkap kamar tulisku. Ketika kepala kudongak dan menoleh, kelihatan dari luar menempel di cermin tingkapku wajah si hantu yang hitam dan kusut masai itu .

Masuk sahajalah. Tidak payah hendak berlagak kau itu baik dan bersopan, hendak ketok-ketok pintu. Masuklah sahajalah, hantu. Begitu aku menyergah si hantu itu dan belum pun habis sergahanku, kini dia sudah tercokol duduk di kerusi di hadapan meja tulisku.

Hah, ke mana kau selama ini senyap menyepi tanpa khabar dan gangguan? Begitu aku langsung mengajukan tanya kepada si hantu yang mengaku kini sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu.

Tanyaku tidak segera dijawab oleh si hantu itu dan seketika lamanya kulihat hanya tersengih-sengih dia.

Ke mana kau selama ini hilang lenyap tanpa sebarang khabar? Balik bertapa di gua hantu kaukah? Begitu aku menggeranyangi dia dengan tanya.

Kulihat si hantu yang mengaku kini sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu masih dengan sengihannya.

Heh, apa yang kau asyik sengih-sengihkan itu? Sekarang ini kau sudah menjadi bisu dan tulikah? Kini aku menjerkah si hantu itu dengan suara yang lebih keras tekanannya.

Kautahu tidak? Kini si hantu itu mulai menjawab dan bersuara.

Apa tahu-tahu? Cakap sahajalah! Aku meneruskan jerkahanku.

Aku kini sudah menjadi penyair. Kautahu tidak? Penyair, kautahu?

Mendengar jawab si hantu itu, tanpa sedar bahakku terburai dan aku tersenggok-senggok menahan tawa.

Aku sudah jadi penyair. Sana sini orang panggil aku penyair dan suruh baca sajak di merata pentas. Kata orang yang menjemput aku, mereka sudah bosan panggil penyair yang sebenar. Macam kau. Sekarang mereka hendak tengok dan dengar hantu macam aku pula yang tulis dan baca sajak.

Kalau ikutkan hati mahu rasanya aku gelak sesungguh hati hingga terguling-guling di lantai. Geli sungguh hatiku mendengar kata-kata si hantu itu.

Sajak apa sebenarnya yang mereka suruh kautulis dan baca itu? Sambil menahan geli di hati, kupaksakan juga diri mengajukan tanya kepada si hantu itu.

Sekarangkan musim orang sebok bercakap pasal Palestine. Sana sini kan orang sebok kutip derma dan dana untuk Palestine. Kata mereka yang jemput aku, kalau panggil penyair yang memang betul-betul penyair, tidak banyak derma yang mereka boleh kutip. Kautahu sebab apa dan apa kata mereka? Kata mereka, kebanyakan sajak yang ditulis oleh penyair yang betul-betul penyair suka syok sendiri dan entah apa-apa. Asyik pentingkan rima, metafora dan personafikasi sahaja, tetapi isinya entah apa-apa. Sebab itu mereka suruh aku tulis sajak dan bacakan sekali. Mereka kata mereka suka sajak aku, terus terang dan tidak berselindung di sebalik symbol, metafora dan personafikasi mengutuk kekejaman. Itu yang mereka suka. Dan sebab itu juga mereka kata penyair yang betul-betul penyair itu penyair bodoh. Tidak macam aku. Walau bukan penyair yang betul-betul penyair, tetapi mereka suka cara aku menulis sajak…..

Aku tidak sedar dan pasti bila masanya aku mula didatangi kantok dan terlelap. Ketika kedua-dua belah kelopak mataku terasa kian berat digayuti kantok, suara dan kata si hantu yang mengaku kini sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu masih sayup-sayup terngiang dipendengaranku.

Ketika aku tersentak dari lelap yang entah bila bermula itu, di atas meja di depanku, kelihatan sehelai kertas berukuran A4. Di kertas itu tertulis sesuatu dan ditindih dengan penanda papan putih: Aku sudah jadi penyair, bodoh.”

Ketika kutoleh ke kiri dan ke kanan, kelibat si hantu yang mengaku kini sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu telah lesap entah ke mana.

Kertas berukuran A4 di atas meja tulis di depanku itu lama kutenung.

Aku tidak pasti siapa sebenarnya yang bodoh. Aku, si hantu, atau penyair itu yang bodoh?

Februari 7, 2009

February 5, 2009

BUDAYA-BUDAYA DAN AMALAN

BERDEMO-DEMO itu kalau kau hendak tahu bukanlah datang dari budaya dan amalan bangsa kita. Itu budaya songsang dan negative yang dibawa masuk dari luar. Oleh orang-orang yang tidak tahu hendak menghormati undang-undang dan adat sopan.

Kepala hotak dia.

Pijak perut orang, ludah atas muka, kencing atas kepala, dikejar-kejar bagaikan kawanan babi, itu budaya mana pula? Budaya bangsa Melayu jugakah?

Februari 5, 2005

February 3, 2009

KAMPUNGKU, KAMPUNGKU. KOTAMU, KOTAMU

INILAH saat dan ketikanya kau dan sanak saudara kau berpindah masuk ke bukit atau ke hujung-hujung negeri. Kerana begitulah memangnya nasib kita bangsa yang selalu melayu-layu ini. Ketika masih hutan dan belantara kaulah yang menebas dan menebang dan mendirikannya menjadi kampong serta kota.

Tetapi setelah beberapa kurun dan generasi, ketika hutan di sekeliling juga sudah menjadi kota, maka hutan yang kaupugar dan bangunkan menjadi kota itu, dengan dalih kononnya tidak teratur dan semakin menyesakkan pemandangan keindahan kota-kota lain di sekitarnya, kota yang telah dibangunkan dengan keringat dan air mata poyang moyangmu itu pun dipindahmilik atas nama undang-undang dan: PEMBANGUNAN.

Inilah nasib dan kesudahan kita berbangsa melayu-layu ini. Yang tinggal akhirnya hanya harapan dan angan. Dan kau tidak ingin lagi menangis. Kerana tiada siapa lagi yang dapat kauharap dan membela. Kerana sekarang orang berebut-rebut mengejar laba. Walau pun untuk itu terpaksa menjual bangsa, bahasa dan negara.

Februari 3, 2009

February 1, 2009

INILAH MALAYSIA: BOLA SEPAK


INILAH MALAYSIA. Bukan Jepun, bukan German. Tetapi Malaysia. Negeri yang terkenal dengan segala kebolehan serta kehebat-hebatannya. Negeri yang tidak perlu dibanding dengan negeri-negeri lain di dalam dunia. Di sini, segala yang tidak boleh dan mustahil bagi negara lain, di sini menjadi boleh dan tidak mustahil.

Di negeri lain, di negeri yang telah lama terkenal kerana mengamalkan sikap profesional dalam pengurusan pasukan bola sepaknya, kalau pasukan bola sepaknya kalah dan merudum mutunya, pengurusnya kena bertanggungjawab dan perlu memikul tanggungjawab. Kerana, itu tandanya dia tidak cekap mengurus dan mentadbir pasukan bola sepaknya.

Tetapi di Malaysia tidak. Pengurus dan sekalian pegawainya masih boleh bersenang-senang memanggul kaki kerana di Malaysia, kalau pasukan bola sepaknya kalah dan kian merudum, mudah sahaja jawapannya: pecat jurulatih dan pemainnya.

Sebabnya? Segala-galanya terletak di bahu jurulatih dan pemain. Sementara sekalian mereka yang bernama pegawai tidaklah bersalah dan perlu pikul tanggungjawab apa-apa. Namanyakan pegawai. Kerja pegawai adalah mengarah dan memerintah sahaja. Kalau ada apa-apa yang tidak kena, itu bukan salah pegawai. Salah semua itu adalah salah orang yang bukan pegawai.

Walau pun kerana kerenah dan lagak mereka sebagai pegawailah pemain dan jurulatih jadi tawar hati, tetapi itu semua siapa perlu peduli.

Ingat, akukan pegawai. Jangan pandai-pandai hendak kritik dan bersuara. Ingat, aku pegawai. Pegawai mana boleh dikritik.

Tetapi para pegawai ini lupa, moral pemain menjadi rendah dan ditandangi rasa meluat pun kerana lagak kepegawaaian mereka yang terlalu dilagak-lagakan itulah.

Tetapi inilah Malaysia. Negeri yang hanya mementingkan pegawai dan atasan. Walau pun lagak itu semua tidak diperlukan di dalam persatuan sukan dan kerana keterlaluan lagak itu juga mutu bola sepak negara semakin merudum..

Februari 2, 2009

ANAK SIAPAKAH ITU?

TOLONGLAH. Sesiapa yang ada kuasa dan berwajib tolonglah buat sesuatu untuk hentikan ini.

Anak yang masih terlalu muda itu diletak di setesen petrol dan setiap pemandu yang berhenti untuk mengisi minyak kenderaan akan disapa olehnya untuk membeli sesuatu.

Tolonglah. Cukuplah mengeksploit anak-anak yatim ini atas nama kebajikan atau agama. Malulah sangat rasanya bila dilihat oleh bangsa dan orang beragama lain. Nampak sangat hina dan miskinnya orang beragama Islam. Untuk mendapatkan dana menampung perbelanjaan di rumah kebajikan, anak-anak yatim yang masih terlalu muda ini dieksploit sebagai juru jual.

Tolonglah. Tolonglah. Carilah cara lain yang lebih bermaruah dan tidak sampai ke tahap mengganggu psikologi anak-anak yatim ini.

Sudahlah mereka miskin dan yatim, terpaksa pula menebalkan muka menjadi juru jual.

Tolonglah. Kalau tidak mampu hendak membiayai perbelanjaan harian anak-anak yatim ini, aku sarankan lagi baik jangan buka rumah penempatan untuk anak-anak yatim ini. Serahkan kerja ini kepada orang lain yang lebih berkemampuan.

Kita yang dewasa ini tidak pernah terfikirkah bagaimana perasaan anak-anak yatim ini?

Di kampung, emak mereka ingatkan selamat dan sejahteralah anaknya di rumah kebajikan anak yatim. Tetapi hakikatnya?

Tolonglah. Sesiapa yang ada kuasa dan berwajib tolonglah buat sesuatu untuk hentikan ini.
Februari 1, 2009

January 31, 2009

NAIK, NAIK, NAIK

BUNYI memang macam hendak mencarut atau mencarut sahaja.

Tidak sudah dengan itu juga. Naik, naik, naik, naik. Kalau tidak naik hendak jadi bagaimana? Semuanya hendak kena naik juga.

Tetapi biasanya selepas puas dan terpancut air seronok yang tidak berapa lama sangat saat dan minit itu, turunlah juga. Kalau hebat sangat pun, esok atau lusa, turunlah juga.

Tetapi kalau asyik naik dan naik sahaja namun tidak turun-turun, apakah haram dan yang menjadi jadahnya pula?

Dekat mana yang sebenarnya tidak kena?

Masa dulu-dulu bukan main lagi janji. Kalau minta bukit dan gunung sekalipun mungkin diusahakan untuk dibawa letak depan rumah si peminta.

Tetapi sekarang?

Sudahlah. Tidak payah cakap benda-benda yang besar dan bunyi hebat sangat kalau benda-benda yang kecil dan mudah begini pun tidak terdaya hendak selesai.

Memanglah kalau tidak dapat selalu benda-benda begitu tidak kebulur.

Tetapi yang menjadi kejadahnya, bila satu naik, yang lain pun ikutlah berderet-deret.

Iut pun tidak boleh fahamkah?

Atau kauingat kami ini memang berok yang tidak tahu berfikir?

Januari 31, 2009

JANGAN TINGGALKAN DAKU, DUHAI KEKASIHKU

MENDAYU sungguh. Kalau kurang sabar dan bertahan memang boleh cair secair-cairnya.

Tetapi semaunya memang sudah pun terlambat. Ketika hati ini dibuka seluas-luasnya tidak pula dia hendak melayan dan menyinggahkan sayang atau cintanya.

Tetapi sekarang? Untuk apa lagi sendu dan merayu-rayu?

Sudahlah. Jangan bazirkan suara dan air mata. Segalanya sudah tidak berguna.

Kautahu kenapa?

Orang tua kata, kalau lelaki masih juga tidak sedar dan insaf walau berkali-kali sudah dipermainkan makhluk bernama wanita, lebih baiklah dia gali sendiri lubang kubur dia.

Tetapi soalnya sekarang bukan soal cinta atau wanita. Ini soal dan perkara yang lebih besar. Soal cinta itu perkara kecil. Sedikit tidak menjadi kudis atau luka.

Tetapi kalau hati menjadi luka dan koyak rabak kerana harapan yang tidak tertunai, selepas kauletakkan harap dan menanti janji-janji yang dikoarkan oleh mereka yang bergelar calon atau pemimpin ketika berkempen, memang itulah yang buat kau akan rasa sangat-sangat kecewa dan tertipu.

Hingga tidak sedar, bila kaudengar mendayu-dayu rayuan-rayuan begitu, tanpa sedar kau boleh akan kata: “Cis!”

Januari 31, 2009

January 29, 2009

SI CERDIK, SEEKOR KERBAU DAN SEKETUL BIJIH

KAU hendakkah? Tanya si lahabau yang sudah entah berapa lama menekup benda dan perkara di bawah mangkuk ayan itu.

Si cerdik apa lagi, angguk sahajalah.

Kalau begitu, sekarang kau kenalah jaga benda ini. Pastikan jangan sampai terbuka dan diketahui orang rahsia dia.

Kerana berasa dan terfikir dia telah membuat tindakan dan mengambil keputusan yang cerdik, si cerdik pun meneruskan lagi anggukannya.

Tetapi begitulah selalunya nasib manusia yang mengaku dirinya cerdik. Nama dan rasa sahajalah cerdiknya, tetapi yang sebenarnya bodoh mengalahkan kerbau di sawah.

Kautahu tidak kenapa orang yang dikatakan sebagai bodoh itu selalu mengatakan mereka yang mengaku dirinya cerdik itu sebagai bodohnya mengalahkan kerbau?

Cuba kaubayangkan. Kalau di bawah mangkuk ayan yang dijaga-jaga sepanjang masa itu sebenarnya hanyalah seketul najis, akan apa sudahnya?

Maksud aku, siapa pasti yang di bawah mangkuk ayan itu seketul bijih emas? Kau? Dia? Atau para lahabau dan penyangak itu?

Memang tidak siapa yang tahu pasti.

Tetapi hendak dijaga dan dilindung-lindung juga konon jangan sampai ketahuan oleh sesiapa.

Memanglah. Bodohnya mengalahkan kerbau.

Januari 30, 2009

HATIKU KECEWA, TIADA TEMPAT BERMANJA

HENDAK termuntah pun ada rasa.

Memang dasar tidak sedar dan kadarkan diri. Sudah tua bangka sebegini konon hendak bermanja-manja lagi.

Kalau orang sudah tidak suka, biarlah dia terus menerus tidak suka. Untuk apa lagi hendak dibujuk dan dirayu-rayu?

Hendak cari tempat bermanja-manja apa lagi?

Meluatlah. Sudahlah. Kenapa hendak salah-salahkan diri sendiri hendak pikul segala silap dan kesalahan. Kononlah.

Woi, siapa berak dialah yang basuh sendiri. Kenapa pula kau yang sebok-sebok hendak tolong pergi basuh.

Malulah. Sudah tua-tua bangka masih lagi begini.

“Hatiku kecewa, tiada tempat bermanja…”

He, hendak termuntah adalah.

Januari 29, 2009

December 17, 2008

GELANGGANG, SARKAS DAN SEEKOR ORANG



1

GELANGGANG

SIAPA peduli lagi soal dosa dan pahala di gelanggang ini. Asalkan menang dan berjaya ke atas. Itulah matlamat dan tujuan.

Orang lain? Persetan. Kalau terlalu memberi belas nanti diri sendiri akan disepak dan diterajang hingga jauh tercampak nun ke dasar jurang maha dalam.

Keadaan dan persekitaran mengajar manusia. Berubah dan menyesuaikan diri agar tidak berterusan menjadi mangsa dan ditelan oleh segala macam makhluk yang sentiasa menanti untuk menerkam.

Orang bodoh sahaja yang diam membatu tanpa berbuat sesuatu apa meski kepalanya dikencingi orang atau mukanya dilumuri najis.

Orang bodoh sahaja yang sanggup terus menerus menjadi pak angguk meski berkali dihina dan diseranah berguni berbakul-bakul.

Inilah gelanggangnya manusia saling beradu bijak, pelit dan pintar untuk menakluki lawan dan kawan.

Di sini semua kawan adalah lawan dan semua lawan adalah kawan. Dalam sekelip mata kawan boleh berubah menjadi lawan dan kerana sesuatu kepentingan buat diri sendiri lawan boleh diajak berbaik dan menjadi kawan.

Semuanya mungkin di sini.

2
ORANG


APA gunanya hidup jika bagai dan layaknya seperti bangkai bernyawa?

Ke mana-mana orang sudah ke depan tetapi kau masih terpisat-pisat di tempat mula. Seolah langsung tidak bergerak dan berganjak.

Orang berlumba merebut peluang tetapi kau lebih senang duduk meriba tangan. Kau percaya, sangat-sangat percaya betapa rezeki jika sudah secupak tidak akan menjadi segantang.

Biar gegar seisi alam dan bumi, kau begitu-begitu juga. Seperti tiada apa-apa. Tiada risau dan gundah gulana untuk segala apa.

Lebih baik tidur dan bermimpi panjang-panjang di siang bolong. Mimpikan bertemu puteri rupawan di anjung mahligai dan beradu berteman dan dikipaskan oleh puluhan dayang-dayang. Segela kehendak dan pinta sekelip mata dikabulkan segera.

Jangan serabutkan otak serta fikiran. Bersantai dan bersenang-senanglah. Sementelah ada peluang, rebut dan gapailah apa sahaja yang sempat dan patut.

Apa dipedulikan milik orang asalkan hati senang dan tembolok sendiri semakin kembong dan berisi.

Untuk dan demi itu, jika diri menjadi kuda tunggangan sekalipun apa peduli.


3
SARKAS

ORANG bijak dan cerdik tidak diperlu dan dialukan datang. Kecuali pak-pak angguk, para penjilat dan pembodek.

Jika yang berkata itu kastanya adalah tuan, ketua atau yang di atas, bererti segala kata dan tindaknya hendaklah diangguk dan iya-iya segera.

Peduli apa kalau di luar gelanggang riuh segala jelata bercakap mengatakan bodoh atau mubazir segala tindakan. Itu apa peduli. Yang penting adalah menganggguk dan mengia segala kata dan tindak siapa sahaja yang bergelar serta bernama tuan, ketua atau yang di atas.

Jangan berlagak bijak dan pandai jika tidak mahu menanggung akibahnya. Sedarlah siapa dirimu. Kamu hanyalah pencacai dan bukannya tuan atau ketua.

Ingat itu. Sedarlah dirimu jika tidak mahu menjadi Nadim yang baru. Tangan dan kakimu diikat dan kau dihumbankan ke dalam laut.

Apa lagi hendak berlagak menjadi hero. Sudahlah. Pergi mampuslah dengan segala angan dan igaumu itu.

Duduk sahaja diam-diam di situ dan jadilah kau pak angguk dan pak turut yang paling setia dan rajin.


4
SEEKOR ORANG

BEGITU selesai mandi dan mempersiapkan diri, segera kostium aneh itu disarungkan ke batang tubuhnya. Dan begitu dirasakan pasti kostium itu sempurna letak dan duduknya, dia keluar dari kamar dengan hati yang selalu dibungai angkuh dan bangga.

Lihatlah dunia siapa diriku sebenar. Begitu selalu kata bisikan itu terngiang di pendengaran dia.

Di meja, dia duduk menikmati sarapan tanpa suara dan kata.

Ketika seorang isteri, di mata dia berubah menjadi seekor merak yang terlalu gemar mempamerkan belakang ketimbang wajahnya yang sudah semakin lebam dan kusam.

Usai bersarapan, bergegas dia ke limo yang sedang menanti. Begitu pintu dikuakkan oleh pemandu yang berseragam, segera dia menjebloskan diri ke kusyen empok di dalam limo.

Ketika limo mulai bergerak meninggalkan halaman dan cermin gelap dinaikkan oleh pemandu, perlahan-lahan dia menangalkan topeng yang menyelubungi wajah miliknya.

Ah, betapakah rimasnya sepanjang waktu menyarungkan ini ke wajahku. Begitu pemandu yang berseragam mendengar dia merintih.

Dari cermin kecil di bahagian tengah atas di depannya, pemandu berseragam itu melihat terpampang wajah seekor anjing.

Dan pemandu berseragam itu tahu manusia berwajah anjing itulah yang saban bulan membayar gajinya sebagai seorang pemandu limo berwarna hitam pekat itu. Tetapi demi perut dan keluarga, dia rela dalam terpaksa bertuankan seekor manusia berwajah anjing!


Disember 18, 2008

November 22, 2008

SI BODOH YANG BERUMAH DI LANGIT

SIAPA bilang dia bodoh? Bukankah kau yang dulu merestuinya agar berumah di langit? Tetapi kini? Kau pula bilang dia bodoh dan segala macam. Apa ini? Kau yang atau sebenarnya memang dia yang bodoh?
........................ nanti baca lagi
November 21, 2008

November 21, 2008

LANTARAN MELETAKKAN SI BODOH DI KERUSI


AKHIRNYA itulah kesudahan. Sudah sangat jelas nampak dan terbarai-barai hinggakan yang tersembunyi di dalam seluar atau di dalam kain pun boleh dilihat orang lain.

Konon dahulu sudah dipilih yang paling sesuai dan boleh menunaikan segala harap dan kehendak sekalian marhaen.

Tetapi kini sudahnya apa? Hah, haprak belaka.

Kalau setakat tidak menunaikan tidak mengapalah lagi. Tetapi bila sampai ke tahap yang diamanah sendiri kencing dan berak sesuka hati, melampaulah itu.

Itulah kesudahannya. Hendak marahkan siapa lagi kalau tidak marahkan bodohnya diri sendiri.

Itulah bahana bila meletakkan yang bodoh di kerusi.

Kerana, yang memilih dan meletakkan itu juga, mungkin samalah juga bodohnya.

Jika tidak manakan begitu.

November 21, 2008

PAK PANDIR SANGAT MAHU ITU


SETELAH puas bertempik dan meraung, akhirnya senyap sunyilah sekalian para budayawan dan mereka yang bergelar sasterawan itu.

Kalau berkata dan bersuara pun, hanyalah berbisik-bisik, berkeluh-keluh. Itu pun di kamar sendiri atau sesama kawan dan sahabat yang sama gelaran sahajalah.

Sudah jelaslah betapa menghadapi isu Pak Pandir ini, yang menang dan berkuasa menentukan segala akhirnya adalah Pak Politik dan ini mendapat dokongan kuat mereka yang bergelar Pejuang Duit dan Kelompok Telinga Tuli.

Sasterawan dan budayawan apa? Hampaslah belaka. Suara mereka tidak mahu didengar. Macam termasuk dalam kasta haprak begitulah kira-kira.

Dan itulah. Sejak dahulu lagi sudah diberi nasihat dan peringatan, bahawa berbaik dan bersahabat dengan Pak Politik itu akhirnya yang akan jadi mangsa tetaplah nanti sasterawan dan budayawan juga.

Beberapa orang tua yang beri nasihat itu kata, segala benda dan budi yang diberi, yand diminta sasterawan dengan cara mengemis-ngemis itu, bila nanti, akanlah ditagih kembali walau apa caranya oleh mereka yang memberi itu.

Tetapi itulah. Kerana memang dasar mengada-ada begitulah jadi kesudahan. Kalau ada sesuatu, kalau tidak ditandang dan didatangkan Pak Politik itu, bagaikan tidak sah. Tetapi sudahnya apa yang dapat hanyalah tiada suatu apa pun. Dikena perbodoh adalah.

Itulah. Bila Pak Pandir sangat mahu itu, tiada siapa boleh halang dan larang.

Berilah alasan apa pun, konon bangsa sudah kena kencing dan berak atas muka sendiri, Pak Pandir tidak peduli.

Yang penting, Pak Pandir sangat mahu itu.

November 21, 2008

November 16, 2008

PAK PANDIR SUDAH MULA INGAT


PEDULI apa. Asalkan hati di dalam rasa senang dan puas, cukuplah. Kalau rasa hendak berjoget bergoyang-goyang, berjogetlah. Pedulikan apa pasal yang lain-lain itu. Hendak diapakan mendengar nasihat dan pendapat para pencacai yang sesungguhnya memang dirasakan bangang dan bodoh.

Biarkan mereka bertempik marah dan kecewa sampai berguling-guling atas tanah. Kalau sudah letih nanti akan diamlah sendiri mereka.

Ha. Ha. Ha. Hi. Hi. Hi. Inilah saat dan ketikanya hendak menunjukkan segala kuasa yang ada. Kalau sedikit mendengar dan menerima, nanti dikatakan tidak pandai mengendali dan mengatasi. Inilah ketikanya hendak beritahu segala marhaen dan mereka yang dianggap sebagai pencacai itu betapa berkuasa dan berkebolehannya diri. Sehinggakan soal dalam kain dan mati hidup pun kau yang tentukan.

Mana hendak dicari manusia yang begitu super power dalam dunia ini selain diri kau.

Dan untuk tunjukkan bahawa kau ini manusia yang suka mendengar, buat-buatlah sandiwara segala macam nama. Kajiankah, persidangankah, mesyuaratkah. Ha. Ha. Ha. Hi. Hi. Hi. Apa yang mereka tahu para marhaen dan para pencacai itu. Bodoh dan bangangnya tidaklah terkira bila meminta sesuatu benda yang mereka pun sendiri tahu tidak akan berhasil apa-apa.

Itulah hendak dikhabarkan. Pak Pandir sudah mula ingat. Ingat sangat-sangat ingat. Biarlah berak dan kencing sendiri berterabur atas muka, pedulikan sahaja. Yang penting sudah buktikan betapa masin air dari ludah kau.

Atau ketika bersendirian di kamar mandi, bernyanyi-nyanyilah dengan segala senang hati selepas berak dan kencing ke muka sendiri: mari bermain tali/ peganglah di sini/ kau tarik di sana/ dan aku tarik di sini/ tetapi semua kena ikut nanti..../

Ha. Ha. Ha. Hi. Hi. Hi. Memang para marhaen dan pencacai itu bodoh dan bangang yang amat. Kerana itulah Pak pandir yang sudah mula ingat boleh memperbodoh dan mendiamkan segala pekik dan jerit mereka.

Heh, tunggu mampus sahajalah.

November 17, 2008

November 10, 2008

TULISAN


MALAS hendak aku kira berapa jumlahnya. Kalau rajin, kaukiralah sendiri. Bukankah kau ini seekor hantu? Dari kau duduk melangut tanpa buat apa-apa sepanjang hari, elokalah kau buat kerja mengira-ngira berapa jumlah bentuk dan jenis tulisan yang wujud dan ada dalam dunia ini.

Begitulah aku membebel sebaik sahaja usai si hantu yang mengaku kini sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu mengajukan tanya mengenai jumlah tulisan yang wujud dan ada dalam dunia hari ini.

Kenapa kau marah-marah, hai manusia? Salahkah aku bertanya begitu.

Aku tahu si hantu itu berasa pelik bila melihat aku bagaikan melenting secara tiba-tiba begitu.

Tidak. Untuk apa marah. Kalau kau pun rasa patut hendak sangat tulis semua bentuk dan jenis tulisan yang ada dalam dunia ini, tulislah. Buat apa aku hendak ambil peduli. Inikan negeri emak dan bapak kau. Tulislah. Tulislah. Buat apa aku hendak ambil peduli.

Habis kalau tidak marah, kenapa pula nada suara kau itu membentak-bentak sahaja? Kini si hantu itu menujah lagi aku dengan tanyanya.

Habis? Kau hendak suruh aku berjoget sampai berguling-gulingkah? Memanglah kau ini hantu. Benda dan perkara yang bukan menjadi masalah kau pun sebok hendak kau ambil peduli.

November 10, 2008

November 4, 2008

INFLASI

KAU INGAT SEGALA MACAM BENDA MASALAH YANG MEMBABITKAN DIRI MARHAEN SEPERTI AKU DAN YANG LAIN-LAIN BOLEH DISELESAIKAN DENGAN SIMPOSIUM YANG MEMANG SELALU MENGADA-ADA MEMINTA PELBAGAI PERKARA DAN TUNTUTAN NAMUN AKHIRNYA TIDAK SATU PERKARA DAN BENDA ATAU KEPUTUSAN PUN YANG MENJADI DAN SEGALANYA BALIK KEPADA ASAL SERTA AKAR UMBI MENJADI BODOH DAN BANGANG DAN KEMUDIAN DIANJUR LAGI SIMPOSIUM DEMI SIMPOSIUM DEMI SIMPOSIUM NAMUN BENDA DAN PERKARA YANG DIBINCANG BEGITU-BEGITU JUGA LAHABAU DAN LAWAK-LAWAK ITU BEGITU DAN BEGINI ADA JUGA YANG HA-HA-HA-HA ATAU BERHI-HI-HI-HI KERANA MEMANG BODOH DAN BANGANGLAH KITA SEMUA JADI BAGAI LEMBU YANG SAMA TONGONGNYA TETAPI BENDA YANG HENDAK ATAU SUDAH NAIK TETAPLAH NAIK DAN TIDAK BOLEH HENDAK TURUN JUGA MALAH AKAN BERTAMBAH-TAMBAHLAH NAIK LAGI ADALAH.

November 1, 2008

BUKALAH PEKUNG DI DALAM KAIN ATAU SELUAR MILIKMU SUPAYA KAU TIDAK PAYAH BERSEDIH KERANA SENGSARA BANGSA


AKU tahu kau seorang pemikir dan sekaligus peneliti masalah bangsamu. Tetapi sudah dan hentikanlah berfikir lagi hari ini.

Kukatakan begitu kerana hari ini apa peduli soal kebenaran dan maruah. Kerana semuanya boleh diperjudi dan diperjual beli asalkan ada yang mendatangkan laba serta untung.

Kenapa mesti mampus dalam kemiskinan kalau di depan terbentang peluang untuk beroleh laba dan untung dengan cara paling mudah iaitu menipu dan menjual bangsamu sendiri.

Pokok pangkalnya kau boleh kekal terus di kerusi itu. Apa peduli soal bangsa atau bahasa yang itu semua perkara sialan yang apa sangatlah faedahnya untuk seorang oportunis.

Lagi banyak kau buka pekung lagilah banyak kali namamu disebut dan makin amatlah tersohor namamu ke seantero dunia.

Sekarang bukan soal malu. Yang penting berapa banyak kemaluan sudah kau buka. Jadi apa sangat kalau setakat membuka kemaluan kau sendiri yang ada pekung di dalam kain atau seluar itu sendiri.

Yang penting kau tidak perlu serabutkan otak memikirkan sengsara bangsa.

Jangan bersedih.

November 2, 2008

SASTERA YANG BERLAGAK TETAPI TIDAK MEMILIK BATANG KEMALUAN SEPERTI JUGA PENULIS KARYANYA YANG SUKA BERONANI ATAU MENGHIRUP AIR KENCING ORANG LAIN


SUDAH lama kautahu betapa berlagaknya sastera seolah-olah dialah raja dan dewa yang mesti ditakut dan dihormati.

Walhal yang tetap menjadi kaya raya adalah taukeh penerbit yang menerbitkan karya penulis dan sasterawan yang selalu mabuk kerana berfikir dan berangan-angan bahawa sastera yang dia tulis adalah raja dan dewa boleh berbuat kehendak hatinya apa sahaja, tetaplah juga terus berseronok di dalam angan-angannya.

Konon sastera adalah pelurus dan penegak kebenaran. Tetapi lahabau belaka. Walhal yang menulis karyanya tidaklah suka benar hendak bertegak dan berlurus-lurus. Kalau ada peluang dan kepentingan sebat jugalah.

Sehingga terlupalah mereka betapa di dalam lagak-lagaknya itu sastera kini sudah tidak memilik batang kemaluan dan boleh dikencing atau dizinahi oleh sesiapa yang menjadi ghairah dan berahi kerananya.

Sepertilah juga ada mereka yang menjaga pintu pun demikian juga. Ketika berdiri di depan itu terlalu lama, tanpa sedar-sedar batangnya juga sudah kehilangan apabila dijerkah oleh seekor monyet dari tanah seberang.

Tetapi lagaknya memanglah terlalu bertegak-tegak. Dia berangan-angan kalau tidak dia yang menjaga sastera yang memang sudah kini tidak memiliki batang kemaluan itu maka akan tidak memiliki apa-apalah lagi. Konon.

Ha.Ha. Ha. Tetapi itu semua seronok dan mimpi belaka. Jadi teruslah berseronok di dalam mimpi sehingga mampus pun kau kata masih hidup lagi. Atau kepala kau kena kencing oleh orang lain pun kau kata itu semua tidak mengapa. Dan paling bodoh yang amat bila air kencing itu kau hirup bagaikan menghirup air tuak manis yang dijual banyak di gerai dekat stadium di Kota Bharu itu.

Pergi mampus lagi baik.

Atau duduk dalam kamar dan beronani banyak-banyak kali sampai habis air mani dan letih terkedang macam bangkailah kau. Dan peduli apa kalau bangsamu hendak pupus dan bahasamu diludahi oleh bangsamu sendiri. Peduli apa? Kerana lagi seronok beronani untuk diri sendiri.

Kenapa tidak?

November 2, 2008

October 21, 2008

DATO RESAM , TUN SEMALU DAN TAN SRI SUNGAI

BANYAK orang jadi tidak senang hati bila dalam banyak-banyak jenis makhluk dan tumbuhan yang ada di muka bumi ini, cuma resam dan semalu sahaja yang dipilih sebagai penerima anugerah pingat kebesaran negeri bagi tahun ini.

Resam yang selama ini tumbuh sebagai semak samun di tepi-tepi jalan dan langsung tidak dianggap mempunyai apa-apa gunanya, berasa hebat dan gembira bukan kepalang dengan penganugerahan gelaran Dato kepada dirinya itu.

Begitu juga dengan si semalu yang batangnya penuh disaluti duri dan akan segera menguncupkan daunnya jika disentuh atau terkena sentuhan sesuatu itu. Kembang dan gembiranya di dalam hati pun memang tidak terperikan juga.

Memanglah banyak orang jadi tidak senang hati kepada resam dan semalu dan juga kepada pihak yang menganugerahkan itu.

Bagi banyak orang ini, apalah sangat kelebihannya tumbuhan bernama resam dan semalu itu sehingga layak mendapat anugerah gelaran sebegitu tinggi.

Bayangkanlah. Dua tumbuhan yang selama ini tumbuh melata sebagai semak samun di tepi jalan atau di bukit-bukit dan hutan-hutan terbiar tiba-tiba menerima anugerah gelaran sebagai Dato dan Tun.

Bayangkan. Dato dan Tun. Bayangkan. Dato Resam dan Tun Semalu. Hebat sungguh bunyinya gelaran itu.

Walau banyak orang tidak senang dan menyuarakan bantahan mereka dengan pelbagai cara, namun segala bantahan serta laungan protes mereka itu jadinya bagaikan anjing menyalak bukit juga.

Menyalak dan bertempiklah mereka. Namun tiada siapa yang berkenaan hendak ambil peduli. Gelaran itu tetap kekal dan tidak berubah juga. Tetap juga bunyinya Dato Resam dan Tun Semalu.

Hinggalah pada suatu hari. Mungkin sebagai upaya hendak meredakan sedikit laungan dan salakan protes itu, dari pihak berkenaan yang menganugerahkan gelaran itu, dikeluarkan kenyataan.

Menurut kenyataan itu, adapun resam dan semalu dipilih sebagai penerima anugerah gelaran pada tahun ini tidak lain dan tidak bukan lantaran sifat mereka sebagai tumbuhan yang jelas menunjukkan ciri-ciri kepatuhan dan tidak meninggikan diri.

Betapa pun resam itu liat batangnya dan tidak mudah untuk dipatahkan, namun setiap pucuknya yang menjulang itu tetaplah mengkerekot ke bawah tanda tunduk dan mengalah.

Begitu juga akan perinya dengan semalu. Meski batangnya penuh disaluti duri, namun sifatnya yang pantas menguncupkan daun itu jelas membuktikan sifat dan kelakunya yang amat merendahkan diri.

Dengan sifat resam dan semalu yang demikian itulah maka untuk tahun ini mereka dianugerahkan gelaran yang melayakkan mereka dipanggil Dato dan Tun.

Dalam hal yang demikian juga, untuk tahun-tahun akan datang bukan mustahil anugerah gelaran Dato, Tun atau Tan Sri akan dianugerahkan juga kepada gunung, sungai dan lautan, sebagai mengenang jasa dan pengorbanan mereka.

Demikianlah antara yang terpenting kandungan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkenaan yang menganugerahkan gelaran itu.

Dato Lautan, Tan Sri Sungai dan Tun Gunung. Kenapa tidak?

Oktober 22, 2008

October 16, 2008

BENCI

TATKALA terlalu banyak permainan kata dan silap mata di depanmu, pastilah rasa mual dan muak mulai bertandang di dalam perasaan serta jiwa.

Seolah-olah diperkirakan betapa sebagai marhaen walau secuil pun tidak memiliki otak untuk dapat berfikir dan menilai segala.

Seolah-olah diperkira betapa yang mutlak berkuasa menentu hanyalah mereka yang bergontai di kerusi di dalam mahligai yang tersergam indah di atas angin itu.

Kau melihat di depan mata kesewenangan dan kata yang tidak kunjung usai dipersulitkan makna menjadi retorik penuh buih dan mudah sirna ke dalam udara layaknya asap.

Kerana begitu mereka memperkirakan. Betapa bodoh dan mudahnya disunglap menjadi badut, dan kalau perlu seekor katak, atau ular dan biawak, setiap yang bernama marhaen.

Dan ketika mual semakin membuak atau muntah kian bertalu, hanya waktu itu nantinya menjadi penentu dan menghukum mereka yang sekian lama berlagak pekak dan tuli, menafikan segala benar jutaan suara yang merintih dan mengharap dan terus mengharap.

Memang itu sudah pun belaku. Ada yang bergulingan jatuh ke bawah bukit dan lembah. Namun sepertikan tidak seorang di antara mereka sudi untuk bermuhasabah dan tega mengaku segala khilaf dan salah.

Ah, negeri tercintaku. Kuharap tidak menjadi mangsa mereka yang serakah atau jatuh ke tangan si pemabuk yang sanggup menggadainya kepada angin dan ribut.

September 26, 2008

October 13, 2008

PUTERI YANG MENGADA-NGADA

BAYANGKAN kalau kecantikannnya jauh sama sekali tarafnya dengan pelakon perempuan yang paling hodoh sekalipun di Bollywood tetapi mengada-ngadanya dia bukan main bila berlagak dan berperasaan konon tiada mengalahkan kecantikan dia di segi itu.

Begitulah yang selalu dia perasan dan bangga-bangga. Terutama bila terasa ada pemuda dan pak-pak lawak di dalam kampung mahupun dari luar kampung yang cuba hendak datang dekat serta menggoda-goda dia. Atau kalau dalam majlis-majlis serta pertemuan yang ada juga hadir orang-orang berpangkat besar, berkuasa-kuasa, maka bertambah-tambahlah lagak dan perasaan dia.

Begitulah meluatnya mata yang melihat bila dia berlagak-lagaklah konon seperti terlampaulah amat cantiknya dia mengalah pelakon wanita tercantik dari Bollywood atau mana-mana pun di dalam dunia.

Apa lagi kalau perangai dia yang mengada-ngada ini menjadi amalan sehingga ke soal dan perkara yang lain juga seperti politik, sosial dan lain-lain.

Misalkan kalau dalam sesuatu majlis orang menjemput membaca sajak, maka dia jugalah membuat mengada-ngada meminta sama dijemput ke pentas untuk membacakan sajak.

Atau kalau misalnya dia hadir di dalam sesuatu forum atau seminar mengenai bahasa begitu jugalah laku dan perangai mengada–ngada dia itu. Bila peluang dibuka untuk bercakap maka tanpa bertangguh lagi akan bangunlah dia untuk bercakap dalam nadanya yang amat mengada-ngada itu mengalah segala pakar dan pejuang bahasa yang sedia ada.

Hinggalah tiba pada suatu waktu sana dan sini orang sebok bercakap mengenai perlunya mereka yang sudah lama bercokol di kerusi kuasa itu turun dan diganti dengan orang-orang lebih muda dan lebih baru di segi-segi pendekatan pemikiran dan strategi politiknya.

Entahlah ilmu apa yang dia pakai dan amal. Menjadi sungguh dia dan sana-sini ramai wanita menjadi pengagum dan sekaligus mencalon nama dia.

Maka bertambah-tambahlah lagi mengada-ngada dia itu. Walau tanpa sedikit pun ada kesesuaian dan bukti kukuh akan dakwaan dia itu. Namun ke mana-mana memang itulah yang selalu terluncur dari bibir dia menjadi sebutan.

Dan di belakang dia beberapa orang pemuda dan pak-pak lawak yang tidak berjaya hendak menggoda serta menundukkan dia selalu berbisik sesamanya tatkala melihat perempuan yang mengada-ngada itu melenggang lenggok datang: “Awas. Puteri beruang itu sudah datang!”

Memanglah dia mengaku dirinya puteri. Tetapi dengan segala laku dan perbuatan dia yang selalu berperasaan dan mengada-ngada itu, ditambah pula dengan usia yang sudah menghampiri angka empat itu, gelar puteri ke atas diri dia itu sebenarnya amatlah mengada-ngada bunyinya di pendengaran mereka yang mendengar sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja.

Kerana itu juga ada mulut celupar milik entah pemuda dan pak-pak lawak mana yang mengatakan betapa dia itu sesungguhnya bukanlah puteri dalam erti kata yang sebenar-benar tetapi adalah puteri perasan.


Oktober 14, 2008

October 11, 2008

PEMUDA YANG MENGADA-NGADA


BAYANGKAN kalau kemampuan tiada tetapi hanya tunjuk berlagak-lagak sahaja. Macamlah bagus dan segak sangat.

Kalau pemuda kampung luar masuk ke kampung dan melawat rumah mana-mana anak dara kerana hendak datang beraya, apa lagi, mengamuk sakanlah dia.

Siap tunggu di depan simpang dan ajak geng belasah orang yang tidak tahu dan berdosa apa-apa itu.

Haprak punya pemuda.

Kalau sama sebangsa dan sekulit bukan main tunjuk garang dan lagak.

Tetapi dekat tepi kampung dia, ada sebuah kandang babi yang agak luas. Dia buat tidak peduli dan tidak nampak.

Walau air najis dari kandang babi itu mengalir masuk ke dalam sungai dan dia dan orang dalam kampung dia semuanya ambil air minum dari sungai itu.

Kau pun tahu, bukan? Tentulah ada sebab yang tertentu kenapa pemuda itu menjadi mengada-ada dan sekaligus buat buta lagi tuli dan pekak begitu.

Dia bukan setakat dapat duit. Tetapi ada rasuah amoi lagi.

Itu semua diuruskan oleh taukeh dari Hong Kong yang menjadi pemodal besar kandang-kandang babi dekat sebelah kampung Melayu itu.

Sebab itu pusat makanan halal dunia ini punya banyak kandang babi yang besar.

Eh, apalah. Dari pemuda pergi melalut pasal babi pula. Haprak sungguh.

Oktober 12, 2008

TONGONG


SEMUA benda dan perkara di atas muka bumi ini, walhal tahi dan nyawa manusia sekalipun boleh diubahsuai menjadi alat dan teramat sesuai untuk diperalatkan menjadi alat-alat.

Siapa peduli kalau kau mampus atau kena pijak dan penyek hingga leper macam roti canai dari kedai mamak yang sudah basi.

Kerana itu tidak usah hairan dan bersedih keterlaluan memikirkan nasib bangsa kalau nasibmu sendiri terkial-kial bagai nyawa ikan.

Ingat bagaimana berselimut di malam yang teramat dingin dengan sehelai kain batik usang dan hampir rabak milik arwah moyangmu dulu?

Begitulah perkaranya. Ketika ditarik ke muka untuk menghalang gigitan nyamuk, di bahagian kaki pula yang terdedah dek serangan dingin angin. Serba tidak berkecukupan jadinya.

Sesekali ada semangat yang datang menyerang dan hampir-hampir hendak kena penyakit sawan dan gila babi.

Bersilat, bertepis, bernari-nari dan bertempik-tempik sahajalah. Macam anjing menyalak. Berpuluh jong masuk juga ke dalam kuala. Memang haprak dan tongong.

Orang di kampung atau di bandar-bandar sudah tidak kuasa hendak bercakap kalau buka cerita bab bangsa dan bahasa-bahasa.

Bangsa apa? Bahasa siapa? Kalau duduk di tandas dan termenung lama-lama macam mana hendak menjadi kaya tanpa perlu bekerja dan guna cara-cara menipu lagi bagus.

Semuanya macam tongong sahaja bila cakap negeri ini tiada siapa-siapa boleh mengaku jadi tuan.

Siapa yang hendak jadi tuan memang tongong. Ini samalah macam kes seorang pemilik blog yang berasa dia sudah amat popular dan kaya sehingga boleh tentukan orang lain mesti ikut macam dia dan kalau tidak haprak sahajalah.

Hidup pun memang tongong bila ramai sangat manusia fikir dia sahaja yang boleh jadi wali dan memiliki makrifat.

Memanglah tongong.

Oktober 11, 2008.

CELAKA


DARI luar terdengar tingkap kaca kamar tulisku digedor berkali-kali.

Aku tersentak dari asyik sedang merangkaikan kata. Jam di penjuru bawah kanan layar laptopku menunjukkan 3:11 pagi.

Aku tahu, yang menggedor itu tidak lain dan tidak bukan adalah si hantu yang mengaku kini sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu lagi.

Apa jadah dia mengganggu aku lagi di awal pagi begini ini? Begitu aku bersungut tanpa suara.

Woi, bangunlah bahlol. Kautahu tidak di luar sana banyak papan tanda jalan yang sudah kena conteng dengan cat merah. Pergilah tengok cepat, bahlol. Terdengar si hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya kini sebagai Mat itu menjerit-jerit dan semakin galak menggedor cermin tingkap kamar tulisku.

Bimbangkan cermin tingkap itu akan pecah kerana gedoran si hantu itu, aku segera keluar dan menuju ke jalan.

Memang benar kata si hantu itu dan aku menyumpah sesungguh hati di dalam diam.

Satu papan tanda di depan simpang jalan yang merintang deretan rumahku dan jiran, kelihatan diconteng dengan cat merah pada bahagian yang bertulisan. Untuk lebih pasti, aku berlari lagi. Kali ini menuju ke arah papan tanda di hujung simpang. Juga kelihatan diconteng dengan cat merah pada bahagian bertulisan. Dan untuk lebih pasti lagi, aku berlari meredah kedinginan menuju ke arah papan tanda di simpang yang lain. Juga kelihatan kejadian yang sama.

Aku bertempik sekuat hati melepaskan rasa geram. Tanpa peduli apakah jeritanku itu akan mengganggu jiran-jiran sekitar.

Aku tahu siapa yang melakukannya.

Kalau dahulu mereka hanya membantah dengan kata, kini mereka langsung bertindak. Dan yang menjadi mangsa adalah tulisan pada papan tanda itu.Alasan mereka, kalau tulisan itu diluluskan, kenapa tidak aksara mereka? Hujah mereka, apa bezanya tulisan itu dengan aksara yang lain. Kalau aku rakyat, mereka juga sama. Itu hujah celaka yang diberi.

Nampaknya perbuatan kalangan ini semakin melampau dan mereka menjadi begitu kerana ada manusia bodoh di kalangan bangsa aku yang mendorong serta menyokong mereka.

Kalau aku cakap, walau kerana mempertahankan hak sendiri, mereka yang bodoh itu kata aku perkauman.

Sedangkan sejarah sudah jelas catat akan kenyataan yang sebenarnya. Kenapa mereka marah dan susah hati sangat dengan tulisan itu?

Itulah celaka jadinya. Kerana gila dan mabuk sangat hendak ajak berkongsi, inilah jadinya.

September 7, 2008

September 27, 2008

Kala Hatiku Dilanda Gelisah, Aku tidak Mahu Bergundah-Gundah

PROLOG
Sewenangan kucatatkan apa yang terasa berdenyut di dalam benak dan meminta segera aku luahkan.

Resah ini memang mendera kerana semakin banyak cuba dan duga.


KAUTAHU, BAGAIMANA MEREKA MENJADI ANJING DAN BABI?

Mereka itu sememang pada mulanya adalah manusia. Punya tempat, darjat dan kedudukan di dalam masyarakatnya.

Tetapi kautahu, bagaimana mereka boleh dalam tidak berapa lama selepas itu bertukar menjadi anjing dan babi?


ASAP HITAM MENJERUBU KE DALAM RUMAHKU

Asap hitam sudah mulai menjerubu ke dalam rumahku. Dan mereka menyuruh aku menjadi manusia penyabar.

Sabar? Sabar kepala otak emak dan bapak kau.

BABI YANG MEMINTA KEISTIMEWAAN

Memang dasarnya babi. Tidak hentinya mendatangkan susah.

Ahad, September 28, 2009
..... baca yang seterusnya nanti........

September 15, 2008

HUJAH


SEPERTI kuduga, ketika bersendirian di kamar tulisku di hujung malam ini, aku didatangi lagi oleh si hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu.

Seperti selalu dan kerana sifatnya memang begitu perangainya seekor hantu, tanpa kupelawa duduk langsung sahaja kulihat si hantu itu bercokol di hadapan meja tulisku.

Kenapa kau asyik diam sahaja? Apa sekarang ini kau sudah jadi pengecut dan bisu jugakah? Begitu tanpa kupinta dan suruh, kudengar sihantu itu bersuara mengajukan tanyanya kepada diriku.

Aku menjawab tanya si hantu itu hanya dengan jeling.

Tidak payah kauhendak menjeling-jeling. Kalau ada yang hendak kaucakap, cakap sahajalah. Semakin ghairah kudengar si hantu itu mendesakku dengan tanyanya.

Kau dengar sini. Kau tidak rasa perlu berkata sesuatukah mengenai apa yang sedang dihebohkan semula itukah?

Apa? Kini kubalas dengan tanya yang ringkas.

Itulah. Kenapa bangsa kau ini, bila diberi kuasa dan amanah memimpin, selalunya mudah merubah dirinya menjadi kurang berhemah dan kurang cerdik? Begitu tanya si hantu itu tanpa kufahami dengan jelas pokok dan persoalan.

Apa? Kembali kuberikan reaksiku dengan tanya yang ringkas itu.

Itulah. Benda yang mudah begitu pun tidak mampu mereka fikir bila sudah bergelar. Perkaranya yang sebenar adalah hendak mengajar bahasa. Tetapi yang dikaitkan pula dengan perkara lain itu kenapa pula? Kudengar si hantu itu melanjutkan bebelannya tanpa kusuruh dan pinta.

Susah sangatkah hendak faham dan terima sahaja hujah berjela-jela yang sudah dibentang oleh mereka yang mengaku ahli itu? Atau kerana ada sebab-sebab lain maka segala hujah itu seperti tidak mahu dipedulikan sahaja? Masih kudengar si hantu itu dengan bebelannya.

Sudahlah hantu. Sedarlah diri kau itu. Kau yang sebokkan sangat mengenai ini kenapa? Kalau mereka yang bergelar itu seperti tidak ambil peduli atau hanya bersenda dengan kata dan waktu, apalah perlunya si hantu seperti kau hendak sebokkan mengenai ini? Dengan suara yang sedikit meninggi aku membalas bebel dan repekan si hantu itu.

Tiba-tiba dari luar tingkap kamar tulisku itu terdengar suara mendeham beberapa kali. Aku menghampiri tingkap dan membukanya.

Ketika kembali kutoleh ke arah meja tulisku beberapa detik kemudian, sosok dan bayang si hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu telah lesap entah ke mana.

Dan di luar, berdiri di dalam cahaya suram-suram tidak begitu jauh dari tingkap kamar tulisku seorang lelaki misteri bernama Isa. Kukatakan dia lelaki misteri kerana dia boleh datang dan menghilang di mana-mana sahaja mengikut kehendaknya. Tidak mengira waktu dan ketika.

September 15, 2008

September 9, 2008

SEORANG BABI DI LAMAN RUMAHKU


DARI tingkap kamar tulisku kelihatan suatu lembaga terbongkok-bongkok bagaikan sedang mencari sesuatu di laman rumahku.

Entah apa yang hendak dicari di pagi hari begini. Begitu tanpa suara aku bersungut di dalam hati. Dan ketika lebih lama kuperhatikan dengan teliti, jelas dan nyata lembaga yang sedang terbongkok-bongkok di halaman rumahku itu tidak lain dan tidak bukan adalah seekor babi.

Tanpa bertanggguh, kucapai parang panjang yang tergeletak berhampiran pintu dan aku segera menghambur ke tanah. Niatku tidak lain dan tidak bukan adalah mahu menghalau babi itu agar menjauhi laman rumahku. Selain tidak mahu laman rumahku yang rata dan bersih itu ditenggalakan dengan sondolnya hingga berbonggol-bonggol, aku juga khuatir kalau nanti dinajisi oleng si baba yang kelihatan agak gemok itu.

Hei, berambus kau dari laman rumahku. Pergilah kau bermain-main di tempat lain dan bukannya di sini. D sini buka tempat untuk kau bermain dan menyondol. Ini laman rumahku. Begitu tanpa bertangguh dan sambil menghayunkan parang panjang di tanganku ke kiri dan ke kanan, aku bertempik ke arah babi yang kelihatan agak gemok itu.

Namun tempikanku itu sedikit pun tidak menggoyahkan babi yang kelihatan agak gemok itu. Bagaikan sengaja membuat pekak dan tuli, sondolnya kulihat diteruskan dan tanah di laman rumahku semakin banyak berbonggol dan berlubang.

Didorong oleh marah dan geram, kuhayunkan parang panjang di tanganku untuk menetak babi itu. Namun aku terkejut besar bila sepantas itu juga tetakanku itu berjaya dielaknya.

Celaka kau, babi. Pandai pula kaumengelak. Begitu aku menjerkah sesungguh hati.

Jangan ingat kau manusia maka kau boleh sesuka hati bertindak ke atas diriku. Aku juga boleh berfikir seperti kau. Meski agak perlahan, namun jelas di pendengaran berkumandang kata-kata si babi itu.

Aku terkesima beberapa detik lamanya. Apa tidaknya. Inilah pertama kali di dalam hidupku aku berhadapan dengan seekor babi dan babi itu pula boleh berkata-kata.

Kenapa? Kauterkejutkah? Apa kau fikir kerana aku ini seekor babi maka aku tidak boleh berfikir dan berkata-kata seperti kau? Kini babi itu mengajukan tanyanya yang lain kepada diriku.

Aku yang masih belum sudah dirongrong rasa terkejut masih mendiamkan diri tanpa sebarang kata.

Sebab itulah agaknya orang seperti kau berani bercakap sesuka hati dan mengatakan makhluk seperti kami ini adalah pendatang atau penumpang. Sedangkan sudah sejak lama dahulu kami sudah hidup dan hadir di sini. Kini terdengar babi itu berkata-kata lagi.

Apa yang kaurepekkan ini, hai babi? Memanglah kauhidup dan hadir di sini sejak dulu. Tetapi untuk makluman kau sebagai babi, hidup dan hadir kau di sini bukanlah sebagai keturunan yang menjadi sebahagian dari asal usul kami. Keturunan kami tidak pernah berbaik dan bersekongkol dengan babi. Begitu dengan suara lantang dan tegas aku menyanggah kata-kata si babi itu.

Tetapi kalau bukan menjadi sebahagian asal usul kau, kenapa pula ada juga yang dari kalangan kau mahu berbaik-baik dan menyokong kami? Kini si babi itu menerjahiku dengan tanyanya yang lain.

Jangan kaufikir kerana beberapa makhluk yang bodoh dan tidak sedar diri sendiri dari kalangan kami itu maka kau fikir boleh berbuat dan bercakap sesuka hati. Bagi kami kau tetap pendatang dan penumpang. Jadi kerana itu kau tidak usahlah hendak berlagak seolah-olah kauboleh berbuat apa sahaja di sini. Sedar dirilah kau. Kalau kami sudah bertoleransi dan banyak memberi, itu tidak bermakna kauboleh sesuka hati hendak kencing dan berak di laman rumah kami. Kini masih dengan suara lantang dan tegas aku membantah.

Tetapi bukankah kami sudah pun menjadi sebahagian dari kau? Punya tempat yang sama tinggi dan setaraf dengan kau. Berhak untuk bersuara dan mendapat sesuatu sama seperti kau. Kerana kami juga sama memberi sumbangan di sini menurut cara kami. Begitu tanpa segan silu si babi itu mendakwa sesuatu.

Sudahlah kau, babi. Itu kata kau dan bukan kata kami. Memang orang yang tidak sedar diri atau sengaja buat-buat tidak sedar seperti kau ini suka bercakap yang tidak-tidak, walau apa yang dicakapkannya itu bukan haknya. Kini aku menempelak si babi itu.

Sebelum apa-apa lebih baiklah kau berlalu. Orang seperti aku tidak suka memulakan gaduh, tetapi kalau kau yang mencabar dan berlaku kurang ajar, aku tidak takut untuk bangkit melawan demi maruah dan hak diri aku. Kini dengan suara yang semakin lantang aku bersuara. Sambil itu, parang panjang di tangan kulibaskan ke kiri dan ke kanan. Dan si babi itu kulihat menjauhkan diri beberapa langkah ke belakang.

Jangan kaulupa. Satu masa dulu, babi seperti kau jugalah yang datang menyondol serta merosakkan laman milik kami. Konon kerana berjaya dan disokong oleh kelompok kau yang ramai itu. Ingat itu. Kami tidak pernah lupa. Dan kerana itu, aku minta segeralah kautinggalkan laman rumah aku ini. Pergilah kau bersama kelompok kau dan janganlah kau mahu mengganggu laman rumah kami lagi. Begitu aku mengakhiri bicara dan tanpa menoleh lagi aku berpaling meninggalkan si babi itu di halaman.

Seketika kemudian, tatkala sudah kembali ke dalam rumah milikku, dari tingkap kulihat si babi yang kelihatan agak gemok itu kian menjauh dan jauh dari laman rumahku.

Biar apa pun yang ingin diucap serta dilakukan oleh si babi itu, aku tidak mahu ambil peduli. Kerana bagiku jelas, seekor babi tetap babi, walau pun disunglap dirinya dengan gelar baru sebagai seorang babi.

September 10, 2008

September 6, 2008

CELAKA BABI LAKNAT, KAU

DARI luar terdengar tingkap kaca kamar tulisku digedor berkali-kali.

Aku tersentak dari asyik sedang merangkaikan kata. Jam di penjuru bawah kanan layar laptopku menunjukkan 3:11 pagi.

Aku tahu, yang menggedor itu tidak lain dan tidak bukan adalah si hantu yang mengaku kini sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu.

Apa jadah dia mengganggu aku lagi di sunyi begini ini? Begitu aku bersungut tanpa suara.

Woi, bangunlah bahlol. Kautahu tidak di luar sana banyak papan tanda jalan yang sudah kena conteng dengan cat merah. Pergilah tengok cepat, bahlol. Terdengar si hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya kini sebagai Mat itu menjerit-jerit dan semakin galak menggedor cermin tingkap kamar tulisku.

Bimbangkan cermin tingkap itu akan pecah kerana gedoran si hantu itu, aku segera keluar dan menuju ke jalan.

Celaka. Babi. Laknat. Aku menyumpah sesungguh hati di dalam diam.

Memang benar kata si hantu itu.

Satu papan tanda di depan simpang jalan yang merintang deretan rumahku dan jiran, kelihatan diconteng dengan cat merah pada bahagian yang bertulisan jawi.

Untuk lebih pasti, aku berlari lagi. Kali ini menuju ke arah papan tanda di hujung simpang. Juga kelihatan diconteng dengan cat merah pada bahagian bertulisan jawi. Dan untuk lebih pasti lagi, aku berlari meredah kedinginan menuju ke arah papan tanda di simpang yang lain. Juga kelihatan kejadian yang sama.

Memang celaka babi laknat siapa yang buat kerja ini. Aku bertempik sekuat hati melepaskan rasa geram. Tanpa peduli apakah jeritanku itu akan mengganggu jiran-jiran sekitar.

Aku tahu siapa yang melakukannya.

Kalau dahulu mereka hanya membantah dengan kata, kini mereka langsung bertindak. Dan yang menjadi mangsa adalah tulisan jawi pada papan tanda itu.

Alasan mereka, kalau tulisan jawi diluluskan, kenapa tidak aksara mereka? Hujah mereka, apa bezanya tulisan jawi dengan aksara itu. Kalau aku rakyat, mereka juga sama. Itu hujah celaka yang diberi.

Nampaknya perbuatan kalangan ini semakin melampau dan mereka menjadi begitu kerana ada manusia bodoh di kalangan bangsa aku yang mendorong serta menyokong mereka.

Kalau aku cakap, walau kerana mempertahankan hak sendiri, mereka yang bodoh itu kata aku perkauman.

Sedangkan sejarah sudah jelas catat akan kenyataan yang sebenarnya.Kenapa mereka marah sangat dengan tulisan jawi itu?

Inikan negeri datuk nenek dan moyang poyang aku secara asal-usul? Kenapa mereka susah hati sangat bila papan tanda itu turut sama ditulis dengan tulisan jawi? Apa mereka ingat secara asal-usul datuk nenek dan moyang poyang mereka memang lahir di sinikah? Mereka lupakah dulu siapa yang paksa datuk nenek dan moyang poyang aku supaya terima dan sahkan kehadiran datuk nenek dan moyang poyang mereka dengan cara mengaku dan memberi mereka hak sebagai rakyat?

Celaka babi laknat. Mereka lupa atau sengaja buat bodoh dan lupakah? Kerana tidak mahu menerima datuk nenek dan moyang poyang mereka yang sudah tidak diperlukan lagi sebagai buruh atau kuli menjadi rakyat negerinya, maka datuk nenek dan moyang poyang aku dipaksa oleh si laknat penjajah itu supaya merakyatkan mereka di sini.

Babi celaka laknat, kau. Sengaja kau buat bodoh dan tidak tahu. Bila ada orang sebut pendatang kaumarah bukan main. Tetapi di segi sejarah memang itulah hakikatnya. Jadi, bila orang sudah beri kau tempat dan ruang, kena ingatlah untuk belajar menghormati apa yang patut. Apa yang patut dihormat, khususnya yang berkaitan dengan hak secara asal-usul datuk nenek dan moyang poyang aku, kenalah mereka belajar menghormatinya.

Tetapi itulah celaka babi dan laknatnya. Pasal gila dan mabuk sangat hendak ajak berkongsi, inilah jadinya.

September 7, 2008

September 4, 2008

MAAF


APA-APA kau kenalah minta maaf, bodoh. Begitu terdengar lantang pekik si hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu menerjah gegendang pendengaranku.

Aku yang sedang asyik menekuni bacaan di meja tulisku tersentak bukan alang dan kepalang. Celaka, begitu aku tanpa sedar meluahkan maki dan kuharap pahala puasaku di bulan mulia Ramadan ini tidak berkurang kerana maki itu kuucap di tengah malam yang semakin sunyi ini.

Apa sudahnya kau ini wahai hantu yang tidak sudah-sudah mengganggu diriku ini? Tidakkah kautahu sekarang ini bulan puasa jadi kenapakah kau masih lagi datang mengganggu aku?

Bukankah di bulan puasa ini kau sudah dipasung dan dikurung? Begitu aku meneruskan tanya kepada hantu yang kurasakan semakin melampau mengganggu aku dengan karut dan ketidaksedaran darjat dirinya itu.

Apalah yang kau ini menjadi bodoh. Bukankah sudah aku katakan berkali kepadamu bahawa aku sudah pun berjaya menyunglapkan diriku menjadi manusia? Jadi kenapa kautanyakan aku soal kurung dan pasung itu lagi? Dengan selamba dan tanpa sedikit pun berasa silu kepadaku dilontarkan jawab begitu oleh si hantu itu.

Sebenarnya apa yang kaujerit-jeritkan pasal maaf itu kepadaku? Untuk apa aku hendak dan perlu meminta maaf? Salah apa yang sudah aku perbuat? Sengaja tidak kulayan jawabnya sebelum itu dan kini kulontarkan tanya ini untuk memancing si hantu itu agar segera beredar dari ruang kamar tulisku.

Ha. Ha. Ha. Kau ini memang bodoh. Apa yang kau gatal sangat hendak bercakap pasal itu? Sekarang kau sudah kena. Semua orang tudingkan jari ke muka kau. Jadi sekarang kau kenalah memohon maaf.

Aku terpinga mendengar jawab si hantu itu. Memohon maaf untuk apa? Salah apa yang sudah aku perbuat? Begitu bertalu-talu tanya itu terngiang di benak milikku.

Apalah bodohnya kau ini. Bukankah hari itu kau mengaku kau ini seorang pejuang dan kerana itu juga kautuduh orang lain hanyalah penumpang. Apa kau sudah lupa? Kini si hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu kembali menjerkahku.

Mendengar jerkah dan kata bodoh dari bibir si hantu itu, darah terasa kian menyirap naik ke mukaku.

Kau tidak mahu mengaku dan meminta maafkah? Atau kau sudah lupa bila waktunya kauucapkan kata itu? Kini terdengar semakin galak si hantu itu mendesak dan seolah-olah sengaja mahu mencabar sabar milikku sebagai seorang manusia.

Itulah kau. Kalau aku katakan kau ini bodoh kau marah. Tetapi kau ini sebenarnya memang bodoh. Sebab apa kukatakan begitu? Kau bodoh kerana tidak faham sangat sepak terajang dalam politik. Bila mereka perlukan kau, ketika itulah kau dijulang sebagai pejuang. Tetapi bila mereka terjepit, ketika itulah kau dijadikan kambing hitam tempat melontarkan segala silap dan salah. Dan kaufaham? Kerana itulah sekarang kau kena memohon maaf. Semakin bersungguh dan semangat si hantu itu berkata-kata.

Namun ketika mahu kuterkam dia dengan tinju milikku, dalam sekelip mata si hantu yang kini mengaku sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu melesapkan dirinya entah ke mana.

Dan aku, kembali terpinga sendirian di kamar tulisku itu. Di depanku, buku politik Sang Pangeran itu masih ternganga belum kuhabiskan bacaannya.

Begitukah sesungguhnya tindak dan tanduk para politikus? Berkali kuajukan tanya itu kepada diri dan sehingga terlelap sendirian di meja tulisku itu, aku masih terpinga memikirkan kenapa si hantu itu bersungguh benar mendesak aku memohon maaf.

Kerana apa dan kepada siapa?

Begitu bertalu-talu menerjah tanya ke benak milikku.

September 5, 2008

September 2, 2008

BANGSA

BELUM pernah sepanjang sejarah dan riwayat hidupku sebagai hantu aku melihat satu bangsa yang terlalu bodoh seperti bangsa kau ini. Begitu terdengar hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu membebel lagi.

Apa lagi yang hendak kaubebelkan ini? Begitu tanyaku sambil mengurut dada mahu meredakan debar lantaran kejutan suara si hantu yang kusangkakan sudah menghilang dari ruang kamar tulisku.

Cuba kaufikir elok-elok. Mana ada bangsa di dalam dunia ini yang sanggup melakukan perkara-perkara yang memang tidak tergamak hendak diperbuat oleh bangsa lain yang bermaruah di dunia ini selain orang dari kalangan sebangsa kau?

Hendak dikatakan orang sebangsa kau ini bodoh dan tidak tahu, kebanyakan mereka itu adalah manusia yang bergelar dan mengaku berilmu, jika tidak manakan mungkin berdiri di depan dan mengaku pemimpin?

Mana ada manusia di dalam dunia ini yang tanpa segan dan silu mencurahkan kencing ke atas bahasanya sendiri?

Dan paling parah, ada juga kalangan orang dari sebangsa dengan kau yang sanggup menjual maruahnya asalkan dapat terus duduk di kerusi bernama kuasa itu.

Tidakkah kau terfikirkan semua itu?

Dan aku, dengan sengaja membiarkan si hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu membebel terus menerus.

Kerana aku tahu, tidak semua yang dibebelkannya itu betul dan benar. Kerana, berbanding dengan diriku, apalah sangat yang diketahui oleh seekor hantu seperti Mat itu.

Kerana, sebagai seorang manusia, tentulah aku lebih mengetahui segala-galanya dan sentiasa bertindak betul.

Bukankah? Ha. Ha. Ha.

September 2, 2008

KEHINAAN

APA yang kaumiliki, walau sudah termaktub dan dipersetujui semua sebagai suatu lembaga, jika tidak dipelihara serta jaga kemurniannya oleh kau selaku pemiliknya sendiri, pastilah akhirnya akan berani diperkutak-katikkan oleh orang lain juga. Begitu tanpa kupinta hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu memulakan karutannya di hadapanku pagi ini.

Tidakkah kau mahu berkata sesuatu untuk semua itu? Atau kau lebih senang dan bahagia hanya membisu? Kini entahkan apa dalihnya pula kepada aku ditujukan soalan yang itu.

Dengan sengaja aku hanya membisu dan pura-pura tidak mendengar.

Jadi kau lebih senang diam dan membisu. Baguslah jika begitu kerana kau pun juga sama ingin menjadi tolol dan bodoh seperti mereka itu.

Mendengar kata tolol dan bodoh itu, darah terasa tiba-tiba menyirap naik ke muka milikku.

Siapa yang tolol dan siapa bodoh? Jangan kau hendak bercakap sembarangan wahai hantu! Begitu aku menjerkah memecahkan hening di dalam kamarku.

Siapa lagi aku maksudkan kalau bukan mereka? Apa masihkah kau belum sedar? Dengan bahasa dan suara selamba jerkahku dijawab oleh si hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu.

Entah kenapa niatku hendak meneruskan jerkahku menjadi sirna. Wajah si hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu kutenung ke atas dan ke bawah.

Kerana itulah ingin kukatakan kepadamu. Jika dengan sendirinya kau biarkan diri dan bangsamu menjadi bangsa yang bodoh dan bahlol untuk semua perlakuan itu, jangan kesal dan merataplah kalau akhirnya ketuanan yang didengung-dengungkan oleh kau dan sekalian mereka itu bertukar menjadi kehinaan pula. Kau tunggu dan lihatlah nanti dan janganlah kau dan bangsamu meratap setelah segalanya sudah menjadi tidak berguna lagi.

Kini berkumandang lagi kata karutan dari bibir si hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu. Semakin lama, semakin kata-kata itu menjadi berdengung-dengung di pendengaran milikku.

Semakin kurenung makna dan maksud kata-kata itu, semakin berkumandang tanya di dalam benakku.

Kenapakah tidak kata-kata itu diucapkan oleh mereka dan bukan oleh seekor hantu yang kini mengaku sudah menjadi manusia?

Ogos 30, 2008

August 28, 2008

GADUH


Hoi, kenapa baling dan campakkan batu ke kewasan pondok aku? Hendak main kasar dan tunjuk kumpulan kau itu samsengkah? Terdengar teriak salah seorang kanak-kanak dari salah satu kumpulan yang sedang bermain di bawah pohon rambai di sudut kiri halaman rumahku.

Menduga itu hanyalah kebiasaan dan tidak ingin terlalu mengacuhkan perilaku kanak-kanak yang sedang bermain, aku yang sedang menelaah di kerusi baring di ruang tamu rumahku hanya sekilas menjengah.

O, bila kami baling kautuduh kami samseng. Tetapi yang kumpulan kau campakkan sampah dan tahi lembu ke kawasan kami itu apakah bendanya pula? Bukankah kumpulan kau yang mulakan ini semua dahulu? Kini terdengar salah seorang kanak-kanak dari kumpulan yang satu lagi juga bangkit menyanggah dengan teriak.

Heh. Suka hatilah. Suka kamilah hendak buang sampah dan baling apa-apa ke mana sahaja yang kami suka. Kenapa kalian sebokkan sangat ini? Terdengar sanggahan dari kumpulan yang telah disanggah itu tidak kurang lantangnya.

Mendengar teriak mereka yang semakin lantang itu, aku memanjangkan jengahan. Dari ruang tamu rumahku aku melihat dua kumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di bawah pohon rambai di sudut kiri halaman rumahku itu kini berdiri semuanya. Beberapa orang dari mereka kulihat bercekak pinggang.

Jadi sekarang kumpulan kau hendak apa? Jangan ingat kami takut. Cakap, hendak apa? Kini sergah itu kudengar sudah mulai berubah menjadi cabar. Dan kerana tidak mahu melihat mereka bergaduh di depan mataku, aku segera bergegas menghampiri mereka.

Wahai, kanak-kanak. Apa yang kalian saling gaduh dan tengkarkan ini. Bukankah elok kalau bermain tanpa bergaduh dan bertengkar? Begitu sebaik sahaja menghampiri mereka aku menyapa dengan suara lembut dan tenang.

Mendengar sapaku, kulihat kumpulan kanak-kanak itu kembali berlagak tenang.

Sebenarnya, dari manakah kanak-kanak belajar ilmu dan cara-cara bergaduh ini? Begitu aku meluncurkan tanya lagi kepada mereka.

Tanyaku tidak segera mereka jawab. Malah beberapa orang kanak-kanak itu, kulihat saling bertukar tenung sesamanya.

Wahai, kanak-kanak. Silalah beritahu. Dari manakah kanak-kanak belajar ilmu dan cara-cara bergaduh ini? Begitu aku melanjutkan tanya.

O, pakcik tidak tahukah di mana kami pelajari semua ini?

Aku menjawab tanya salah seorang kanak-kanak itu dengan geleng.

Apalah, pakcik ini. Setiap hari kami lihat dan dengar orang bergaduh. Dalam tv ada gaduh, dalam surat khbar ada gaduh, atas pentas pun ada orang gaduh, siap dengan maki dan hamun lagi. Itu pun pakcik tidak tahukah?

Maksud kamu, wahai kanak-kanak? Siapakah yang kalian maksudkan sebagai orang yang selalu bergaduh itu? Dengan suara yang agak gementar aku mengajukan tanya. Sambil menahan rasa malu kerana tempelak itu.

Siapa lagi pakcik kalau bukan orang-orang politik itu? Dari merekalah kami belajar cara-cara bergaduh dan bertengkar ini. Selamba sahaja kudengar kanak-kanak itu menjawab.

Dan entah kenapa, aku terasa benar disindir dan dipermainkan oleh mereka, kanak-kanak yang masih berhingus itu.

Entah kenapa.

Ogos 28, 2008

August 22, 2008

HELO, AKU SUDAH JADI TERSOHOR, TAHU?

HELO. Helo. Terdengar suara di cermin tingkap kamar tulisku diserta ketok bertalu-talu.

Ketika kutoleh, di luar kulihat bayangan satu lembaga berwarna hitam.

Helo. Helo. Bukalah pintu. Aku hendak masuk. Begitu terdengar lembaga berwarna hitam yang menempel di kaca cermin tingkap kamar tulisku itu bersuara lagi.

Jangan hendak mengada-ada. Selama ini tanpa kubukakan pintu dan tingkap, kau menerobos masuk juga. Begitu kataku dengan nada jengkel.

Dan kini tercokol duduk di atas bangku di depan meja tulisku adalah seeor hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan memperkenalkan dirinya sebagai Mat.

Helo. Kau tahu tidak? Begitu tanpa kusuruh dan pinta bersuara si hantu itu lagi.

Aku menjengilkan kelopak mataku dan sihantu itu kulihat hanya tersengih.

Akhirnya dan kini, tiba sudah waktu serta ketikanya. Selepas berkali-kali kaupaparkan kisah aku yang sering datang mengganggu kau dengan pelbagai karut serta repekan itu, tibalah semalam sepucuk suratE dari seorang manusia yang secara terus dan terang beritahu rasa tergerak serta teringin sangat-sangat hendak kenal identiti diri aku.

Jangan hendak mengarutlah. Ingat. Kau itu seekor hantu yang berlagak sebagai manusia. Hantu seperti kau mana ada email? Begitu aku menyergah dia.

Itulah kau. Jangan ingat bila kau seorang manusia maka semuanya kautahu. Walau pun aku ini hanya seekor hantu, tetapi kebolehan aku yang lain-lain jangan hendak kaupertikai. Walau aku tidak menghadap komputer seperti kau, tetapi aku juga boleh menerima dan menghantar email. Apa kau tidak tahukah? Kini si hantu itu pula yang menempelak aku.

Sekejap aku terbahak ketawa.

Kalau betul begitu, apa sebenarnya kisah dalam suratE yang kauterima itu? Kini kulanjutkan tanya setelah bahakku reda.

Hah. Menurut penulis suratE itu, aku kini sebenarnya sudah menjadi tersohor. Di mana-mana nama aku disebut-sebut. Dan kau tahu tidak? Beberapa orang rakan penulis suratE itu katanya hendak sangat-sangat berkenalan dan mempergunakan khidmat aku. Dan kalau boleh, kata rakan-rakan penulis suratE itu, mereka mahu supaya aku perkenalkan atau bawa datang beberapa orang lagi kawan sebangsa aku menemui mereka.

Panjang lebar kali ini si hantu itu bercerita.

Apa hal pula yang mereka beriya-iya dan hendak sangat berkenalan dengan kau ini, wahai si hantu? Kini dengan sengaja kutempelaki si hantu yang kurasakan semakin besar diri dan kepala itu.

Ha. Ha. Ha. Itulah. Kalau aku katakan betapa sebagai manusia kau ni sebenarnya bodoh, kaumarahkan aku. Tetapi hakikatnya kau ini memang bodoh. Benda yang mudah begitu pun kau tidak boleh hendak fikir. Bukankah sekarang di sana dan di sini orang sebok bercakap fasal cendawan, jenama dan surat akuan sumpah itu? Jadi ketika inilah aku dan kawan-kawan aku amat diperlukan. Apalah kau ini. Begitu si hantu itu kembali menempelak aku.

Sudahlah. Kalau hantu, buatlah cara hantu. Sedarkah diri sikit. Kalau ada di sana pun apa yang kau boleh buat? Dengan jengkel yang kian menggelegak, aku kembali pula menempelak si hantu itu.

Heh. Kau pernah dengar tidak kisah penanda hantu itu, hah? Kalau kau tidak tahu, itu memang kerja aku dan kawan-kawan akulah. Apalah yang kau ini bodoh sangat? Perkara kecil dan mudah begitu pun kau tidak tahu. Apalah. Kini si hantu semakin bersungguh-sungguh menempelak dan cuba memperbodohkan diriku.

Didorong oleh rasa marah dan sebal, tanpa sedar tanganku tergerak mahu menampar bibir celupar milik si hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan memperkenalkan dirinya sebagai Mat itu.

Tetapi belum pun sempat aku berbuat demikian, dalam sekelip mata, kelibat dan bayang wajahnya sirna entah ke mana. Kebolehannya sebagai hantu benar-benar dimanfaatkan oleh si hantu yang suka benar mengganggu aku dengan repek dan karutnya itu.

Sungguh aku tidak tahu, wahai si hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan memperkenalkan dirinya sebagai Mat betapa kau sudah mulai jadi tersohor kerana itu. Sungguh aku tidak tahu.

Begitu tanpa suara, bergema kata itu di benak ku. Dan sebuah keluh, berat dan tersekat-sekat, perlahan aku lepaskan.

Ogos 23, 2008

August 21, 2008

HARI INI, BERAPA SEBENARNYA BERAT SENASKHAH AKHBAR KITA?

TIBA-TIBA sahaja pagi ini di depanku terjongol lagi wajah si hantu itu. Tanpa aku pelawa duduk, tanpa silu dan malu terus kulihat dia melabuhkan punggungnya ke kerusi di depan meja tulisku.

Aku sudah dapat mengagak. Pasti ada perkara yang hendak dia karutkan di depanku. Kalau tiada sesuatu, pasti dia tidak akan menampakkan dirinya di pagi hari yang masih belum begitu tinggi ini.

Agak-agak kau, berapa sebenarnya berat senaskhah akhbar yang diterbitkan di negeri kita ini? Begitu kudengar repekan yang mulai dikarutkan oleh si hantu itu.

Aku hanya tersenyum sinis. Malas hendak melayan karut dan repekan si hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu.

Maksud aku akhbar yang diterbitkan sejak sehari dua inilah. Sejak heboh orang bercakap sana dan sini mengenai cendawan, jenama dan surat akuan sumpah itu. Begitu kudengar hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu meneruskan karutnya.

Apa kau sudah pergi timbangkah? Tanpa sedar, mungkin kerana dorongan rasa jengkel di hati, terluah tanya itu dari bibirku.

Kerana sudah kutimbang beratnya itulah maka aku ajukan tanya ini kepada kau. Pantas sahaja si hantu itu membalas tanyaku.

Apa hasil dan keputusan yang kaudapat?

Menakjubkan. Sangat-sangat menakjubkan.

Maksud kau?

Sejak akhir-akhir ini, beratnya amatlah bertambah-tambah. Khususnya akhbar berbahasa Melayu. Bertambah-tambahlah amat beratnya. Dan yang peliknya, kalau kau jatuhkan akhbar itu ke dalam air, nampak sangatlah akan ketidak seimbangan beratnya itu. Maksud aku, berat sebelahlah.

Panjang lebar sungguh penjelasan si hantu ini. Begitu dalam diam aku bersungut di dalam hati.

Tambah-tambah kalau perkara itu membabit kan isu-isu yang telah kusebutkan di atas tadi.

Ah, apa hendak kita kisahkan sangat. Bukankah akhbar itu milik emak dan bapa mereka, suka hatilah mereka hendak tulis dan siarkan apa. Terluncur kata itu dari bibir milikkku.

Jadi kau tidak kisahlah kalau kebenaran dan keadilan dijadikan mangsa?

Mendengar sanggah si hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu, aku ketawa terbahak-bahak.

Kenapa kauketawa? Kenapa? Kenapa kauketawa? Sambil menjengilkan bola matanya, berkali-kali hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu mengajukan tanyanya kepadaku.

Kebenaran? Keadilan? Kebenaran dan keadilan apa? Untuk siapa? Untuk seekor hantu seperti kau? Atau untuk seorang jelata seperti aku? Sudahlah kau hantu. Tidak usah hendak buat lawak. Mengarut dan membazirkan waktu sahaja.

Hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu kulihat terkebil-kebil.

Terkebil-kebil seperti seekor cicak tertelan kapor.

Ogos 21, 2008

August 16, 2008

CENDAWAN YANG TUMBUH TIBA-TIBA

KAUPERCAYA tidak bila aku katakan, betapa tanpa perlu menunggu datangnya musim hujan dan selepasnya, beberapa batang cendawan boleh tiba-tiba tumbuh di batang? Secara tiba-tiba seekor hantu yang mengaku telah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat pagi ini kembali menyergahku dengan tanyanya yang ini.

Aku yang sedikit tersentak merenung wajah sang hantu itu ke atas dan ke bawah.

Maksudmu? Perlahan aku mengajukan tanya.

Heh, apalah kau ini. Semalam bukankah telah tumbuh beberapa batang cendawan secara tiba-tiba. Kau tidak sedar atau memang pura-pura buat tidak sedar? Hantu yang mengaku dirinya sebagai Mat itu perlahan mengherdikku.

Darah terasa menyirap ke mukaku dan aku menyumpah sendiri di dalam hati. Keparat sungguh hantu ini. Berani pula dia menyergah aku.

Aku tahu tetapi sengaja tidak mahu ambil peduli terlalu sangat. Benda yang tumbuh secara segera dan tidak pasti asal usul begini memang tidak akan tahan lama. Entah-entah tumbuhnya itu kerana ada maksud dan muslihat. Itulah aku cakap. Kau hantu. Mana kau boleh tahu benda-benda dan perkara yang karut dan mengarut begini.

Begitu aku menempelak hantu yang mengaku dirinya sebagai Mat itu.

Ha. Ha. Ha. Baguslah kalau kau memang sudah tahu.

Kini dalam ketawa, hantu yang mengaku dirinya sebagai Mat itu memperli aku.

Celaka kau, hantu! Begitu aku tanpa sedar menjerit.

Ogos 17, 2008

August 15, 2008

PERGILAH KAU BERSAMA KINI DAN SILAM, ADUHAI KENANG

ENTAHKAN apa punca dan mimpi. Dari jauh aku sudah perasankan diri dia. Ketika itu pandang dia ke arah lain.

Aku pun faham. Nampak dia tergesa dan sebok. Memang tidak mahu cakap apa-apa.

Tetapi bila dekat, aku melihat dia menutup wajahnya dari aras bawah hidung hingga ke dagu dengan telapak tangan kanannya.

Apa kena penyakit dia? Aku memang tidak mahu menyapa. Takut dikata gatal dan mengada-ada.

Lantak dialah hendak tutup wajah dia dengan apa. Dengan kain hitamkah. Dengan kertas akhbar atau poster pilihanrayakah. Apa-apalah.

Kerana itulah kuucapkan kepada dia bahawa aku sebenarnya sudah lama tidak ingin bersahabat dengan kenangan.

Kubiarkan dia sendiri dengan masa lalu dan masa kini.

Dan aku ketawa berdekah-dekah sendiri. Apabila malam itu, entah bagaimana, aku terbaca kembali email dia yang kuterima beberapa bulan lalu.

Ingat. Jangan perkatakan apa-apa mengenai saya. Begitu kubaca ayat bernada gertak itu. Dan aku tersenyum sendiri.

Ha. Ha. Ha. Manusia jenis ini memang ada juga di dalam dunia.

Tidak semena-mena aku dimarahi kerana ghairah menulis dan bersuara.

Heh. Aku bukan bisu dan budak bodohlah.


Ogos 15, 2008

August 13, 2008

KEANGKUHAN DAN KEBENARAN


KEANGKUHAN datang pada mulanya berdikit-dikit sahaja. Mungkin dalam bentuk yang sangat kelihatan cantik dan bersopan santun. Konon atas nama harga diri dan maruah.

Tetapi maruah dan harga diri yang mana?

Dari situlah kau mula membinanya berdikit-dikit. Tanpa sedar semakin menebal akhirnya di dalam kalbu milikmu. Menjadi kesombongan yang dibiak serta diternak dengan perasaan bangga dan perasan dirimu adalah manusia bersih, suci dan tidak pernah berbuat dosa.

Apa lagi kalau kau jenis makhluk bernama manusia yang amat perasan kerana keturunan yang berasal dari orang baik-baik. Misalkan seperti ulama, tok guru, pahlawan atau pejuang bangsa.

Hah. Apa lagi.

Kerana kurang berwaspada. Maka masuklah rasa sombong di dalam hatimu. Sehinggakan berasa segala langkah dan tindakanmu semuanya benar dan tidak bersalahan belaka.

Lebih berbahaya lagi. Tatkala kerusi bernama kuasa itu kautempati. Dan dengan perasaan sombong yang teramat sombongnya, kau berasa hidup dan mati bangsamu adalah kau yang jadi penentu.

Walau mereka mengajak kau bersekongkol untuk sesuatu perkara yang kau sendiri tidak pasti di mana asas dan bukti tuduhannya.

Kau tidak peduli dan sanggup bersama sekongkol. Demi kerusi bernama kuasa itu, kau memberi restu.

Itulah ketikanya. Tatkala keangkuhan telah mengatasi segala kebenaran.

Walau kautahu, kebenaran tetap tidak akan mati dan yang batil nantinya akan ditumpaskan juga oleh yang hak.

Namun keangkuhan telah menjadi raja di dalam kalbu. Sehinggakan, untuk seketika mendengar mendengar keluh dan rintih jelata pun, kau sudah tidak sudi.

Jadilah kau pemimpin yang takabur dengan kuasa dan keangkuhan dirinya sendiri.

Ogos 14, 2008

August 12, 2008

SEKOLAH EMAK DAN BAPA KAU SENDIRI

SEMUANYA akhirnya jadi seperti sekolah emak dan bapak kau yang punya. Cakap sesuka hati. Hendak masukkan pelbagai jenama di dalamnya. Konon supaya kelihatan setanding, adil dan tidak pilih kasih.

Itu bila dia yang di sebelah sana bercakap. Remaja yang tidak terlalu matang dengan helah dan sepak terajang politik diperapi-apikan supaya marah dan mengusung sepanduk di jalanan. Konon atas nama masa depan dan survival.

Tetapi survival apa sebenarnya? Bahasa sendiri dikencing dan sirami dengan najis. Kuasa yang ada dijadikan alat untuk saling berkelahi dan berseteru sesama sendiri.

Nasib masa depan? Nasib siapa dan masa depan apa?

Membela? Membela siapa dan apa sebenarnya? Perut atau kroni, atau poket sendiri?

Ketika sekolah mula kaubuka pintunya untuk pelbagai jenama yang lain, tidak kaupeduli resah rakyat yang kaufikirkan hanya melata dan tidak tahu berfikir.

Konon segala perlu atas nama meritokrasi dan perpaduan.

Jadi demikian, kenapa tidak pula untuk sebuah kolej?

Sudahlah. Jangan double standard. Yang kau punya boleh, yang orang lain tidak. Apa hal?

Kasihan melihat remaja kita terlalak-lalak di tengah panas. Kauapi-apikan konon merekalah pejuang dan penyelamat nasib masa depan bangsa.

Heh. Hendak selamatkan apa lagi?

Dan aku rasa kelakar sangat bila melihat berdegar-degar sungguh cakap yang diluah. Sangat-sangatlah kelakar dan nampak bodohnya pelakon seperti itu.

Ketika kaubercakap hendak mempertahankan inilah satu-satunya benteng terakhir atas nama Melayu, tetapi kau yang bercakap berdegar-degar itu, bahasa yang kaugunakan bahasa siapa? Bahasa Melayu milikmukah atau bahasa siapa?

Hendak kata kau tidak tahu menggunakan bahasa Melayumu sendiri, mustahil juga.Sebabnya? Muka kau memang muka Melayu. Tetapi lidahmu nampak berat sungguh hendak menobat dan memartabatkan bahasa milikmu sendiri.

Masyaallah. Semua jadi celaru, keliru dan nampak cacamarba. Menjadi-jadi.

Apa lagi. Mungkin kalian fikir itu sekolah dan kolej emak dan bapa punya sendiri. Kerana itu suka-suka hatilah hendak perlakukan apa pun.

Samalah perinya ketika kaucakap berdegar-degar begitu. Nampak sangat hipokritnya. Konon bercakap atas nama bangsamu yang bernama Melayu, tetapi kausendiri hendak memartabatkan bahasamu sendiri pun nampak benci sangat.

Konon. Kalau marah dalam bahasa milikmu yang bernama Melayu itu, bunyinya tidak antarabangsa dan hebat. Kerana itulah kena marah dan berkata dalam bahasa yang selain dari itu. Supaya satu dunia tahu dan boleh faham.

Wow. Wow. Sampai begitu sekali lagak dan lakonnya.

Semuanya. Semuanya.

Akhirnya jadi seperti sekolah emak dan bapak kau yang punya. Suka-suka hati sahaja hendak buat apa.

Ogos 13, 2008

August 7, 2008

JERUBU BERKELUYURAN

WAH. Berjerubu di depan pandangan. Kerananya, matahari hanya sebam-sebam kelihatan. Terlitup oleh jerubu dari pandangan.

Udara yang disedut dan dihidu berbau asap. Entah dari mana hadir dan datang. Ini jerubu angkara penangan.

Kena ingat dan faham banyak perkara di tengah ini keadaan. Jangan sampai otak begitu mudah dibius dan dibersihkan. Bangkit dan teruslah melangkah sebagai diri sendiri.

Tiada gunanya mahu berlagak pahlawan. Dengan mata sendiri kaulihat jerubu yang datang.

Katanya ada hutan yang terbakar. Tetapi siapa yang membakar dan untuk apa terjadi saban tahun?

Ops. Jangan terlalu bertanya kalau tidak mahu menjadi mangsa berikutnya.

Berlagaklah menjadi si bodoh yang pekak dan bisu. Kalau perlu, samalah bersekongkol menjadi anjing dan babi.

Biarkan bangsamu menjadi lembu dan kau tidak perlu hendak menunjukkan cerdik.

Harga seekor babi lebih mahal dari maruah seorang marhaen. Bukalah sebanyak mungkin kandang demi kandang menternak babi dan si marhaen biarkan mampus sendiri.

Ada orang berkata ini celaka bagi si bangsa tetapi yang lain pula meraikan dengan bersuka-suka.

Apa-apa sahajalah asalkan hati berasa bahagia dan gumbira.

Ini bukan marah dan bukan juga seloka. Hanya di dalam, hatiku bergundah melihat alam yang dibencanai jerubu berkeluyuran.


Ogos 8, 2008

August 5, 2008

OTAK-OTAK YANG DIBIUS DAN DIBERSIHKAN

SEEKOR hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan memperkenalkan dirinya sebagai Mat itu muncul lagi. Dan seperti selalu, tanpa disuruh duduk, dia akan duduk di mana sahaja yang dia suka duduk, tanpa diminta bercakap, dia akan bercakap apa sahaja yang dia suka cakap.

Kautahu bagaimana mereka melakukannya? Tanpa kupinta, hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan memperkenalkan dirinya sebagai Mat itu mengajukan tanya.

Aku berpura tidak mendengar dan meneruskan kerja yang sudah kuhadapi sejak tadi.

Cuba kaulihat ini. Ada kubawakan contoh-contohnya sekali. Hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan memperkenalkan dirinya sebagai Mat itu, entah dari mana menghadirkan beberapa kotak dan membukanya satu demi satu di depanku.

Cubalah kaulihat apa yang ada di dalam kotak ini. Baru senang aku hendak cerita.

……… baca seterusnya


Ogos 6, 2008

July 27, 2008

SEEKOR ULAR, BORAGAS DAN SEORANG SASTERAWAN

1
ULAR

MASIH terlalu awal pagi. Baru tadi sebentar dentang jam sebanyak enam kali berkumandang dari rumah bungalow yang tersergam di atas puncak bukit itu.

Matahari pun baru sedikit menyembulkan wajah dan percikan cahayanya juga masih sedikit terpencar kerana disembunyikan oleh pucuk-pucuk hutan di atas bukit.

Di sudut kiri laman bungalow milik seorang sasterawan, di atas dahan sepohon ciku, kelihatan seekor ular berkulit batik sedang menyusur dan meliuk-liukkan tubuh.

2
SEORANG BORAGAS


PERLAHAN sang boragas itu menegakkan tubuh. Dia tahu hari sudah semakin akan meninggi meninggalkan pagi. Sekejap dilirik wajah perempuan yang terbaring longlai di atas tilam di sebelahnya. Dan senyum meleret dibibirnya.

Dia tahu perempuan itu juga sulit untuk dia percayai. Seperti juga musuh dan mereka yang mengaku dirinya sahabat di luar sana, juga sulit untuk dia berikan percaya.

Apa lagi sekarang. Tatkala hari-hari penentuan itu semakin dekat dan hampir. Siapa lawan dan siapa kawan boleh bertukar sifat dan jasadnya dalam sekelip mata asal sahaja disuapkan tembolok lahapnya dengan habuan.

Dia tahu sepak dan terajangnya bagaimana. Dia bukanlah boragas hingusan. Tahulah dia bagaimana mengatur gerak dan langkah untuk menundukkan satu demi satu lawannya.

Walau dia tahu ini merenggut tenaga jasad dan fikirnya yang bukan sedikit, namun dia rela.

Kerana dia tahu, begitu kembali berjaya menduduki kerusi keramat simalakamalirasuwasunibani itu, akan terganjarlah kembali segala yang telah dia hamburkan sebagai habuan dan umpan itu.

Walau dia tahu itu bukanlah tindak yang terpuji dan direstui oleh yang tertinggi, tetapi apa yang dia peduli.

Kerana dia tahu bukan hanya dia selaku seorang boragas yang bertindak dan berbuat demikian.

Ah, kalau bapa boragas sendiri kencing sambil berlari, mana mungkin bawahannya diperintah bersopan dan berperi? Begitu selalu dia mendengungkan kata pembujuk itu ke relung sanubari miliknya sendiri.

Dan ketika dia kembali ke alam nyata, dia tidak pasti entah bila pula dia sudah kembali berbaring di atas dada perempuan yang terbaring di sebelahnya itu.

3
SASTERAWAN

DIA membujuk lara hatinya sendiri dengan kata dan bersunyi-sunyikan diri. Dia bermain dan sesekali berbual-bual dengan sunyi dan kata yang berserakan di dalam kamar dia ajak bercanda dan bersenda.

Dia tahu semakin ramai kawan atau bekas kawan-kawan menggunjing dia sebagai aneh dan gila.

Tetapi sudah belasan tahun dia mengajar diri untuk tidak berfikir mengenai kata dari bibir orang lain.

Aku hidup dan aku ada bukan kerana kata gunjing atau pujian mereka. Kiblatku hanya satu. Hidup dan matiku hanya kepada yang satu itu. Begitu selalu dia bisikan kata kepada diri sendiri.

Dia tahu, di luar suasana semakin menjadi riuh. Kata sudah menjadi mainan dan harga diri bagaikan sebiji bola ping-pong kini.

Namun dia tahu hidup mesti diteruskan dan rasa kecewa sudah menjadi adat dan mainan hidup manusia.

Aku tidak akan lari kerana hanya inilah ngeri milik dan warisan nenek moyang. Begitu dia selalu membujuk kecewa dan sebal di hati bila sering kali kini pintu rumahnya digedor oleh beberapa manusia tidak berwajah pada lewat tengah malam.

Atau tatkala sesekali gerbang pagar di depan rumahnya hancing dikumbahi kencing oleh manusia yang entahkan siapa. Tidak memadai dengan itu, tulisan jawi pengucap selamat datang di tembok batu gerbang itu juga sesekali dengan sengaja dipalitkan najis babi oleh entahkan siapa.

Seingat dia, dia tidak berhutang dengan sesiapa sehingga demikian diperlakukan.

Tetapi dia sudah lama mengajar diri untuk tidak bersedih dan membuang jauh dari relung sanubari milkinya rasa kecewa.

Kerana dia tahu. Tatkala manusia semakin melupakan hakikat kemanusiaan dan rela memilih menyerupai seekor haiwan, apalah erti segala nasihat dan kata-kata muluk mengenai kebenaran.

Tanpa sedar, kini dia sedang tercegat di bawah pohon ciku di sudut kiri laman bungalownya.

Terdengar suara mendesis. Pantas dia melompat menjauhi pohon ciku itu.

Di dahan pohon ciku, kelihatan seekor ular berkulit batik sedang menjelir-jelirkan lidah.

“Hello, datuk. Datuk masih bersepi lagikah pagi ini?” terdengar perlahan tetapi jelas suara ular berkulit batik itu mengajukan tanya.

Sasterawan yang dibahasakan sebagai datuk itu tersentak. Sepanjang hidup dia, baru inilah kali pertama dia bertemu seekor ular berkulit batik yang boleh berkata-kata.

“Datuk hairan, ya?” terdengar ular berkulit batik itu bersuara lagi. Sambil beberapa kali menjelirkan lidahnya.

Sasterawan yang dibahasakan sebagai datuk itu semakin tersentak tatkala lama merenung ke arah lidah ular berkulit batik yang terjelir-jelir itu.

Jelas di pandangan dia. Lidah ular berkulit batik itu bercabang enam dan bukan dua sebagaimana kebiasaan seeor ular.

“Siapakah kamu sebenarnya wahai ular berkulit batik?” kini sasterawan yang dibahasakan datuk itu memberanikan diri mengajukan tanya.

“Saya ini dahulunya seorang manusia juga. Tetapi kerana suatu sumpahan, saya telah mejadi seekor ular,” jawab ular berkulit batik itu lurus dan berterus-terang.

Patutlah lidah kau bercabang enam. Begitu fikir sasterawan yang dibahasakan sebagai datuk itu.

Namun apa yang sedang difikirkannya itu, tidak ingin dia ucapkan.

Kerana dia tahu, walau hanya seekor ular yang boleh berkata-kata dan berasal usul dari manusia, namun dia yakin ular tetaplah ular. Jika tidak membelit dan memagut, bukanlah ular namanya.

Dan entah kenapa, pada detik yang sama dia terbayang wajah seseorang yang sedang berdiri di atas pentas dan berucap di depan podium.

Apakah dia juga seekor ular? Terngiang tanya itu menerjahi benaknya

Dan ketika kembali dia tolehkan pandangan ke arah dahan ciku, ular yang boleh berkata-kata itu kini telah lesap entah ke mana.


Julai 23 - 28, 2008

SEEKOR HANTU, SEBONGKAH BATU DAN SEORANG AKU

TANPA dijemput atau dipinta datang, seekor hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan memperkenalkan dirinya sebagai Mat itu muncul lagi di kamarku pagi ini.

Dengan wajah selamba dan sambil tersengih-sengih menayangkan barisan giginya yang jarang dan berwarna kuning, tanpa sebarang pelawa dari aku terlebih dahulu, dia langsung melabuhkan duduk ke kerusi di depan meja tulisku.

Apalah bodoh bangsa kau yang bernama manusia ini. Dulu bila aku cakap begitu kaumarah. Sekarang bukankah sudah terbukti? Begitu hantu yang memperkenalkan dirinya sebagai Mat itu, tanpa aku suruh dan pinta, memulakan bicara.

Aku merenung wajahnya ke atas dan ke bawah. Aku memang sudah agak. Kalau tiada sesuatu yang hendak dia jadikan bahan kutukan, pasti dia tidak akan muncul atau datang. Apa lagi di awal pagi begini.

Kenapa aku cakap begitu? Tahukah kau kenapa? Kini dia mendesaki aku dengan tanyanya pula.

Aku hanya menggeleng, pura-pura tidak begitu tersentuh dengan acah dan tanyanya itu.

Tahukah kau kenapa kukatakan begitu? Dulu, sewaktu mereka serahkan sebongkah batu itu, mereka tidak mahu fikir akan akibat-akibat lain di kemudian hari. Sekarang? Hah, tengok. Apa yang sudah terjadi? Tidakkkah tindakan melepaskan batu itu ke tangan ereka adalah suatu tindakan yang amat bodoh?

Siapa cakap pemberian itu dengan penuh rasa rela? Kau hantu, mana tahu kau benda-benda macam ini. Jangan kau hendak cakap banyak benda-benda yang kau tidak cukup tahu. Dengan suara agak tinggi aku menyergah hantu yang memperkenalkan dirinya sebagai Mat itu.

Ramai yang bantah. Ramai yang tidak setuju. Tetapi macam selalulah. Siapa sangat hendak ambil peduli suara orang-orang kecil, marhaen dan sebahagiannya bertaraf pencacai itu? Sebab itulah perkara ini sudah jadi terlajak sampai ke tahap begini. Kautahu itu, hah? Aku menambah lagi. Dan kali menghujungkannnya dengan sebuah jerkah.

Hantu yang memperkenalkan dirinya sebagai Mat itu kulihat terpinga-pinga. Mulutnya melopong. Kedua bola matanya terbelalak.

Suasana agak beberapa detik lamanya menjadi hening. Aku kembali meneruskan kerjaku.

Jadi salah siapa sebenarnya? Terdengar hantu yang memperkenalkan dirinya sebagai Mat itu memecahkan hening suasana dengan tanyanya.

Sengaja aku tidak mahu menjawab tanya dia dengan kata-kata. Sebaliknya, aku hanya melepaskan ketawa terbahak-bahak.

Kenapa kau ketawa? Apa yang sangat menggelikan hati kau? Hantu yang memperkenalkan dirinya sebagai Mat itu menghujatku kembali dengan tanyanya.

Aku sengaja tidak mahu menjawab tanyanya itu. Aku tahu. Pasti dia berasa pelik kenapa dalam keadaan seperti ini pun aku masih boleh melepaskan tawa.

Biarkanlah hantu yang memperkenalkan dirinya sebagai Mat itu terus dalam keadaan terpinga-pinga dan tertanya-tanya. Kerana aku aku tahu, yang aku tertawakan adalah segala kebodohan yang kini sedang bermaharajalela di sekitar dan di sekeliling diriku.

Setidak-tidaknya, dengan ketawa itu aku dapat sekejap menghindarkan diriku dari dirasuki sama angin senewen yang kian kencang menderu di negeri tercintaku ini.

Kerana, kalau aku menangis sehingga keluar air mata darah sekalipun, siapa akan peduli segala kesedihan dan kerawanan yang sedang merongrong sanubari seorang kecil seperti diriku?

Kini, orang lebih mabuk dan ghairah mencari pengaruh dan sokongan. Walau kerananya, tanah milik sendiri semakin tergadai, konon atas nama kemajuan dan toleransi.

Siapa yang akan dan mahu peduli, bukankah?

Julai 28, 2008

July 26, 2008

TANDA NAMA

NAMPAKNYA hantu yang memperkenalkan dirinya sebagai Mat itu masih belum puas mengganggu aku.

Walau tanyanya tidak kujawab tuntas dan dengan sengaja aku mempermainkan dia dengan ketawa, namun dia masih kulihat bercokol duduk di depanku.

Apa lagi yang tidak dapat memuaskan hati kau? Sudahlah. Tidak ada gunanya kau mengasaki aku dengan tanya. Aku tiada kuasa hendak berlanjut-lanjut melayan kau. Begitu dengan sengaja aku meluahkan kata. Niatku memang mahu menyakiti hati hantu yang memperkenalkan dirinya sebagai Mat itu agar segera berlalu dari kamarku.

Satu perkara lagi. Pasal tanda nama itu. Apalah kamu yang berbangsa manusia ini. Kerana itu pun hendak menjadi dan membuat gaduh. Kini dari bibir hantu yang memperkenalkan dirinya sebagai Mat itu terluncur pula kata yang lain.

Aku mengehentikan kerja menulisku buat seketika. Wajah hantu yang memperkenalkan dirinya sebagai Mat itu kutenung ke atas dan ke bawah.

Kau jangan hendak marah kepada aku. Aku ini bercakap perkara yang benar. Apa yang menjadi masalah sangat dengan tanda nama itu. Kalau hendak tulis, tulislah apa sahaja bahasa yang kau suka. Hantu yang memperkenalkan dirinya sebagai Mat itu meneruskan bicaranya.

Aku pura-pura tidak mendengar dan meneruskan kerja menulisku.

Apalah yang bodoh sangat. Bahasa apa yang hendak pakai pun apa peduli. Tulislah apa sahaja. Kenapa mesti hendak bising-bising? Hantu yang memperkenalkan dirinya sebagai Mat itu meneruskan bicara.

Aku menjengilkan bola mataku.

Memanglah kau ini hantu yang bodoh. Kan aku sudah kata jangan masuk campur kalau benda itu tidak kau tahu duduk perkaranya. Lebih baik kaudiam sahaja. Kini aku mencelah dengan jawapanku.

Hantu yang memperkenalkan dirinya sebagai Mat itu menatap wajahku ke atas dan ke bawah.

Memanglah siapa sahaja boleh tulis ikut suka hati dia. Tetapi kalau melibatkan perkara rasmi dan kebangsaan, kau kenalah tulis ikut resam kebangsaan dan rasmi pula. Jangan hendak tunjuk pongah atau macam sengaja hendak perbodohkan orang lain. Kini aku tegaskan jawapanku dengan hujah yang kukira mudah difahami dan tidak berbelit-belit.

Apa yang kauhendak buat mengarut. Rasmi apa? Kebangsaan apa pula? Bertalu-talu hantu yang memperkenalkan dirinya sebagai Mat itu menghujatku kembali dengan tanya.

Memanglah kau ini hantu yang tolol. Kautahu tidak? Cuba kau pergi sekali melawat ke kampung-kampung di sebelah selatan sempadan negeri kita ini. Walau dalam kampung itu ada orang macam kita tetapi tanda nama yang mereka tulis di papan nama mereka semua dalam bahasa berhuruf kerekot-kerekot. Kautahu kenapa jadi begitu? Sebab bahasa rasmi dan kebangsaan di situ memang dalam huruf berkerekot? Kaufaham tidak? Kini aku menjawab dengan nada suara yang agak tinggi.

Habis kalau pelancong datang melawat fahamkah mereka? Hantu yang memperkenalkan dirinya sebagai Mat itu membalikkan tanya kepada diriku dan aku tahu tanyanya itu adalah tanya untuk memperbanyakkan dalih.

Entahlah. Setahu aku, sejak dulu dan sampai kini, tidak pernah aku dengar pelancong ke negara itu bersungut pasal bahasa dalam tulisan berkerekot itu. Tidak pernah pun menjadi masalah. Dan untuk makluman kau juga wahai hantu yang bodoh, walau menggunakan bahasa dalam tulisan berkerekot dan tidak menjadi gila babi hendak menobatkan bahasa orang putih seperti di negeri kita ini, aku dengar nilai duit dan ekonomi mereka lebih baik dan tinggi dari kita juga.

Begitu aku menempelak hantu yang memperkenalkan dirinya sebagai Mat itu.

Jadi sudahlah kau wahai hantu yang bodoh. Tidak payahlah kau hendak jadikan isu benda-benda yang kau sendiri memang tahu sudah ada jawapannya. Kau janganah ingat aku ni bodoh dan cuba hendak kauacahkan dengan benda-benda begitu. Aku nasihatkan kau, buatlah kerja lain yang lebi h berfaedah untuk bangsa kau. Benda yang sudah selesai elok itu tidak payahlah hendak ungkit dan timbulkan lagi. Faham?

Kuteruskan tempelakku dan hantu yang memperkenalkan dirinya sebagai Mat itu kulihat terkebil-kebil kedua belah bola matanya.

Julai 27, 2008

July 25, 2008

SURAT TERBUKA SEORANG PENCURI STOKIN



KUAKURI salahku. Memang aku seorang pencuri. Kerana itu aku berhak dihukum kerana salahku. Dihukum setimpal dengan salah yang telah kubuat sebagai seorang pencuri.

Tetapi. Menggebuk dan membelasahku beramai-ramai semata-mata kerana salahku ini, aku ingin katakan itu sesungguhnya tindakan yang amat keterlaluan dari segerombolan orang yang kononnya menjunjung tinggi kedaulatan hukum dan undang-undang.

Dan yang menggebukku itu, kulitnya sama warna dengan kulitku, tetapi hanya kerana mereka bertuankan seorang tuan yang lain warna kulitnya dan kononnya memberi mereka peluang untuk mengasapkan dapor milik mereka, sanggup mereka dalam sekelip mata menyunglap diri menjadi haiwan ganas yang menggebuk diriku sesungguh hati mereka.

Aku tahu aku bersalah kerana telah mencuri sepasang stokin. Tetapi layakkah kerana salah itu aku mereka gebuk sekehendak hati?

Atau aku hanya dan memang mereka niatkan untuk mereka jadi mangsa sebagai pelampias marah dan kesal mereka yang entahkan apa: menggebukku sekehendak hati.
Konon, berselindung di sebalik dalih untuk menginsafkan seorang pencuri. Walau yang kucuri hanyalah sepasang stokin yang harganya tidak pun mencecah angka 10 ringgit.

Aku tahu aku memang bersalah. Kuakui itu.

Tetapi apa hak mereka untuk menggebuk diriku sekehendak hati mereka?

Walau apa pun dalih dan alasan mereka.
Jun 29, 2008

July 21, 2008

BISING KAU BILA AKU BELI MERCEDES, TETAPI KAU BELI KAPAL SELAM BUROK APA HAPRAK PULA



BEBERAPA orang kanak-kanak yang bemain di bawah pohon rambai di sudut kiri halaman rumahku kelihatan bertengkar sesamanya.

Kudekati mereka dan bertanya. Hai, kanak-kanak kamu sedang bermain apakah ini?

Oh. Kami sedang bermain politiklah, pak cik.

Main politik? Bagaimana rupa bentuk dan permainan kalian ini? Aku yang terpinga-pinga mendengar jawaban itu mengajukan tanya.

Oh. Mudah sahaja, pak cik.

Mudah? Mudah bagaimana?

Kalau hendak bermain permainan ini, kami mestilah ada gaduh-gaduh. Kalau tiada gaduh-gaduh bukanlah permainan politik namanya.

Habis? Sekarang kalian sedang gaduhkan apa? Apa isunya?

Sekarang ini kami sedang bergaduh dan berkelahi pasal membeli mercedes dan kapal selam.

Kenapa bergaduh pasal itu?

Yalah. Dulu masa kelompok yang satu itu beli kapal selam yang tidak boleh digunakan. Itu tiada siapa yang buat bising. Kenapa sekarang bila kelompok satu lagi pula beli kereta mercedes, ramai sangat yang buat bising? Kenapa jadi begini? Ada apa-apakah?

Aku terpinga-pinga mendengar jawaban itu. Biar betul budak-budak ini. Ini permainan merekakah atau sengaja-sengaja mereka hendak menyindir sesuatu pihak.

Dan tanpa sebarang kata, aku berlalu meninggalkan kelompok kanak-kanak itu dengan permainan politik mereka.

Julai 22, 2008

KAU KENA TELANJANGLAH BODOH


APA-apa pun kau kenalah telanjang juga. Kalau tidak bagaimana hendak lakukan kerja itu.

Begitu kata Semek tanpa sebarang selindung.

Apalah kau ini. Asyik hendak suruh aku telanjang sahaja. Apa kau ini sudah ketagih sangat hendak tengok benda itukah? Kalau tidak dapat tengok sehari macam tidak sempurnalah hidup kau.

Kini Semaun pula menyergah.

Apalah kau ini. Ini bukan soal ketagih hendak tengok batang kau itu atau tidak. Ini soal kerja aku sudah macam ini. Aku kena suruh kau telanjang. Kalau tidak bagaimana aku hendak lakukan kerja.

Semek yang berseragam putih itu membalas dan menghujah kata-kata Semaun.

Habis kau memang hendak tengok dan suruh aku telanjanglah? Tanya Semaun dan pura-pura buat jadi orang bodoh.

Apa punyalah bodoh sangat kau ini? Kalau orang kata kena telanjang, telanjang sahajalah. Jangan bising-bising. Itu pun kau tidak fahamkah?

Semek yang berseragam putih itu berkata dengan nada suara yang seolah-olah sudah tidak dapat menahan sabarnya lagi.

Aku bukan bodohlah. Tapi hendak suruh aku telanjang berapa puluh kali lagi. Dulu-dulukan aku sudah banyak kali kena telanjang. Ini apa hal hendak kena telanjang lagi.

Semaun jelas tidak puas hati dengan arahan agar bertelanjang itu.

Heh. Kau memang kena telanjanglah, bodoh. Aapa itu pun tidak reti bahasakah?

Hendak buat apa suruh aku telanjang?

Aku hendak periksa dan tengok betul tidak kau buat kerja itu.

Kerja apa pula?

Kerja apa lagi. Kerja itulah.


Heh. Bila pula aku buat kerja tidak senonoh itu.

Mana aku tahu. Aku hanya jalankan tugas aku sahaja. Yang kau bodoh pergi sondol bontot anak kambing itu kenapa? Kan sekarang sudah kecoh.

Bila pula aku menyondol bontot anak kambing itu? Itu tuduhan melampau. Aku tidak buat itu. Banyak lagi kerja lain yang lebih berfaedah yang boleh aku buat dari hanya sondol bontot anak kambing itu.

Habis kalau kau memang tidak buat. Kenapa pula anak kambing itu pergi mengadu. Sebab itulah sekarang kau berada depan aku ini. Aku kena buat ujian performing test. Hendak kena uji kote kau itu naik dan hidup atau tidak. Kau kena melancap dan keluarkan air mani. Lepas keluar air mani, masukkan dalam tabung uji ini.

Apa?

Sebab itu kau kena telanjang. Kau tahu tidak?

Kini Semaun terlopong. Malunya hendak bertelanjang di depan Semek tidaklah terkira rasanya.

Dan Semek pun memang tidak tahu apa cerita sebenar. Dia hanya jalankan tugas. Kalau tidak tunaikan perintah dan tugas itu, dia takut kena pecat. Dan bila sudah kena pecat, pastilah dapor dia tidak akan berasap.

Walaupun di mana-mana orang kata ada konspirasi, namun Semek tidak faham langsung apa makna kata konspirasi itu.

Yang dia tahu hanyalah perut dia anak beranak memang memerlukan nasi. Dan kerana itulah dia laksanakan tugas ini. Hanya kerana nasi dan dapor yang mesti berasap.

Walau mungkin ada orang lain yang turut jadi mangsa. Itu bukan urusan dia.

Semek hanyalah seorang kecil yang hanya ingin menjaga dapor dan mendapatkan nasi. Hanya itu.


Julai 21, 2008

July 18, 2008

SEORANG PENGADU DAN SECUIL KEADILAN

SUDAH seminggu anak lelakiku yang bersekolah di darjah 2 pulang ke rumah sambil teresak-esak menangis.

Ketika kutanya apa dan kenapa yang menjadi punca tangisannya, jawab yang dia berikan serupa dengan jawab yang dia berikan sebelum ini.

Kali ini sabarku sudah sampai ke penghujung. Dadaku berombak menahan marah. Kalau setakat sekali atau dua tidak mengapa. Masih aku boleh bersabar.

Tetapi kalau sudah berlarutan sampaikan seminggu ini bukan boleh disabarkan lagi. Dan tambah membuat sabarku menjadi lerai bila bahagian bawah kedua-dua belah matanya biru dan lebam.

Siapa lakukan ini? Tanyaku sambil menggetap-getap bibir. Budak itukah? Tanyaku lagi dan tanya itu disambut anakku dengan angguk.

Mari kita ke rumahnya. Perkara ini tidak boleh dibiarkan. Mesti segera dihentikan. Kataku dan segera membimbing tangan anakku itu menuju ke rumah si nakal itu.

Selepas mengucapkan salam dan tatkala kulihat terjongol wajah sang ayah si nakal itu, aku segera beritahu maksud kedatanganku. Dengan sabar yang sengaja kuempang agar jangan melimpah aku beritahu supaya dia dapat menasihati anaknya supaya tidak mengganggu anakku lagi.

Kalau setakat usikan biasa tidak mengapa, tetapi kalau sampai sudah biru dan lebam ini sudah keterlaluan. Kataku dengan suara yang seboleh mungkin kulembutkan nadanya.

Saya datang dengan maksud baik dan bukan hendak bergaduh. Tolonglah tuan perhati dan nasihatkan anak tuan itu agar tidak mengganggu anak saya lagi selepas ini. Dengan sengaja aku membahasakan diri lelaki itu sebagai tuan. Niatku agar aku tidak disangkakannya tidak tahu berbahasa dan menghormati jawatan yang dia sandang dengan ketuanannya itu.

Begitu berasa aku sudah jelaskan niat dan tujuan kedatanganku secara baik, aku beredar dan mengucapkan salam.

Walau salam yang kuhulur tidak mahu dia sambut, aku tidak mahu ambil hati kerana aku fikir biarlah dia sendirian bersombong-sombong dengan pangkat dan ketuanannya itu.

Tetapi malamnya. Kurang lebih jam sebelas malam, rumahku didatangi kenderaan yang dinaiki dua lelaki berseragam.

Aku terpempan dan dihujani pelbagai tanya. Jenayah apakah yang sudah kuperbuat? Begitu tanya itu bertalu-talu menerjahi benakku.

Aku digiring ke dalam kenderaan. Kepada isteri dan anak-anak kutitipkan pesan agar jangan terlalu bersedih dan cemas.

Sebelum kepalaku ditekan agar segera masuk ke dalam kenderaan, kepada mereka kulaungkan pesan agar berdoa dan berserah kepada Allah.

Dan malam itu, selepas hampir lima jam disoal dan disiasat, aku dibenarkan tidur di atas lantai simen di sebuah rumah tahanan.

Menurut mereka yang menyoal dan menyiasat diriku, punca aku ditahan adalah kerana ada pihak yang mengadu aku telah bersikap ganas dan cuba mengugut seseorang di kawasan kejirananku.

Bersikap ganas? Mengugut seseorang?

Apakah kerana aku mendatangi seseorang secara baik dan meminta agar anaknya tidak lagi membuli dan mengganggu anakku maka aku dituduh bersikap ganas dan cuba mengugut?

Soalan itulah yang bertalu-talu kini menerjahi benakku.

Dan aku tahu, tiada siapa yang akan sudi membela nasibku di sini. Kerana, aku hanyalah seorang manusia kecil dan miskin yang tidak mungkin dan mampu untuk membayar upah seorang peguam.

Aku juga tahu, kerana aku ini manusia kecil dan miskin, tiada akhbar atau setesen tv yang akan sudi menyiarkan kisah penderitaanku di sini ini.

Ah. Aku tidak tahu berapa lama lagi aku akan mendekam di rumah tahanan ini.

Ah. Aku tidak tahu dan pasti apa sebenarnya salah dan jenayah yang telah aku perbuat.

Apakah kini, mempertahankan hak diri dan keluarga sendiri pun sudah menjadi suatu jenayah?

Ah. Aku sungguh tidak tahu dan mengerti.


Julai 18, 2008

July 11, 2008

MAKHLUK



MAKHLUK apakah namanya yang lidahnya bercabang dan kerana itu cakapnya sering berubah-ubah makna dan maksudnya pada waktu dan tempat yang berlainan?

Biawak, ular atau apa yang layak dinamakan?

Bagi satu jenis yang lain, yang dulunya begitu bersungguh membela dan mendokong tetapi hari ini berubah 360 darjah berbalik menudingkan telunjuk ke arah pihak yang dulunya dia dokong dan bela, makhluk apakah yang sesuai namanya diberikan pula?

Memang politik memungkin apa sahaja. Namun apakah kerananya manusia tega melemparkan jauh hakikat kemanusiaanya dan dalam sekelip mata menyunglap dirinya menjadi haiwan bernama biawak, katak atau ular?

Memang pertanyaan tidak mungkin dengan pasti mendatangkan penylesaian, apa lagi suatu penyelesaian yang abadi sifatnya.

Tetapi setidaknya, dengan bertanya, kita lebih mengenal yang mana satu manusia bertopengkan haiwan dan yang mana satu memang benar-benar manusia.

Betapa pun politik semakin kelihatan menjadi kotor, namun setidaknya kita dapat berjarak dengan haiwan yang bertopengkan manusia ini.

Walau jarak itu tidak pasti menjadikan kita benar-benar selamat dari kerkahan mereka, namun kita cukup bersedia, bila tiba saatnya, untuk kembali berbalik mempertahankan hak dan kedirian kita sebagai seorang manusia dan sekaligus juga sebagai seorang rakyat.

Julai 12, 2008

July 8, 2008

APAKAH AKU YANG TERLIWAT ?

KEKASIH gelapku yang memang tidak pernah sudi namanya kusebutkan di mana-mana memarahiku dalam suratEnya yang baru sebentar kubaca.

Kau ini sudah melampau. Apakah kau memang sengaja mahu menyindir atau apa? Begitu kata-kata marahnya didalam suratEnya yang kubaca itu.

Aku tidak pasti apa sebenarnya punca kemarahan dia.

Sejak bila pula kaurelakan diri kau diliwat? Siapakah pula si keparat laknat yang sudah meliwat kau itu? Begitu tertera lagi kata marah kekasih gelapku di dalam suratEnya.

Dari berlamaan berteka dan berteki tanpa jawapan, kupilih segera menghubungi dia lewat telefon genggamku.

Helo. Kenapa marah-marah ini? Apa salah yang sudah kuperbuat? Begitu aku bertanya dengan suara yang rasanya sudah kulembutkan sesungguh mungkin.

Sejak bila kaurelakan diri kau diliwat? Begitu terdengar suara kekasih gelapku melontarkan tanya.

Diliwat? Apa pula kisahnya ini? Siapa yang sudah diliwat? Aku? Begitulah bertalu-talu soalan menerjah benakku.

Diliwat? Siapa yang sudah diliwat? Akukah? Kuajukan tanya itu kepada kekasih gelapku .

Iyalah. Siapa lagi kalau bukan kau. Bukankah kau sendiri yang sudah mengaku di dalam suratEmu semalam? Terdengar suara kekasih gelapku di dalam telefon genggam milkiku.

Apa? Kan aku tulis dalam nada tanya kepadamu: Apakah aku yang terlewat? Tetapi sekarang kenapa pula boleh timbul soal “terliwat”? Kini aku pula yang menyergah.

Mana aku tahu. Kau yang tulis: t – e – r – l –i – w – a – t. Bukan aku yang tuduh. Hah. Kini kembali kudengar jerkah. Jerkah itu berdengung dari suara milik kekasih gelapku yang selama ini manja dan gemar bergomol denganku bagaikan seekor kucing manja.

Di mana? Cuba kausebutkan di mana sudah kuperbuat pengakuanku itu? Aku membalas jerkahku dengan jerkah yang lebih lantang.

Hoi. Bukan itu kau tuliskan di dalam suratEmu semalam? Apa kau sudah lupa?

Aku jadi terkesima tatkala mendengar jerkahan terakhir itu.

Baru aku ingat. Memang semalam ada kutanyakan kepada kekasih gelapku itu apakah aku ini sudah terlewat untuk melamar dia menjadi isteriku yang sah?

Tetapi anehnya, kenapa pula kata tanya: “Apakah aku yang terlewat” itu kini telah berubah menjadi: “Apakah aku yang terliwat” pula?
Soalan inilah kini yang tidak hentinya berdengung di ruang tanya di dalam benakku.

Julai 9, 2008

July 7, 2008

BERMAIN DENGAN LIWAT


HARI ini aku terlambat ke pejabat. Jam pejabatku 8.00 pagi. Aku tiba ke pejabat jam 9.00 pagi.

Alasan dan dalih? Pelbagai yang boleh aku beri. Tetapi aku sengaja tidak mahu beralas dan berdalih. Terlanjur sudah lambat. Tiada ada guna berdalih dan beralasan.

Pokoknya. Aku hanya mahu beritahu bahawa aku memang lambat masuk ke pejabat pagi ini.

Kerana lambat, ruang masuk di kad perakam milikku pagi ini terpampang catatan waktu dengan warna tulisan berdakwat merah.

Kerana tidak mahu berdalih dan beralasan, di ruang catatan kad perakam waktu milikku kutuliskan dengan pen berwarna biru kata: LIWAT.

Hairan. Kenapa jadi “liwat” dan tidak “lewat”? Walhal sudah kutulis satu demi satu huruf “l – e – w – a - t”. Tetapi ketika tertera adalah huruf-huruf “l – i – w – a - t”.

Hairan. Kutulis “lewat” tetapi yang terpampang adalah “liwat” . “lewat” yang kutulis tetapi yang terpampang “liwat”.

Apa hal ini? Apa kisah pula dengan liwat dan liwat ini?

Siapa pula yang meliwat dan siapa pula yang diliwat?

Heh, kacau sungguh. Tidak semena-mena aku yang datang lambat ke pejabat pagi ini sudah terbabit dengan kata “liwat” pula.

Ketika kuserahkan kad perakam waktu milikku untuk ditandatangan ringkas oleh penyelia kerjaku, aku diterjah dengan sergah.

Heh, kamu memang terlibat dengan kes itukah? Tanya Mong penyelia kerjaku.

Aku ternganga.

Terlibat apa pula? Tidak sudah tanya itu bertalu-talu menerjah pendengaranku.

Atau kau sengaja-sengaja buat tuduhan supaya orang ingat kau ini menjadi mangsa dan berkonspirasi? Mong penyelia kerjaku itu menyergah lagi.

Kutatap wajah Mong ke atas dan ke bawah. Kalau kurang sabar, mahu kutinju sahaja pipi tembamnya itu.

Tetapi aku tahu. Berbuat begitu samalah ertinya dengan mencurahkan kencing ke dalam periuk nasiku sendiri.

Biarkanlah Mong hendak berkata apa pun. Apa aku peduli.

Dan kalau pun ada yang benar, akhirnya orang akan melupakannya juga selepas beberapa tahun.


Julai 8, 2008

July 2, 2008

TOLONG SYOR, TOLONG PILIH

Judul: coversatirakacau1


Judul: coversatirakacau2

HELO kawan-kawan. Kena minta tolong syor dan pilih. Bukan paksa. Ini memang betul-betul kes hendak minta tolong kawan-kawan yang datang melawat dan membaca blog Satira + Kacau ini.

Sebabnya? Entri-entri awal yang dimuat di dalam blog ini cadangnya mahu penulis terbitkan dalam bentuk buku.

Tetapi yang jadi masalahnya, sahabat kita Sinaganaga sudah tolong siapkan dua cover.

Ah, tidak pasti mana satu hendak pilih. Dua-dua nampak cantik.

Sebab itulah. Kena minta tolong syor dan pilih dari kawan-kawan pembaca dan pelawat blog ini.

Yang mana satu? Yang atas atau yang bawah?


Dan jangan lupa. Kedua-dua cover yang dilukis oleh sahabat Sinaganaga ini sumbernya adalah dari blog beliaulah.

Julai 3, 2008

July 1, 2008

SERONOK, SERONOK

Memang seronok menjadi orang tersohor dan pada waktu yang sama, ada juga yang tidak seronoknya. Tetapi selalunya, orang jarang mengambil peduli bahagian yang tidak seronok itu.

Kerana, benda-benda yang seronok dan menyeronokkan itulah yang selalu dikejar-kejar manusia.

Walau untuk mendapatkan seronok itu, ada yang sanggup menuduh dan memfitnah atau memijak dan memancutkan kencing ke atas kepala maruah orang lain, tetapi apa peduli.

Dan paling mengaibkan, kerana ingin menikmati keseronokan sebagai orang tersohor, ada juga yang tergamak dan menyanggupi dengan perakuannya bahawa lubang belakangnya telah dijoloki batang kemaluan orang lain.

Yang penting seronok. Yang selain dari itu peduli apa.

Hidup ini bukankah hanya untuk mereka yang cerdik dan berani. Yang lain boleh pergi mampus sahajalah.

Ya, pergi mampuslah semua. Yang penting aku seronok dalam ketersohoran aku.

Ha. Ha. Ha. Orang lain apa aku peduli. Mampuslah.

Pokoknya aku seronok.

Ha. Ha. Ha.

Seronok. Seronok sungguh.

Walau dalam keadaan yang teramat seronok itu, seluruh tubuh dan anggota yang dimiliki atas nama manusia, sudah dicemari najis anjing ataupun babi.


Julai 1, 2008

June 30, 2008

DI SINI, ADA BANYAK CARA JIKA ANDA MAHU MENJADI ORANG TERSOHOR


JIKA anda hidup di sebuah negeri yang terkenal akan namanya ke segenap dan pelosok antero dunia sebagai Negeri Bingung, anda sesungguhnya insan yang sangat bertuah dan beruntung.

Kenapa kukatakan demikian? Jawabnya mudah sahaja.

Jika anda hidup di negeri ini, anda mempunyai banyak peluang dan cara untuk mempromosikan diri dan nama anda ke mana-mana.

Jika anda hidup di negeri ini, anda ada banyak peluang dan cara untuk menjadikan diri anda seorang yang akan selalu disebut-sebut namanya pada setiap waktu dan ketika.

Anda dengan mudah dapat menjadi seorang yang tersohor dalam sekelip mata.

Sebabnya?

Di negeri ini, selain cara-cara yang halal di segi moral, agama dan disahkan oleh undang-undang, ada juga cara-cara lain yang tidak disahkan dan dianggap boleh memalu serta menjatuhkan martabat diri sebagai manusia yang berakal lagi bermaruah, yang boleh diguna dan dipakai untuk mencapai tujuan.

Tujuan? Ya, tujuan apa lagi kalau bukan untuk menjadikan diri anda menjadi tersohor dalam sekelip mata.

Dan setelah nama anda disebut-sebut pada setiap waktu serta ketika dan sekaligus juga bererti diri anda sudah pun tersohor, ketika itu, pandai-pandailah anda hidup dan menguruskan ketersohoran anda itu.


Julai 1, 2008

June 26, 2008

SASTERA ITU HANYALAH ANGIN ?


BUKU apa yang sedang kaubaca itu, Jebat? Begitu kudengar Mak mengajukan tanya.

Anakku Jebat yang sedang asyik dan khusyuk dengan buku di tangannya kulihat sedikit tersentak. Buku cerita. Begitu kudengar anakku Jebat menjawab tanya neneknya.

Buku cerita? Buat apa baca buku cerita? Tiada faedah. Membazirkan waktu sahaja. Kini kudengar emak menegur anakku dengan suara yang sedikit meninggi.

Jebat kulihat mulai menjadi gelisah. Aku yang sedang bersantai di kerusi rehat bersama senaskhah akhbar di tangan, dijelingnya berkali-kali.

Sudah. Buang sahaja buku-buku begitu. Tidak perlu membuang masa lagi membaca buku-buku cerita atau karya-karya sastera. Sudah. Kini kudengar suara emak semakin meninggi.

Aku tahu anakku Jebat kurang senang dengan kata-kata neneknya itu.

Mak. Kenapa Mak berkata begitu? Mak ini matikan semangat anak-anak yang mulai hendak rajin membaca sahaja. Dengan suara lembut namun bergetar aku menegur emak.

Aik. Apakah kau pun masih belum tahu? Daripada menyuruh anak-anak membaca, sekarang ini lebih baik kaukerahkan dia keluar bermain dan bersukan. Ada faedah dan ganjaran yang menanti.

Apa maksud Mak? Lanjut aku menyoal.

Ha. Kalau anak kau nanti jadi juara di mana-mana acara sukan, lebih-lebih lagi kalau di Olimpik, boleh dapat habuan satu juta ringgit.

Satu juta ringgit? Antara percaya dan tidak aku kembali mengajukan tanya.

Heh. Berita itu sudah terpampang dalam akhbar. Itupun masih kau tidak tahu? Kini Mak menempelakku.

Itulah kau. Jangan asyik dengan sastera dan membaca buku-buku cerita sahaja. Cubalah keluar ke padang bersukan dan bermain. Mana tahu kalau nanti terpilih ke Olimpik dan memang pingat emas, boleh juga dapat ganjaran satu juta ringgit. Mak meneruskan bebelannya.

Kau tahu? Sastera itu sekarang ini bagi Mak hanyalah angin. Begitu juga dengan kawan-kawan kau yang mabuk dengan perjuangan bahasa itu. Sia-sia sahaja apa yang mereka perjuangkan. Siapa yang peduli? Buat letihkan kudrat dan bazirkan air liur sahaja. Bebelan Mak semakin melarat.

Baiklah kau dan kawan-kawan kau, dan kalau boleh semua rakyat negeri ini keluar ke padang bermain dan bersukan. Biar seluruh rakyat negeri ini, tua atau muda pandai bersukan dan boleh bertanding di Olimpik. Hebat. Negeri kita ini semuanya boleh. Boleh dapat ganjaran satu juta ringgit kalau menang pingat emas. Bebelan Mak kudengar semakin menjadi-jadi.

Tanpa sebarang kata, kuhampiri Mak. Lembut dan perlahan, kubimbing Mak masuk ke dalam rumah.

Aku khuatir kalau bebelan Mak didengar jiran-jiran. Nanti Mak dituduh senewen atau yang sejenis dengannya.

Dan paling aku takuti kalau sampai ada yang tergamak menuduh Mak subversif.


Jun 26, 2008

June 16, 2008

PEDIHNYA KATA-KATA

SILAP aku juga.

Mak sudah berkali beritahu tidak mahu ikut dan keluar.

Tetapi aku, isteri dan anak-anak mendesak juga.

Jomlah. Kita keluar melihat orang menari dan berjoget-joget. Seronok. Boleh tengok anak dara bergelek dan tersengih-sengih.

Mungkin kerana tidak mahu membiarkan anak-anakku dirongrong rasa kecewa, atau kerana termakan pujuk anakku itu, Mak akhirnya bersetuju juga keluar dan menemani kami sekeluarga.

Ketika kami tiba, acara sudah pun bermula. Jalan ditutup dan kereta terpaksa kuparkir agak jauh dari kawasan pesta menari dan berjoget-joget itu.

Kami sekeluarga memilih duduk di suatu sudut yang menurut hematku memungkinkan acara pesta itu dapat kami sekeluarga tonton tanpa gangguan.

Heh. Tidak berkenan sungguh di hati aku melihat pesta serupa ini. Kudengar Mak mula merungut.

Tidak molek sungguh melihat anak-anak dara bangsa kita tergelek-gelek dan tergolek-golek begitu di depan puluh ribuan mata yang entahkan milik siapa. Terdengar Mak menyambungkan rungutnya.

Ala. Apalah yang Mak tahu. Mak bukankah sudah tua, tentulah tidak suka melihat acara sebegini. Begitu aku bersungut di dalam hati dan sekaligus rasa berdosa merongrong diriku.

Mak tahu apa yang kaurungutkan. Tetapi Mak hendak tanya. Baru dua tiga hari lepas Mak dengar riuh kempen dan arahan suruh kita berjimat, tetapi membuat acara berjoget dan menari ini termasuk dalam kategori berjimat jugakah?

Ini acara yang dirancangkan sebelum ini. Sebelum kempen-kempen itu. Aku cuba meningkah sindiran Mak.

Oh, begitu?

Aku hanya menekurkan pandanganku ke tanah. Kata-kata Mak memang terasa juga di hatiku.

Tetapi yang membuat keputusan bukanlah aku. Apa lagi hendak menentukan yang mana perkara mubazir dan yang mana tidak, juga bukan urusanku.

Jun 17, 2008

June 15, 2008

SEORANG SESUMPAH

SUDAH waktunya kini nada dan isi setiap kata yang dilontar menjadi ucap perlu diubah. Begitu juga watak dan laku diri. Sekarang orang sedang bercakap mengenai kesetian yang tidak berbelah bahagi. Bahaya menanti jika mahu berlagak hero atau bermimpi di siang hari ingin menjadi pahlawan atau pejuang. Lebih baik begini. Tunduk mengikut kehendak dan pinta terbanyak.

Begitu fikir seorang sesumpah.

Tidak mengapa jika hanya menjadi pencacai. Pokoknya beres. Segala yang dicita mudah dicapai dan segera tersedia. Pokoknya tunduk dan mengekor. Itu sahaja.

Apa guna menjadi pahlawan atau pejuang? Ah jika sekadar bertindak atas nama kebenaran dan keadilan, namun hala dan hujungnya tidak dipasti, apalah erti?

Seorang sesumpah itu berfikir lagi.

Selepas beberapa kali melepaskan keluh, berat dan tersekat-sekat, perlahan dia mengatur langkah.

“Sayang. Sudah selesaikah urusanmu di luar? Lekaslah. Aku sudah lama menunggu di sini,” terdengar dari dalam suara manja seorang perempuan yang entahkan siapa.

Seorang sesumpah tersenyum sumbing. Ketika melintasi cahaya lampu berwarna jingga, wajah dan tampangnya berubah menjadi hijau.

Dan di dinding kamar berwarna putih, terpampang bayang seekor raksasa. Tinggi dan agam.

Seorang sesumpah meneruskan senyumnya.


Jun 15, 2008

June 12, 2008

SEORANG BIAWAK

MASIH terlalu awal pagi.

SESEORANG yang dengan rela hatinya memilih untuk menjadi biawak perlahan merangkak. Kepalanya sekejap melenggok ke kanan dan sekejap melenggok ke kiri. Sesekali terjelir panjang lidahnya yang kelihatan bercabang.

Dia kelihatan agak longlai. Semalam mesyuaratnya santak menghampiri tengah malam. Pelbagai isu diperdebat dan dibincangkan. Namun bagi setiap isu, tiada sebarang kesepakatan yang dapat dicapai.
Jun 13, 2008

DUSTA

“APAKAH kau sedih?” tanya hantu yang mengaku dan memperkenalkan dirinya sebagai Mat menerjah pendengaran milikku.

Aku menggeleng.

“Kau marah?” hantu yang mengaku dan memperkenalkan dirinya sebagai Mat bertanya lagi.

“Tidak,” aku menjawab ringkas.

“Aik? Pelik. Kau boleh tidak rasa sedih dan tidak naik marah?”

“Apa yang hendak aku pelik? Apa yang mesti hendak aku marah?”

“Perbuatan mereka bukankah melampaui batas?” hantu yang mengaku dan memperkenalkan dirinya sebagai Mat itu mendesaku bertalu-talu dengan tanyanya.

Ha. Ha. Ha. Aku terbahak-bahak melontarkan tawa.

“Hoi, kau ini sudah senewenkah? Orang sudah kencing dan berak atas kepala pun kau masih boleh terbahak-bahak ketawakah?” hantu yang mengaku dan memperkenalkan dirinya sebagai Mat itu menempelakku.

Tanpa sebarang kata, aku meneruskan bahakku. Tidak pasti kenapa. Di dalam hati, aku hanya berasa lucu dan geli.

“Memanglah kau ini sudah senewen,” hantu yang mengaku dan memperkenalkan dirinya sebagai Mat itu meneruskan tempelaknya.

Kini aku berpaling dan mencorongkan tatapan mataku ke arah hantu yang mengaku dan memperkenalkan dirinya sebagai Mat itu.
Jun 13, 2008

..... sambung baca lain kali

KRONI

KAUINGAT semuanya senang-senang boleh dapat begitu sahaja? Begitu sahabatku bernama Ikdom menyergah dengan tempelak di dalam suratEnya yang kubaca tadi pagi.

Aku mendelik-delikkan kelopak mata. Apa sawan dan senewen pula sahabatku yang satu ini tidak semena-mena menyergah.

Semua yang kita hendak dan dapat mesti ada cara untuk mendapatkannya. Bukannya sedia dan akan memang menjadi milik kau kalau kau sendiri tidak berbuat sesuatu. Kauingat kau itu siapa? Eh, orang tidak pedulilah kalau setakat pandai cakap berdegar-degar seperti kau. Kautahu tidak? Begitu sahabatku bernama Ikdom itu melanjutkan lagi bicara di dalam suratEnya itu.

Aku yang membaca hanya tersengih-sengih. Sungguh. Aku tidak tahu apa sebab dan punca kenapa dia menulis sedemikian rupa bentuk dan nadanya.

Tengok diri aku. Walau hanya pencacai biasa tetapi hidup aku senang dan mewah. Petik sahaja jari dapatlah apa yang aku hendak. Kau tahu kenapa dan apa sebabnya? Kali ini Ikdom menghenyakku dengan tanya.

Sedangkan kau, manusia yang penuh dengan idealisme dan konon menjunjung tinggi kebenaran, terkial-kial saban bulan untuk meneruskan hidup. Pergh, bangkitlah kau dari lena. Orang sudah ke bulan tetapi kau masih seronok dan selesa menimang angan. Apa guna? Apa?


Hebat sungguh kata-kata yang diterakan si Ikdom ini. Memang hebat. Dan tentu sahaja, kehebatan dia tidak lain kerana dia (seperti yang diakui Ikdom dalam surat-suratEnya sebelum ini) memang kenal dan baik dengan mereka yang bersimpuh lenang di kerusi kuasa.

Itulah kelebihan Ikdom. Walau untuk mendapatkan itu dia telah membayar mahal dengan maruah dan harga dirinya sendiri.

Semata-mata untuk mendapatkan semua itu, Ikdom sanggup menjadi pencacai yang sentiasa sedia untuk menjilat.

Aku tidak buat salah apa-apa. Semua orang menjilat. Kalau tidak menjilat, mana boleh dapat semua itu. Ah, apalah kau ini. Itu pun kau tidak tahu!

Ikdom menjerkahku. Dan aku hanya tersenyum.


Jun 12, 2008

HELO, HELO

BERKALI-KALI sapaan itu menerjah pendengaran. Namun tiada siapa yang kelihatan di sisi atau di sekitar.

“Helo. Helo.”

Beberapa kali berpaling mencari pemilik suara yang menyapa. Namun masih tidak kelihatan sesiapa.

“Helo. Helo,” terdengar lagi sapa.

“Siapalah pula di awal-awal pagi begini hendak bergurau dan bermain-main," kepada diri aku bersungut tanpa suara.

“Helo. Helo.”

Aku yakin sapa yang terngiang menerjah pendengaran milikku bukan suatu halusinasi.

“Buat apa hendak sembunyi-sembunyi. Kalau betul ada sesiapa tunjukkanlah diri. Jangan seperti hendak bermain baling batu sembunyi tangan begini,” aku merungut sendiri dan sebal mulai bersarang di relung hati.

“Ha. Ha. Ha. Aku seronok bila melihat orang yang mengaku dirinya hebat seperti kau marah-marah begini,” berkumandang pula kata lain yang menerjah pendengaran milikku.

“Heh, sudahlah. Kalau kau ini bukan hantu, cepatlah kenalkan diri. Aku bosanlah bermain dengan teka teki begini,” kini aku pula yang menyergah.

“Masalahnya. Aku ini memang hantu. Mana boleh aku hendak sesuka hati kenalkan diri aku kepada manusia,” terdengar suara yang menyapa sejak tadi menjawab.

Aku terangguk-angguk sendiri. Baru kutahu betapa yang asyik menyapa sejak tadi adalah seekor hantu.

“Patutlah. Memang pun kerja kau yang bernama hantu. Kalau tidak mengganggu ketenangan hidup orang lain, bagaikan tidak sempurna sehari hidupmu. Begitukan?” kini kusuakan tempelakku.

Jun 12, 2008

..... sambung baca lain kali

June 10, 2008

AKU SEMAKIN BOSAN


AKU semakin bosan. Jadi berhenti atau kurangkanlah segala kata yang sengaja kau himpun dan cipta agar menjadi dusta.

Aku sudah tidak perlukan segala ribuan alasan. Apa yang sudah kau perbuat sudah pun kauperbuat. Dan kesannya sudah kurasa serta tanggung segala deritanya.

Kenapa tidak kaukatakan berterus terang sahaja. Betapa, kau terpaksa lakukan ini semata-mata kerana hendak menutup malumu dan hutang yang sengaja kautimbun kerana ingin mengapai sebutir bola keramat nun jauh di angkasa.

Aku tidak peduli lagi dengan segala marah yang akan kauluahkan kepadaku atau segala cerca dari bibir dusta para pencacai yang entah habuan apa kaujanjikan sebagai ganjar.

Aku semakin bosan kini. Hentikanlah segala lakonmu.

Kerana, berkali sudah dahulu aku merayu dan memberimu isyarat. Betapa secuil kuasa yang kaugenggam bukanlah alat untuk bertindak sewenangan.

Tetapi, kau terlalu sebok untuk mendengar dan terlalu angkuh untuk sekejap bertanya siapa dan akan ke mana kita selepas ini.

Jun 11, 2008

BERCAKAP DENGAN HANTU: KEBENARAN DAN KEADILAN YANG TIDAK BERPIHAK


AKU hanya tersenyum-senyum.

Di depanku, seekor hantu yang mengaku dirinya sudah berjaya menyunglapkan dirinya menjadi manusia sedang pot-pet pot-pet membebel.

Hantu ini yang mengaku dan memperkenalkan dirinya sebagai Mat kulihat marah dan sebal sungguh. Dari bibir hantu yang memperkenalkan dirinya sebagai Mat ini tidak henti kata demi kata meluncur.

Bertenanglah, Mat. Kenapa hendak marah dan merungut. Kau sendiri yang memilih. Bukankah?

Aku bersuara seadanya. Cuba hendak meredakan sebal dan marahnya.

Aku benci. Semuanya serupa. Dahulu, kini dan selamanya. Yang berbeza cuma tempat dan para pelakunya. Menyesal aku menjadi sebahagian darinya.

Hantu yang memperkenalkan dirinya sebagai Mat ini kudengar menyambung rungut dan meluahkan rasa sebalnya.

Ha. Ha. Ha. Aku terbahak ketawa sesungguh hati. Inilah pertama kali sepanjang mengenalnya kudengar hantu yang memperkenalkan dirinya sebagai Mat mengakui kesal.

Salahnya kau sendiri juga. Pantang orang jentik jari sedikit, terlonjaklah kau seronok. Konon mendapat perhatian dan pernghargaan. Sedang hakikatnya mereka hendak perguna dan jadikan kau alat.

Dengan sengaja aku mengambil peluang menempelak hantu yang memperkenalkan dirinya sebagai Mat.

Kau lagi bahlol. Kau mana tahu hakikat perjuangan untuk menegakkan keadilan? Kalau tidak bergabung di dalam satu barisan, mana mungkin dapat menyata dan meluahkan hasrat? Suara kau siapa hendak dengar?

Hantu yang memperkenalkan dirinya sebagai Mat pula kembali menempelakku.

Ha. Ha. Ha. Aku kembali terbahak ketawa. Tinggi dan hebat sungguh idealisme hantu yang memperkenalkan dirinya sebagai Mat ini. Taksub dan percaya sungguh dia.

Patutlah dia mudah diperguna dan menjadi alat. Begitu aku sendirian berfikir.

Kau hendak perjuangkan apa? Keadilan? Kebenaran? Keadilan dan kebenaran apa? Kalau betul itu yang hendak kauperjuangkan, tanpa bernaung di bawah ketiak sesiapa pun kau boleh bersuara juga. Tetapi lainlah kalau kau pun ada cita-cita suatu hari nanti hendak jadi tokoh dan jaguh. Kalau begitu kenalah kau bernaung di bawah ketiak dan bayang seseorang.

Kini aku membalas tempelak hantu yang memperkenalkan dirinya sebagai Mat ini dengan hujahku yang lebih panjang.

Mat kulihat ternganga. Kedua bola matanya kulihat terbelalak.

Dan kautahu, Mat? Kalau semuanya sudah mulai berpihak dan bersedia menjadi alat, eloklah dicampakkan segala idealisme kebenaran dan keadilan kau itu ke dalam laut.

Aku meneruskan tempelakku.

Mulut hantu yang memperkenalkan dirinya sebagai Mat kulihat melopong.

Kau tahu kenapa aku berkata begitu, Mat? Sebabnya, dengan berpihak dan menjadi alat kepada mana-mana pihak samalah tarafnya kau seperti perkakas atau anjing suruhan. Sebab, kalau betul kebenaran dan keadilan hendak diperjuangkan, ianya tidak mengenal pihak dan sempadan. Dan apabila kauberpihak, keadilan dan kebenaran yang hendak kauperjuangkan sudah menjadi tidak murni lagi. Kau sudah pasti akan memurnikan hanya kepada pihak dan kalangan yang kaupihaki dan bukan kepada kebenaran serta keadilan itu sendiri. Kautahu itu, Mat? Kautahu tidak?

Aku meneruskan tempelak dan mulut hantu yang memperkenalkan dirinya sebagai Mat itu masih tetap melopong.


Jun 10, 2008

June 7, 2008

PENGKHIANAT DAN PENIPU


AWANG. Jangan kau marah bila aku katakan betapa kau kini sudah mulai menjadi pengkhianat dan penipu.

Bayangkanlah, Awang. Bagaimana tidak kukatakan demikian bila segala yang kauucap sebagai janji akhirnya ternyata tidak mampu kautunaikan?

Bukankah dulu sudah kukatakan kepadamu bahawa aku tidak meminta emas atau longgokkan harta.

Tetapi jika hanya soal sebutir beras dan kata tidak mampu kauurus, bagaimana lagi aku hendak percaya bahawa kau akan boleh menjaga hal dan perkara lain yang lebih mendesak nasib dan masa depan bangsamu?

Awang. Aku sudah terlalu mual mendengar segala janji palsumu. Ternyata lidah kau juga sama banyak cabangnya dengan sekalian pengkhianat dan penipu yang lain itu.

Dan kau sepatutnya tahu. Aku sebagai orang kecil sangat kecewa denganmu kini.

Jun 8, 2008

ADUHAI TANAH DAN LADANGKU


DUA puluh tahun yang lalu, kami segerombolan penduduk yang tidak bertanah memugar bukit dan hutan tebal itu. Kami usahakan dengan keringat dan tenaga empat kerat kami.

Duga apa yang tidak kami tempoh? Binatang buas dan liar? Curam dan jurang? Malah dua nyawa teman kami menjadi korban.

Berkat gigih dan kesungguhan kami, akhirnya tanah hutan itu, dengan kudrat keringat dan tulang empat kerat kami, telah berhasil kami tukarkan menjadi ladang dan kebun yang menghijau dengan tanaman.

Kami gembira kerana penat dan lelah kami telah mendapat ganjarnya.

Sehinggalah tiba pada suatu hari, kira-kira lima tahun yang lalu, ketika kami beramai-ramai ke pejabat tanah daerah kerana mahu mengemukakan permohonan penerokaan tanah secara rasmi, kami telah disergah dan dibentak.

Heh. Kamu adalah peneroka tanah yang haram. Tanah itu tanah kerajaan, tetapi kamu telah usahakan tanpa kebenaran sesiapa.

Kami jadi terhenyak kerana sergah dan herdik itu. Kami adalah orang kampung yang bodoh dan tidak mengetahui undang-undang mengenai tanah. Apa yang kami tahu hanyalah ini: berbudilah kepada tanah dan keringatmu tidak akan sia-sia.

Kenapa? Kenapa ketika kami bergalang nyawa memugar hutan yang lebat itu 2o puluh tahun yang lalu, tiada siapa pun yang bernama pemimpin menasihati kami agar meminta kebenaran terlebih dahulu?

Malah, sudah beberapa kali pemilihan, bila kami ajukan rasa gusar kami mengenai tanah yang kami teroka beramai-ramai itu kepada calon atau sesiapa yang kononnya bernama pemimpin dan kononnya juga bercakap untuk dan demi kami, kami diberitahu bahawa soal tanah itu usah digusar kerana tanah itu memang hak dan milik kami.

Tetapi hari ini? Kami dihalang memasuki tanah dan kebun yang kami usahakan selama ini dengan keringat kami.

Alasannya, tanah itu ada pemiliknya. Pemilik yang mendapat kebenaran sah untuk mengusahakannya.

Lalu kami kini menjadi apa? Kenapakah sewaktu tanah dan kebun kami itu masih menjadi hutan, tiada siapa yang mengaku menjadi pemiliknya?

Kenapakah setelah hutan itu kami usahakan menjadi kebun dan ladang, baru kini ada yang tergerak hendak mengaku sebagai pemiliknya?

Kenapa? Kenapa?

Sesungguhnya, soal itulah yang tidak sudah menghenyak benak kami.

Kerana kami, benar-benar rasa teraniaya.


Jun 8, 2008

May 30, 2008

PERMAINAN CARA-CARA MENJUAL BAHAN DAN BARANG YANG BERSUBSIDI

BERSAMA beberapa teman baik yang sebaya dan diketuai oleh Awang Goneng, pada suatu hari kami bermain satu permainan mudah, tetapi pelik, namanya permainan menjual bahan dan barang yang bersubsidi.

Permainan ini kami mainkan di bawah rumah Awang Goneng.
Dalam permainan ini, Awang Goneng selaku ketua telah membahagikan kami kepada tiga kumpulan.

Kumpulan pertama dinamakan Awang Goneng sebagai kumpulan orang kaya dan setiap orang dalam kumpulan ini diberikan kad pengenalan warna merah.

Kumpulan kedua pula ialah kumpulan yang dinamakan oleh Awang Goneng sebagai kumpulan orang kampung dan masing-masing diberikan kad pengenalan warna biru.

Kumpulan yang terakhir iaitu kumpulan ketiga ialah kumpulan orang asing dan kumpulan ini memiliki kad pengenalan warna coklat.

Sebagai ketua kumpulan dalam permainan ini, Awang Gonenglah yang menentukan siapa yang boleh membeli sesuatu barang dan barang apakah yang dikategorikan sebagai bahan dan barang yang bersubsidi.

Semua barang-barang ini telah kami sepakati dan persetujui dibawa oleh setiap ahli kumpulan dalam bungkusan plastik atau botol yang sesuai.

Barang-barang ini kami kumpul dan saling membeli dan menjualnya secara bertukar-tukar. Di akhir permainan nanti, barang-barang ini jugalah yang kami jadikan juadah jamuan sesama kami.

Tibalah di suatu ketika, bila kami perlu membeli dan menjual minyak tanah yang kami bawa dari rumah dengan kawan-kawan yang membawa tepong gandum dan gula, Awang Goneng membentak marah.

“Tidak boleh. Mereka yang dalam kelompok orang asing tidak boleh membeli minyak tanah. Itu bahan yang diberi subsidi. Orang asing tidak boleh membeli bahan yang diberi subsidi,” bentak Awang Goneng.

“Kalau kami tidak boleh jual minyak tanah kepada mereka, bagai mana pula kami nak tukarkan dengan tepong gandum dan gula milik mereka? Bagaimana kami hendak berurus dan berniaga dengan mereka yang dari kelompok orang asing?” aku yang berada daam kumpulan dua bangkit menyanggah Awang Goneng dengan pertanyaan.

“Sebagai ketua dalam permainan ini kau orang mesti ikut cakap aku. Kalau aku cakap tidak boleh jual, tidak bolehlah!” semakin galak Awang Goneng membentak.

“Awang, kau ini memang bodoh,” aku dengan sengaja menghalakan kata itu kepada Awang Goneng.

Kedua-dua bola mata Awang Goneng kulihat terbelalak. Namun tiada sepatah kata yang terlontar dari bibirnya.

“Kau jangan hendak ikut jadi bodoh macam mereka itu. Kalau tidak boleh jual kepada orang asing, macam mana kumpulan apa aku hendak berniaga? Bankraplah kalau begini.” aku berhujah (kononnya) di depan Awang Goneng.

“Kenapa kau hendak buat bising? Kalau sudah jadi peraturan ikut sahajalah,” kini Awang Goneng pula menghujah.

“Itu peraturan orang tidak ada otak,” aku pula yang menyergah.

“Habis? Peraturan yang bagaimana yang menurut kau peraturan yang ada otak?” Awang Goneng mencabar aku dengan tanyanya.

“Mudah sahaja. Buat satu ketetapan. Apa sahaja barang yang bersubsidi, bila hendak dibeli oleh orang asing, harganya mestilah lebih mahal. Ikut harga semasa di temapt mereka. Apalah. Itupun kau tidak boleh fikirkah?” kini aku kembali menghujah Awang Goneng.

“Cakap memanglah senang. Kau ingat senangkah hendak bezakan mereka orang asing atau tidak?” Awang Goneng masih belum puas dan dapat menerima hujahku.

“Heh. Apa yang payahnya. Hendak beza orang asing atau tidak, setiap kali hendak beli tunjuklah kad pengenalan. Itu pun susah sangat hendak fikir?”

Awang Goneng membatukan diri.

Soalan yang kuaju berlalu tanpa jawaban.

Persoalan boleh atau tidak menjual minyak tanah kepada kumpulan orang asing dalam permainan kami sampai hari ini belum juga berjawab.

Malah itulah kali pertama dan terakhir kami bermain permainan menjual bahan dan barang yang bersubsidi itu.

Mei 31, 2008

JALAN-JALAN DI PAGI SABTU

BOSAN juga duduk terperuk di kamar sendiri.

Pagi Sabtu ini, untuk hilangkan bosan dan mencari sedikit angin kelainan, aku memilih berjalan-jalan di kawasan kejiranan. Memasuki lorong demi lorong, melihat sekilas laman demi laman milik orang dari luar. Dan jika bertembung atau melihat tuannya, kusapa dengan salam atau sekadar mengangkat tangan.

Tiba di suatu laman, otakku diterjah sejumlah kata. Bersama dengung dan ngiangnya. Lantang menerjah ke indera dengar. Bagaikan segera meminta ruang untuk menzahir menjadi sifat dan bentuk. Sebagai sebuah sajak.

Tiba di rumah dan kembali ke kamar ini, tergerak aku menuliskan catatan ini. Yang kemudian kuedit dan perbaiki menjadi:

hari sabtu
duduk termangu
mengenangkan negeri
kehilangan batu.


Mei 31, 2008

May 29, 2008

BERKATA LAGI MAK TUA


HAH. Tengok. Hari dulu-dulu itu lagi Mak sudah bercakap. Tetapi tiada siapa ambil peduli.

Tengok. Mak rasa meluat sungguh. Bodoh. Mengada pun ada nampak juga.

Kita bertempik dan melompat-lompat. Apakah benda perkara ini. Sampai tidak sedar seluar yang dipakai pun sampaikan hendak terlondeh.

Kita bertempik dan melompat mengajak orang lain. Konon hendak ajak berkongsi.

Heh. Hendak berkongsi apa? Dengan siapa kita hendak ajak berkongsi?

Kenapalah bodoh dan tongong sampai begitu sekali.


Mei 30, 2008

May 23, 2008

BATU, BATU, BATU: YANG LAGI SATU

Batu, batu, batu
Kini hatiku jadi kematu
Kerana negeriku juga
Kehilangan sebiji batu

Dan aku sedang mencari-cari
Di mana letak batu
Yang lagi satu

Di dalam celanakah
Atau nun jauh di pulau sana,
Di dalam saku seorang penipu?


Sabtu, Mei 24 2008

BATU, BATU, BATU: KETIKA HATIKU JADI KEMATU (1)

HATIKU yang memang sudah sejak lama membatu ini tiba-tiba pagi ini terkenangkan batu. Tidak pedulilah batu yang di mana letak dan lokasinya. Janji batulah.

Bertalu-talu di dalam hati aku menjerit. Sendirian.

Bagaikan orang sasau dalam kesendirian. Bagaikan orang senewen dalam kerinduan. Bagaikan orang kasmaran dalam kebencian.


Batu, batu, batu
ketika hatiku jadi kematu
melihat kau jadi penentu
hak kau atau hak aku

batu, batu, batu
memang semuanya batu

batu, batu, batu
hancur lebur jadi debu

batu, batu, batu
aku melihat ada yang
jadi bebal bagaikan lembu
bercakap perkara yang sudah ditentu
buang tenaga dan waktu

konon hendak jadi hero penentu
kerana sebongkah batu

batu, batu, batu
jangan ajak aku sama
menjadi seperti lembu
aku tidak mahu dan tidak mahu
apa lagi untuk bersetuju

ketika kini hatiku jadi kematu
setiap kali melihatmu

batu, batu, batu
memang pun kau adalah batu
cukup sifat dan memang asalmu begitu

dan manusia yang menumpang isu
atau ingin berlindung di balik batumu
bagiku pastilah bukan batu

tetapi si dayus yang tiada memiliki batu


Sabtu, 24 Mei 2008

May 20, 2008

HNG SUDAH JADI HANTUKAH?


HNG yang pernah aku sebutkan kisahnya dulu itu, entah mimpi apa dia.

Hujan tiada dan ribut apa pun tidak, menggatal dan mengada dia.

Terpampang di kotak mesej telefon genggamku nama dia.

Dengan rasa benci dan teruja ingin tahu aku buka dan baca mesej ringkas dia.

“Kautah kenapa bangsamu yang bernama Melayu itu selalu kempunan dan menjadi lemah? Heh, kalau hendak tahu telefonlah aku. Niamahai.”

“Heh, babilah engkau. Kenapa kaucakap begitu?” begitu aku memaki dia di dalam telefon.

Aku dengar Hng ketawa santai dalam telefon.

“Dengar sini aku cakap,” kata Hng, memulakan syarahannya.

“Bangsa kau ni suka makan sesama sendiri. Suka mengada dan menunjuk-nunjuk sesama sendiri. Kalau ada orang besar atau yang dia rasa boleh datangkan untung, lekaslah dia dekati dan puji-puji. Kalau kau memang kucing kurap, jangan haraplah dia hendak pandang,” Hng meneruskan syarahan.

“Aku tahulah itu,” aku membalas dengan tempelak.

“Tidak. Kau pun sama bodohnya. Buat apa kau hendak buang masa pergi melawat serata cerok tempat dan bercakap banyak. Lagi baik kau duduk diam dan buat kerja kau sahajalah, bodoh.”

“Heh, kau pun bodoh juga. Yang kau susah-payah hantar mesej kat aku buat apa? Kau pun sudah jadi hantu jugakah sekarang?”

Tiada kata dari Hng. Yang kudengar, hanyalah bahaknya yang bertalu-talu di dalam telefonku.


Mei 20, 2008

ANDAI AKU PERGI

ANDAI aku pergi, jangan tangisi.

Ingatlah ini.

Aku pergi sendiri tetapi di sana ada yang menanti.

Janji dan pasti akan aku prolehi.

Walau kau dan mereka membenci.

Kukata aku berdiri dan memilih sendiri.

Lebih baik jika kau berpura tidak mengerti.

Kerana aku akan berbagi.

Denganmu yang tidak mengkhianati janji.

Kerana pergiku dengan strategi.

Aku akan berdiri megah di puncak nan tinggi.

Dan kepadamu akan kuberi juga rezeki.


Mei 20, 2008

EMPANG PECAH


EMPANG sudah pecah. Air membuak menderas keluar dari ruang yang terpokah dan terlohong.

Segala anak, cucu dan cicit ikan yang bermukim selama ini dengan aman dan sejahtera di dalam empang kini jadi bertempiaran, menghitung untung dan nasibnya sendiri.

Terkial-kial mencari lopak harapan untuk masa depan dan seterusnya.

Sampah-sampah yang selama ini bersembunyi di dasar atau yang teroleng dan terapung-apung di permukaan empang dan segala lumut serta kotoran juga turut sama menerjah keluar dari ruang pokahan yang terlohong lebar itu.

Tiada siapa yang dapat diharapkan lagi menjadi pelindung nasib diri akan segala kaum yang bernama ikan.

Segalanya sudah terbarai dan terburai.

Tidak usah lagi bercakap mengenai nasib bangsa dan kaum kini.

Yang penting kemahuanku dituruti dan baru akan kembali.

Empang sudah pecah. Memecah dan memburaikan segala dusta yang selama ini disembunyi dan diindahkan sebutannya, konon atas nama bangsa dan negara.

Tetapi sebenarnya, demi atas rakus kehendakkan kuasa sendiri.

Terburai. Terbarai. Terlohong dan terlopong.

Membuka segala bohong yang sejak lama diselindung.


Mei 20, 2008

May 15, 2008

SANDIWARA PERMAINAN MENGAJAR SAINS DAN MATEMATIK


SEBAIK sahaja memasuki alam sekolah, tumbuh dalam diri aku dan beberapa teman baik yang sebaya untuk memulakan satu permainan lain sebagai ganti permainan setesen radio.

Permainan baru aku dan beberapa teman baik yang sebaya itu berpunca minat dan ideanya kerana berasa seronok melihat seorang manusia yang tercegat berdiri di depan kami sewaktu di dalam kelas.

Manusia yang tercegat berdiri di depan kami ini, akan bercakap dan memberitahu kami sesuatu yang kami sebelum ini tidak ketahui. Khususnya bab mengenai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan haiwan, kimia-kimia, tumbuh-tumbuhan dan juga perkara-perkara yang berkaitan ilmu sifir dan kira mengira.

Permainan ini aku dan beberapa teman baik yang sebaya sepakat namakan sebagai permainan mengajar sains dan matematik atau permainan cikgu-cikgu.

Seperti juga halnya dengan permainan setesen radio aku, selain beroperasi di bawah pokok mangga di sudut kiri halaman rumah aku, permainan mengajar sains dan matematik atau permainan cikgu-cikgu ini juga beroperasi di tempat lain.

Salah satu dari tempat lain itu ialah bawah rumah seorang kawan aku yang namanya kami panggil Awang Goneng.

Waktu bagi permainan mengajar sains dan matematik atau permainan cikgu-cikgu ini hanyalah sekitar 10 hingga 15 minit sahaja. Kami mainkan ia di sebelah petang selepas sekolah, iaitu sebelum kami membawa diri masing-masing bermain permainan yang disukai sendiri.

Cara memainkan permainan ini mudah sahaja. Kami sudah tetapkan mengikut hari siapa yang akan menjadi cikgu dan di mana lokasi kelas kami. Bila tiba masanya, kami ahli permainan mengajar sains dan matematik atau permainan cikgu-cikgu itu akan berkumpul menunggu “cikgu” kami tampil memulakan kelasnya di lokasi yang telah dijadualkan.

Biasanya, apa yang diajarkan oleh “cikgu” kami di dalam kelas permainan mengajar sains dan matematik atau permainan cikgu-cikgu itu adalah apa yang telah diajarkan oleh cikgu kami ketika di sekolah tadi pagi.

Kiranya, bolehlah juga dikatakan permainan mengajar sains dan matematik atau permainan cikgu-cikgu kami ini merupakan cara untuk kami mengulang kaji apa yang sudah kami pelajari bersama rakan-rakan yang kami suka. Kerana itu juga, kerana kami ini semuanya berbangsa Melayu, maka bahasa pengantar yang digunakan di dalam kelas permainan mengajar sains dan matematik atau permainan cikgu-cikgu itu adalah bahasa Melayu.

Hinggalah pada suatu hari.

Hari itu giliran lokasi kelas kami ialah di bawah rumah seorang kawan kami yang namanya kami panggil Awang Goneng dan kebetulan juga hari itu Awang Goneng telah dijadualkan sebagai “cikgu” kami.

Hari itu kebetulan juga, seorang saudara sebaya Awang Goneng yang bersekolah di Kuala Lumpur dan datang bercuti di rumah Awang Goneng mahu ikut sama bermain permainan mengajar sains dan matematik atau permainan cikgu-cikgu. Dan Awang Goneng, kerana mahu meraikan saudaranya itu, merelakan tugasnya sebagai “cikgu” petang itu diserahkan kepada saudara sebayanya itu. Oleh kerana hari itu hari giliran Awang Goneng, kami menghormati keputusan Awang Goneng dan bersedia menjadi murid yang baik dan patuh kepada “cikgu” saudara sebaya Awang Goneng itu.


“Helo clas. Today we... bla ... bla .. bla. “ Begitu terpacul ucapan dari mulut “cikgu” baru kami di hadapan kelas, yang didengar oleh telinga aku yang tidak mengerti sepatah haram apa yang disebutnya itu.

Aku dan kawan-kawan yang lain terperanggah dan saling melopong sesama sendiri. Kenapa tidak? Bahasa pengantar yang digunakan di dalam kelas kami ialah bahasa Melayu. Tetapi hari ini bunyinya lain pula.

Tanpa bertangguh. Salah seorang kawan kami yang namanya Mat Derauf mengangkat tangan.

“Kelas kami cakap Melayulah, cikgu. Kenapa hari ini cakap orang putih pulak?” tanya Mat Derauf.

“Cikgu” baru kami itu menjawab dalam bahasa Inggeris. Menurut Awang Goneng yang tolong menterjemahkan cakap orang putih “cikgu” itu dikatakan bahawa permainan mengajar sains dan matematik itu perlu diajar dengan bahasa Inggeris kerana semua maklumat mengenai ilmu itu datangnya dari bahasa Inggeris.

Mendengar jawapan yang diterjemahkan oleh Awang Goneng itu, entah kenapa, aku berasa amat marah dan dengan dada yang berombak-ombak menahan marah, aku berkata dengan suara lantang.

“Awak jangan hendak menjadi penipu atau memperbodohkan kami orang di kampung ini. Jangan ingat kami bodoh. Siapa kata semua maklumat mengenai sanis dan matematik hanya datangnya dalam bahasa orang putih itu. Awak penipu. Awak ini tidak tahu atau sengaja buat tidak tahu? Bangsa Jepun, bangsa Perancis, bangsa Belanda, belajar sains dan matematik dalam bahasa apa? Bukankah mereka belajar dalam bahasa mereka sendiri? Tetapi kenapa bila tiba kepada bangsa kita yang Melayu ini bahasa orang putih yang awak hendak gunakan?

Sudahlah. Berhentilah awak menjadi pembohong. Hujah awak itu bodoh dan lemah. Itu pun awak tak tahu?” begitulah aku berkata-kata dengan suara lantang dan menyinga-nyinga.


Mungkin kerana tertarik dengan hujah yang aku sebutkan atau kerana terkagum dengan cara percakapanku yang lantang dan bedegar-degar, aku dengar kawan-kawanku yang lain di dalam kelas itu bersorak-sorak.

“Setahu saya, ramai dan banyak lagi bangsa dalam dunia ini belajar sains dan matematik dengan bahasa ibunda mereka. Tetapi awak? Baru hari ini jadi “cikgu” kami sudah hendak menunjuk pandai konon. Sudahlah. Kami tidak mahu awak jadi “cikgu” kami,” begitu aku meneruskan kata-kata.

Dan tanpa bertangguh segera kuangkat punggung meninggalkan ruang bawah rumah Awang Goneng yang menjadi lokasi kelas belajar sanis dan matematik kami hari itu.

Perbuatanku itu diekori teman-teman lain di dalam kelas itu.

Tinggalah Awang Goneng dan saudara sebayanya yang menjadi “cikgu” itu terkulat-kulat di siut.

Mei 16, 2008

May 13, 2008

AKU PENYAIR, SELALU TERGODA


BERTEMU kata indah. Bunyi dan dengung merdu ucap.

Selalu aku terpana di bawah sihir makna dan jujur kata.

Aku mencari indah tetapi bukan untuk bergundah.

Aku menjadi si resah tetapi tidak takut meredah: api, laut, badai dan taufan.

Aku bersedia menjadi api. Tetapi memuja sunyi.

Aku mencari dan berlari bukan mengejar pelangi.

Tetapi kata sebaris dari jiwa dan hati.

Aku penyair.

Aku selalu tergoda.

Rela aku lebur di dalam laut. Selagi bernama puisi.


Mei 13, 2008

AKU MANUSIA, SELALU WASPADA


Aku Manusia.

Selalu waspada.

Ketika berjalan dan membaca.

Kepada si angkuh dan penghias.

Aku berasa kasihan.

Aku tidak peduli kepada si dayus yang selalu ingin menguji.

Kerana aku lebih senang bersendiri.

Walau berjuta maki.


Mei 13, 2008

13 Mei , HARI INI


Hari ini aku sekejap merenung lebih mendalam.

Apa erti 13 Mei bagi diriku yang sudah sekian jauh melayari hidup sebagai manusia bebas dan merdeka di negara sendiri?

Tentu ucap syukur kerana tiada sulit dan sukar merongrong diri serta Negara.

Di sini, siapa yang rajin dan berusaha pasti akan memperoleh apa yang dihasratkannya.
Dan aku tahu.

Orang lain mudah menghalakan kencing ke kepala maruah bangsa serta Negara jika kita lebih seromnok berkelahi dan sesame bersengketa.

Semoga kerusi dan secuil kuasa tidak mudah menjadikan kita bangsa pelupa.

Bertanding wajar selagi mampu mewaraskan diri dan akal.

Walau 13 Mei hanyalah tanggal namun dia selalu kudengar menyebut-nyebut pesan.

Aku tidak ingin melihat bangsa ini mudah menjadi lupa dan alpa kerana tamak dan ghairahnya.


Mei 13, 2008


May 12, 2008

BERKATA MAK TUA


APALAH kau ini.

Dahulu lagi Mak sudah kata. Apa yang ada di dalam genggam sendiri jangan mudah dilepas atau hendak ditukar dengan benda lain.

Padah yang menanti.

Biarlah kita hidup kurang mewah dan bergaya. Asalkan apa yang ada di dalam gengam kita itu tetap menjadi milik kita.

Sekarang apa sudah jadi?

Bila ada di tangan mereka, sesuka hatilah mereka hendak perlakukan apa demi keuntungan di pihak mereka.

Dan kita? Hanya terlopong melihat dengan mata berputih.

Kaukata konon untuk berbagi atas nama toleransi.

Heh, kamu sudah gilakah?

Sejak bila pula kita berkongsi dengan sesiapa.

Cawan kita, pinggan kita, periuk kita, semua milik kita.

Kenapa pula hendak berbagi?

Kalau mereka hendak, cari dan belilah sendiri segala kelengkapannya.

Kenapa pula hendak yang kita punya?

Jangan kau hendak jadi bodoh dan gila!

Mei 12, 2008.

May 10, 2008

KEPADA KAU YANG BERCAKAP ATAS NAMA MELAYU


INGIN aku bertanya kepada kau yang bercakap atas nama Melayu.

Kenapa baru hari ini kau terkocoh sebok hendak bercakap, bersidang dan berdebat mengenai perpaduan dan nasib bangsa yang bernama Melayu ini.

Kenapa tidak sebelum ini. Ketika hati kami sedang amat gelisah melihat sesiapa sahaja yang bernama dan mengaku bangsanya Melayu terlalu mabok dengan diri sendiri kerana kebetulan memiliki secuil kuasa.

Kenapa tidak ketika kami meminta dengan baik dan penuh rasa hormat agar kami para jelata ini tidak dibohongi terus dengan janji yang sangat sedikit dikota?

Tentu sahaja akan ada jawapan dari kalian.

Kami terlalu sebok berfikir untuk masalah dan perkara yang lebih gawat dan penting demi bangsa bernama Melayu ini. Kami tidak mahu membuang waktu berfikir soal remeh seperti soal bahasa, harga barang, soal pelajaran dan pemilikan tanah. Itu soal remeh yang membazirkan waktu untuk kami fikirkan. Yang penting kita mahu jadikan bangsa ini bangsa yang boleh bertnading di alam global.

Jika demikian jawapannya. Kerana itulah ingin aku bertanya kepada kau yang bercakap atas nama Melayu.

Jika soal bahasa, harga barang, soal pelajaran dan pemilikan tanah tidak penting, apa yang sebenarnya penting di mata pertimbanganmu?

Mungkin, merata dan memugar tanah hutan dan sawah atas nama industri, atau mengotorkan sungai demi sungai, atau membiarkan anak-anak kami tercungap hendak memahami sanis dan matematik yang sengaja diajar dalam bahasa penjajah, tidaklah menjadi perkara penting untuk kau yang kebetulan memiliki secuil kuasa hendak fikirkan.

Yang lebih penting ialah berapa banyak pemodal yang datang dan menjadi tuan baru di tanah yang dulunya milik kami, atau berapa ramai anak jumlah anak bangsamu yang boleh kaulagakkan konon mahir berbahasa penjajah.

Lalu kemudian apa?

Banggakah kalian selepas itu bila bangsa yang bernama Melayu ini mengulang nasib Pak Kadok?

Sungguh, kami tidak rela diajak menjadi Luncai.

Dan sudikah kau mendengar dan membaca isyarat yang kami berikan ini?

Mei 11, 2008

May 5, 2008

MERENUNG HARAPAN



Sumber foto:


SEISI keluarga diirakamkan fotonya di muka pintu sebuah rumah yang jelas kelihatan tidaklah begitu layak disebut sebagai sebuah rumah yang terlalu sempurna. Itu adalah sebuah rumah yang disewa dan ditempati mereka sekeluarga.

Ibu yang masih di dalam pantang selepas bersalin memangku si bayi. Dikelilingi anak-anak yang sudah memasuki remaja dan ada yang masih kanak.

Kelmarin lelaki yang bergelar suami dan ayah di dalam keluarga itu telah pergi untuk selamanya. Pemergiannya, walau memang sudah suatu takdir, namun bersebab kerana sifat serakah dan kegopohan mahu menjadi hakim tanpa tauliah dan penyelidik yang sangat tidak waras.

Di depan isteri yang masih di dalam pantang dan mungkin juga di depan si kecil dan anak-anak yang lain, lelaki yang bergelar suami dan ayah di dalam keluarga itu diseret segerombolan manusia yang berasakan diri mereka adalah hakim dan pembasmi jenayah.

Tanpa usul dan dengan keangkuhan yang teramat sangat, lelaki yang bergelar suami dan ayah di dalam keluarga itu, yang mereka seret ketika sedang menonotn tv bersama keluarganya, digebuk sekehendak hati.

Seolah-olah dunia ini sudah tidak memiliki undang-undang dan manusia masih hidup di era koboi yang sewenangan boleh menggebuk sesiapa dan dor-doran.

Lelaki yang bergelar suami dan ayah di dalam keluarga itu telah pergi untuk selama-lamanya.

Siapa akan mencarikan wang untuk makan seharian keluarga?

Siapa akan mencarikan wang untuk melunasi sewa rumah yang didiami beberapa bulan masih belum langsai?

Ketika mereka yang bernama menteri dan wakil rakyat sebok betrtengkar dan mahu menyelamatkan kerusi kuasanya dan sejumlah budayawan berhimpun atas nama mengembalikan perpaduan Melayu, nasib keluarga ini terumbang dan terambing tanpa pasti.

Di foto yang menghias ruang depan akhbar, renungan mereka kelihatan kosong. Wajah tidak bereaksi dan terlalu pasrah serta bagaikan terapung di dalam perasaan yang tidak pasti ke mana penghujung segala perit derita yang mereka hadapi.

Harapan yang mereka renung tidak pasti rupa dan bentuknya di mata.

Aku tidak pasti dan tahu bagaimana wajah dan rupa manusia yang tega meletakkan hukum dan penilaian di tangan sendiri.

Atau kerana sekeluarga ini keluarga pendatang yang baru sekejap berpindah ke situ demi mencari cahaya baru yang menjanjikan mereka sekeluarga sesuap nasi, kelihatan papa dan daif, maka pantas dan terlalu mudah kejadian jenayah dilempar bahawa pelakunya adalah lelaki yang bergelar suami dan ayah di dalam keluarga itu ?

Kepapaan, kemiskinan memang tidak pernah dipinta sesiapa. Tetapi bukan mustahil kerana miskin dan papa, seorang manusia tergamak disamakan nilai nyawanya bagaikan anjing, yang sewenang boleh diseret sekehendak hati atas tuduhan yang bukan pasti dia adalah pelakunya.

Mengenangkan ini, aku berasa hiba dan celaka sungguh hidup di dalam dunia dan mendepani manusia yang berasa merekalah hakim paling arif dan pembasmi jenayah yang munafik.

Kerana, satu nyawa yang telah terkorban tidak mustahil dijejaki lagi dengan nyawa berikutnya dan kematian yang sia-sia, andai semua manusia berasa dirinya adalah si arif yang boleh menghukum sesiapa saja yang disyaki dan sebuah mahkamah pengadilan hanyalah ruang pertunjukan sarkas.

Mei 6, 2008

April 25, 2008

KISAH TAUKEH KEBUN SAYOR HALOBA

KAWAN aku yang baru datang dari kampung bercerita dengan nada berbaur marah dan kesal.

Kata kawan aku, kampung kita sekarang sudah jadi seperti kampung pendatang asing.

Aku tanya kenapa sampai jadi begitu.

Kata kawan aku, ini semua gara-gara sikap haloba taukeh kebun sayor di pinggir kampung kita itulah.

Aku tanya kenapa.

Kata kawan aku, kerana hendak untung lebih dengan cara membayar gaji yang murah sangat-sangat kepada pekerja kebun sayornya, maka taukeh kebun sayur yang luasnya kini sudah hampir ratusan akar itu, mengambil pendatang asing sebagai kuli atau pekerjanya.

Kata kawan aku, pekerja-pekerja pendatang asing di kebun sayor itu ditempatkan taukeh kebun sayor di dalam sebuah rumah kongsi yang panjang di pinggir kampung.

Sekarang pekerja pendatang asing sudah berani masuk ke dalam kampung dan merayau-rayau mengusik anak dara dalam kampung.

Sudah ada berlaku pergaduhan dan buat laporan polis. Tetapi taukeh kebun sayor main rasuah. Kes tutup begitu sahaja.
Sekarang tidak tahu hendak jadi apa dalam kampung kita. Sudah banyak kes curi dan rompakan. Semua itu kerja pendatang asing.

Ada satu masa. Penduduk kampung sudah bengang sangat dan pergi serbu rumah kongsi taukeh kebun sayor.

Polis datang. Wakil rakyat datang. Untuk tenteramkan keadaan.

Lalu majlis dialog diadakan. Penduduk minta taukeh kebun sayor hanya mengambil orang tempatan atau rakyat Malaysia sahaja yang jadi kuli. Jangan bawa masuk pekerja asing. Banyak masalah sosial akan timbul.

Pendapat penduduk dipersetujui dan disokong wakil rakyat dan wakil dari pihak polis.

Tetapi kau tahu apa jawab dan dalih taukeh kebun sayor yang haloba itu? Begitu tanya kawanku itu.

Apa? Aku kembali ikut bertanya.

“Celaka sungguh taukeh kebun sayor yang haloba itu. Dia kata pekerja tempatan tidak mahu bekerja dengan dia. Dia kutuk pekerja tempatan. Dia kata pekerja tempatan tidak boleh harap, suka ponteng, pemalas, suka curi tulang dan macam-macam lagi dia cakap,” kata kawanku, dengan bibir yang terketar-ketar.

“Tetapi aku tahu itu semua tipu belaka. Yang sebenarnya dia hendak untung lebih. Bila dia pakai pekerja pendatang asing. Dia boleh bayar gaji murah semurah-murahnya. Dia tidak perlu bayar KWSP. Tidak perlu bayar caruman PERKESO. Tidak perlu tanggung bil hospital. Kalau pekerja pendatang asing itu sakit, dia boleh campak kat mana sahaja dia suka. Dia boleh kerah mereka kerja sekehndak hati dia. Kadang sampai ke malam pun dikerahnya juga supaya bekerja. Itulah sebenarnya,” kawanku itu meneruskan ceritanya.

Habis? Tidak pernahkah pihak berkuasa pergi menyerbu? Anggota RELA di kampung kita buat kerja apa?

Kata kawanku lagi: “Kau tahu tidak? Mereka semua sudah kena beli? Kau tahu tidak?”

Dan aku jadi terlopong. Menggeleng tidak. Mengangguk pun tidak.

April 26, 2008

SANDIWARA PERMAINAN RADIO

SEBENARNYA, sebelum kisah pemuda yang kami lastik beramai-ramai itu, masih ada lagi kisah dan cerita yang lain mengenai permainan Setesen Radio Aku itu.

Kisahnya begini.

Selain beroperasi di bawah pokok mangga di sudut kiri halaman rumah aku, Setesen Radio Aku itu pernah juga beroperasi di tempat lain.

Salah satu dari tempat lain itu ialah bawah rumah seorang kawan aku yang namanya kami panggil Awang Goneng.

[Ops. Sebelum itu hendak juga aku beritahu. Awang Goneng kawan aku masa kecil ini, setelah besar dan dewasa tidaklah menjadi wartawan dan memiliki blog seperti satu lagi manusia yang pakai gelaran nama yang serupa. Jadi Awang Goneng dalam kisah aku ini tadalah kena mengena dengan yang satu lagi itu. Harap maklum. ]

Biasalah dengan upacara pembukaan Setesen Radio Aku itu. Walau di mana sekalipun beroperasi, maka akulah yang mesti memulakannya. Ini semua sudah pun difahami oleh semua ahli kumpulan permainan setesen radio ini.

Tetapi lain pula jadinya kali ini. Belum pun sempat aku menghabiskan ucapan pembukaan bersiarannya Setesen Radio Aku di bawah rumah Awang Goneng itu, Awang Goneng bangkit mencelah dengan bantah.

Kata Awang Goneng, kerana setesen radio itu beroperasi dan bersiaran di bawah rumah dia., maka dialah yang sepatutnya yang menjadi pemula untuk membuka siaran.

Tentu sahaja aku membantah. Kata aku, Setesen Radio Aku itu aku yang memulakannya dan kerana itu menjadi milik aku. Kerana itu aku jugalah yang berhak memulakannya sebelum disusuli oleh teman-teman lain untuk ikut sama bersiaran.

Awang Goneng bersungguh-sungguh membantah. Kata Awang Goneng, lokasi siaran setesen radio itu sekarang adalah di bawah rumah dia, maka dialah yang berhak memutuskan sama ada boleh bersiaran atau tidak.

Lama jugalah kami bertengkar bab ini. Anggota permainan Setesen Radio Aku yang lain pun semuanya menyokong aku.

Tetapi Awang Goneng tetap berkeras dengan pendiriannya.

Kata Awang Goneng, kalau dia tidak diizinkan sebagai pemula bicara yang berhak menentukan berapa lama waktu siarannnya setesen radio itu, serta apa-apa yang layak dan perlu dibicarakan oleh sesiapa yang bertugas sebagai penyiarnya, maka Setesen Radio Aku tidak akan beliau benarkan bersiaran di bawah rumahnya itu.

Aku berbincang dengan anggota permainan Setesen Radio Aku yang lain.

Akhirnya kami memutuskan. Oleh kerana syarat yang dikenakan oleh Awang Goneng itu tidak demokratik dan berat sebelah, maka kami rela untuk tidak bermain setesen radio dan akan bermain permainan yang lain.

Permainan yang lain itu kami namakan permainan mencari si bahlol yang ego dan buta.

Cara memainkannya mudah sahaja. Awang Goneng yang terlompat-lompat kesukaan hendak bermain permainan itu kami suruh berdiri di tengah padang. Kemudian kami tutup mata dia dengan ikatan kain. Kami ikat kejap-kejap. Awang Goneng terkapai-kapai tangannya. Kami dudukkan dia agar tidak rebah dan pengsan.

Kemudian kami mengira satu hingga tiga . Pada genap hitungan ketiga, kami beramai-ramai lari meninggalkan Awang Goneng dalam keadaan matanya tertutup kejap di tengah padang.

Kami pulang ke rumah masing-masing dan tidak keluar rumah lagi sehingga ke malam.

Di rumah kami, kami seronok makan, minum, tidor, baring dan lakukan pelbagai perkara.

Sedangkan Awang Goneng terkapai-kapai sendiri di tengah padang dalam keadadaan matanya tertutup kejap.

Khabarnya, kalau tidak kerana kebetulan Pak Long Busu yang mendengar jeritan Awang Goneng di tengah padang dan tolong membukakan ikatan yang menutup matanya itu, harus Awang Goneng terkapai-kapai sendirian di tengah padang sampai ke malam.

Dan kini, jangan terkejut kalau Awang Goneng kini sudah menjadi seorang menteri.

April 26, 2008

April 16, 2008

SETESEN RADIO AKU

TERKENANG masa senggang di zaman kanak-kanak. Sebelum diri memasuki alam sekolah, waktu senggang pagi dan petang kuisi dengan bermain melayan imaginasi seorang kanak-kanak.

Antara permainan yang kugemari di kala itu ialah bermain setesen radio.

Setesen radio itu letaknya di bawah sebatang pokok mangga di sudut kiri halaman rumah aku. Di situ, kuletakkan sebuah kotak kayu yang diterlungkupkan dan di atas permukaannya kususun sebiji botol berkaca jernih dan beberapa biji gelas pelastik.

Setesen radio itu kunamakan Setesen Radio Aku (SRA). Kalau waktu itu sudah ada televisyen, mungkin juga aku namakan ia Radio Televisyen Aku atau RTA.

Waktu siaran setesen radio itu biasanya bermula selepas beberapa orang kawan-kawan sebaya yang datang bertandang sudah puas melihat koleksi komik milik ayah aku yang berlonggok di atas rak di ruang tamu rumahku.

“Ayuhlah. Kita main stesen radiolah pulak,” aku bersuara mengajak mereka.

Mendengar ajakanku, seorang demi seorang menyimpan semula komik yang sedang mereka lihat ke atas rak.

Aku bergegas ke dapor mengambil beberapa biji gelas pelastik dan sebiji botol berkaca jernih.

“Sudah main nanti, simpan semula elok-elok,” begitulah selalu pesan emak.

Oleh kerana setesen radio itu adalah setesen radio aku, maka akulah yang menjadi ketua dan memulai permainan.

Aku akan duduk bersila di depan kotak kayu yang diterlungkupkan dan di atas permukaannya kususun sebiji botol berkaca jernih dan beberapa biji gelas pelastik itu. Kawan-kawan sebaya yang lain, yang menjadi anggota permainan itu, akan bersila pula di depanku di seberang kotak kayu yang diterlungkupkan itu.

“Helo. Helo. Selamat datang ke Setesen Radio Aku. Helo. Helo,” begitulah aku memulakan siaran dan seterusnya aku akan bercakaplah apa sahaja yang ingin aku cakap sehingga aku rasa puas. Macam-macam benda dan perkaralah yang aku cakap. Kadang-kadang sampai ke tahap merapu-rapu juga. Benda atau perkara yang tiada aku ada-adakan. Benda atau perkara yang memang sudah betul aku persenda dan persalahkan. Tetapi aku peduli apa. Itu setesen radio milik aku. Suka hati akulah hendak cakap apa pun.

Kawan-kawan sebaya yang lain, yang menjadi anggota permainan itu, akan setia bersila pula di depanku di seberang kotak kayu yang diterlungkupkan itu mendengar segala celotehku. Sesekali mereka akan ketawa dan bertepok-tepok. Kadang-kadang ada di antara mereka sehinggakan berguling-guling di atas tanah. Kononnya berasa kelakar atau lucu sangat kerana mendengar celotehku.

Setelah berasa puas, aku menyuruh sesiapa sahaja rakan sebaya yang menjadi anggota permainan untuk mengambil tempatku bersila di depan kotak kayu yang diterlungkupkan dan di atas permukaannya kususun sebiji botol berkaca jernih dan beberapa biji gelas pelastik itu. Biasanya aku akan mendahulukan mana-mana rakan yang kulihat paling kuat bertepok dan ketawa semasa aku sedang bersiaran tadi. Dan rakan ini, sama juga seperti aku, kerana kini sudah diberi ruang dan peluang, juga akan bercakap apa sahaja dia rasa hendak cakap serta suka sehiggalah dia berasa puas.

Setelah itu, teman sebaya yang lain, yang menjadi anggota permainan, akan menggantikannya dan begitulah seterusnya sehingga semua anggota permainan diberi peluang tampil ke hadapan.

Sehinggalah terjadinya peristiwa malang itu pada suatu hari.

Kerana setesen radio itu aku dan anggota permainan yang lain telah bergaduh dengan seorang pemuda yang baru pindah ke kampung kami. Senjata kami adalah lastik berpelurukan batu-batu kerikil sebesar ibu jari. Banyak bengkak dan benjol di dahi pemuda itu terkena peluru lastik kami.

Mujur kami tidak dipersalahkan. Alasannya kami masih kanak-kanak.

Sampai hari ini punca sebenar kami melastik pemuda itu tidak diketahui sesiapa. Dan rahsia itu, sehingga ke usia dewasa ini, tetap kami simpan sesama kami.

Sebenarnya, pemuda itu naik marah bila hasratnya hendak bermain setesen radio bersama kami tidak kami layan.

“Heh. Kamu budak-budak. Apa tahu tentang nilai berita? Benarkan aku bermain bersama kalian. Aku yang lebih tahu yang mana satu ada nilai berita dengan yang mana satu yang bukan ada nilai berita. Apalah kamu. Cerita entah apa-apa!” Begitu pemuda itu menyergah kami. Kotak yang kami telungkupkan di atas tanah di bawah pokok mangga itu ditendangnya. Botol berkaca jernih dan beberapa biji gelas di permukaan kotak itu bercempera dan bergulingan di tanah.

Sebagai ketua dan pemilik setesen radio itu, demi keselamatan rakan sebaya yang menjadi anggota permainan, kuajak mereka berundur menjauh.

Setelah berada agak jauh dari pokok mangga yang menempatkan setesen radio aku itu, serentak kami membidik lastik dan menghalakan sasaran ke arah pemuda pongah itu.

Sejak peristiwa itu juga, aku tidak lagi berminat untuk memiliki sebuah setesen radio dan anggota permainan Setesen Radio Aku juga turut dibubarkan.

April 16, 2008

April 11, 2008

APA INI?

MASUK hari ini, sewaktu kutulis catatan ini, kurang lebih sudah satu bulan empat hari kalian yang menang sudah berada di kerusinya.

Tetapi apa ini?

Tidak nampak terlalu jelas yang kalian perhati serta hendak sebokkan adalah nasib dan soal mereka yang menjadi jelata yang telah memberikanmu undi ketika pemilu tempoh hari.

Sebaliknya, apa yang nampak terlalu jelas, kalian hanya asyik bergaduh dan bertelagah sesama sendiri mengenai siapa patut berundur dan siapa yang patut bertahan. Kalian ke sana dan ke mari atas nama parti dan bukannya atas nama rakyat.

Apa ini?

Apa yang kuhasrat dan sebutkan sebagai harapan sebelum memberimu undi di dalam pemilu tempoh hari, tidak juga kulihat atau dengar kausebut dan janji akan laksanakan.

Ah, harga berasa dan tepong gandum sudah pun menaik tanpa perlu arah dan suruh. Itu pun nampak kalian buat tidak peduli dan jadikan dalih dengan kenaikan harga global.

Soal bahasa nampaknya kalian tidak mahu ambil peduli juga.

Apa ini?

Sebelum pemilu, sewaktu memujuk kami supaya memilih kalian, pelbagai janji ditabur. Tetapi mengotakannya pula di mana dan bila?

April 12, 2008

April 2, 2008

MELAYU

TAHUKAH kamu asal usul dan kenapa bangsamu bernama Melayu?

Jangan pedulilah apa orang hendak kata makna gelar bangsamu sebagai Melayu itu menggambarkan sesuatu yang memang melayu dan lemah atau juga sesuatu yang pengecut dan melarikan diri.

Jangan kamu pedulikan itu.

Yang penting sekarang adalah ini: bangsaku dan bangsamu adalah Melayu.

Menurut salasilah dan asal usulnya, bangsamu yang bergelar Melayu itu sudah pun wujud bersama bangsa-bangsa besar lain di alam bumi ini. Contohnya seperti China, Siam, Belanda, Portugis, Inggeris, India dan lain-lain.

Samalah seperti bangsa-bangsa lain, bangsamu yang bergelar Melayu ini wujud dan berinteraksi dengan lain-lain bangsa-bangsa ini dengan penuh sikap sabar, sopan, hormat, pengertian dan secara bermaruah.

Dan sikapnya itu, jika keterlaluan diinjak serta dinajisi oleh sesiapa sahaja bangsanya yang kurang ajar dan biadap, setelah diredam segala rasa sesal dan marahnya dengan sabar, akhirnya akan terbarai juga dengan amoknya.

Tetapi itu bukan bermakna bangsamu yang bergelar Melayu ini bangsa yang ganas dan hanya tahunya mengamok-amok sahaja. Tidak.

Apa yang ingin kukatakan kepada kamu bukanlah ini. Bukan soal amok dan mengamuk ini.

Tetapi, yang ingin kukatakan kepada kamu, antara tanda dan petanda penting kenapakah bangsamu ini bergelar Melayu, semata-mata kerana sikapnya yang sangat hormat dan memuliakan raja. Tanpa seorang raja, tanpa rasa setia kepada raja, tanpa rasa hormat kepada seorang raja, tiadalah erti dan gunanya kamu bergelar Melayu.

Peduli apa kalau ada mulut celupar berkata kehadiran raja hanya mubazir kerana tiada apa tugas dan kerjanya. Peduli apapada bicara kurang ajar yang berkata hadirnya raja selalu menyusahkan putus hendak diambil kettika negeri dan negara hendak ditadbir.

Itu semua kata dan bicara dari bibir Melayu haprak yang kebetulan sedikit diberikan kuasa untuk bercakap dan bertindak bagi pihak rakyat, namun kerana tamak dan gilakan kuasanya yang sedikit itu berkatalah dia tanpa berfikir terlebih dahulu.

Ingatlah. Melayunya kamu bukan kerana sifatnya yang melayu-layu tetapi kerana kamu bangsa yang sopan tetapi berani dan amat setia serta menghormati rajanya.

Kerana itulah kamu menjadi bangsa yang bergelar Melayu.

Tanpa itu, kamu hanyalah bangsa yang haprak. Tidak berguna dan patutnya berkawan dengan anjing dan babi sahaja.

April 3, 2008

March 28, 2008

HAPRAK

TERUS terang aku katakan betapa aku berasa mual dan muak sungguh melihat telatah segelintir manusia bergelar Melayu ini sejak sehari dua ini.

Kalau sesiapa hendak marah bila aku berkata begini, marahlah. Aku memang tidak peduli. Muak dan mualku sudah bukan calang-calang.

Aku katakan dan berasa begitu memanglah ada sebab dan puncanya. Telatah dan keletah segelintir mereka ini, kalau pun tidak bahlol, bagiku sangatlah bodoh namanya.

Kenapa tidak? Melayu apa namanya kalau rajanya sendiri sanggup disanggah dan hendak diajak bertelagah.

Tidakkah bodoh, kalau pun tidak bahlol, bila rajanya sendiri sudah katakan tidak mahu dan enggan, masih ada lagi segelintir mereka yang bergelar Melayu ini terhegeh-hegeh hendakkan juga.

Kalau yang buat benda dan perkara sebegini orang kampung yang tidak bersekolah sikit pun aku tidak hairan, kerana memang dasarnya orang kampung yang kurang tahu dan mengerti.

Tetapi bayangkan. Kalau mereka yang buat kerja bodoh ini adalah mereka yang konon bercakap, berfikir dan bertindak atas nama rakyat, ada sedikit kuasa yang diberikan kepadanya oleh rakyat, apa ini?

Heh. Tidak tahu malukah? Kalau orang sudah katakan tidak mahu, faham dan mengertilah. Untuk apa lagi hendak terhegeh-hegeh ke sana dan ke mari konon hendak minta restu pemimpin tertinggi.

Ei. Geli. Malu. Muak. Mual. Itulah pelbagai rasa dan perasaan di dalam hati kecilku.

Apa ini?

Di mana yang katanya kesetiaan kepada raja? Mana? Mana?

Kalau raja sudah pilih siapa yang dia hendak, kenapa hendak ditakwilkan lagi?

Sudahlah. Jangan tunjukkan ketamakan hingga menyingkapkan segala kebahlolan dan ketololan kau.

Sudahlah. Aku malulah kalau begini menjadi orang Melayu.

Melayu apa ini? Melayu haprakkah?

Kalau begitu patutlah perangai kau sebagai pemimpin yang bercakap, berfikir dan bertindak atas nama rakyat, ada sedikit kuasa yang diberikan kepadanya oleh rakyat, pun kelihatan sangat haprak.

Mac 29, 2008

March 9, 2008

YANG MENANG JANGAN SOMBONG, YANG KALAH BERMUHASABAHLAH


AKU ucapkan tahniah kepada wakil yang menang di dalam pemilu semalam. Tidak kiralah lambang kau dacing, bulan, roket atau mata.

Yang menang dan sudah dipilih sebagai wakil yang akan bersuara dan menyuarakan kehendak, harapan dan cita-cita kami, tunaikanlah amanah yang sudah kami serahkan itu sebaik mungkin.

Dan ingat, janganlah kau mahu berlagak dengan kemenangan itu. Walau aku hanya memberikanmu satu pangkahan undi, jangan sekali-kali kau memandang remeh kepadaku sehingga tergamak kau mahu meremeh-remehkan aku dengan lagak dan sombongmu.

Kalau misalnya kau mempunyai konco dan pendokong, tolong ingatkan juga kepada mereka agar tidak berlagak angkuh dan sombong kerana kemenanganmu sehingga sanggup mengherdik dan memandang sebelah mata kepada orang kecil seperti diriku atau warga yang lain.

Atau, jangan sekali-kali kau berlagak menghina dan mencemoh sesiapa sahaja mereka lawan tandingmu yang kalah. Kerana kemenanganmu, hanyalah pinjaman dan bukan selamanya akan kekal di gengaman.

Kepada yang kalah, tidak kiralah lambang kau dacing, bulan, roket atau mata, bermuhasabahalah. Carilah sebab kenapa aku dan sekalian rakyat tidak mahu memberikan undi kepadamu. Tentulah ada sesuatu yang menyebabkan rasa percaya kami kepadamu mengurang dan kami tidak ingin memberikan undi kepadamu di dalam pemilu kali ini.

Ingatlah. Kami bukan lagi rakyat jelata yang boleh sewenangnya kauperbodohkan.

Walau mungkin kebanyakan kami tidak bersekolah tinggi, tetapi janganlah cuba hendak menjadikan kami bagaikan lembu atau pun kerbau.

Janganlah kaucuba perbodohkan kami dengan hujah kononnya kalau harga minyak diturunkan maka negara akan bangkrup.

Jangan juga kaulakukan sesuatu yang membazir, yang tidak pun diminati negara lain yang lebih hebat dan maju, menghabiskan jutaan ringgit untuk menghantar manusia ke angkasa sedangkan di bumi, miskin dan sengsara rakyat masih belum mereda.

Janganlah kau berkata seenak mulut bahawa masalah harga barang adalah masalah umum di setiap negara sedangkan kau waktu itu punya kuasa menentukannya.

Janganlah kautunjukkan kelemahan tadbirmu hanya dengan dolak-dalik harga minyak masak di dalam kampit plastik.

Dan jangan sekali-kali kau bermain dan mempermain-mainkan soal nama bangsa, bahasa dan penggunaannya.

Mungkin bagimu itu perkara terlalu kecil dan biasa, tetapi bagi kami itu menentukan maruah dan harga diri kami sebagai suatu bangsa yang utuh di sebuah negara yang merdeka.

Ingatlah itu. Jangan lagi kauhendak bermain-main dan mempermainkannya.

Kalau perkara semudah itu tidak dapat kau awasi dan tangani, bagaimana kami akan dapat mempercayai kamu sebagai wakil yang akan akan bersuara dan menyuarakan kehendak, harapan dan cita-cita kami?

Ingat, kami tidak meminta kau memberi kami wang jutaan. Yang kami pinta hanya itu.

Ingatlah. Hanya itu.

Mac 9, 2007

March 6, 2008

NOTA KEPADA WAKIL RAKYAT SEHARI SEBELUM PEMILU


SAUDARA atau saudari yang akan kami pilih sebagai wakil yang akan bersuara dan menyuarakan kehendak, harapan dan cita-cita kami, tolong dengarkan ini.

Jika nanti kau menang dan berada di kerusi sebagai wakil kami, kami tidak meminta kau menimbunkan duit, harta dan kekayaan benda di hadapan kami.

Bukan kerana kami orang yang sudah terlalu mewah dan kaya jika kami berkata demikian.

Betapa pun memang kami perlukan itu, namun kami tidak mahu menyusahkan diri dan fikiranmu meminta sesuatu secara percuma dari dirimu.

Kerana, sebagai rakyat di sebuah negara merdeka yang punya maruah serta harga dirinya, kami insaf dan sedar, jika kami mahukan itu, kami akan bekerja dan berusaha sendiri mendapatkannya.

Sebaliknya Saudara atau Saudari, yang kami perlu kaulaksanakan untuk kami, sebagai amanah dan janji yang mesti kautunaikan demi kami yang telah memilih serta memungkinkan kaumenang dan berada di kerusi sebagai wakil kami, adalah ini.

Pertama, kami pinta pastikanlah bangsa ini tetap akan kekal sebagai bangsanya yang asli, merdeka dan tidak akan sampai nanti menjadi pengemis di negerinya sendiri. Betapa pun diinginkan sebagai bangsa yang maju, kami harap dan pinta, janganlah sampai kau pun sendiri turut sama bersekongkol menjadi sebahagian dari watak dan manusia yang mencalitkan cemar ke wajah maruah bangsamu sendiri.

Kedua, kami pinta tolonglah pastikan bahasa milik kami tetap kekal sebagai sifat dan bentuk asalnya. Tiada ganggu dan gugat serta pencemaran nama dan sentiasa dimartabatkan sebagai tuan di negerinya sendiri. Kami tidak menolak bahasa yang lain atau yang dari milik sesiapa pun, yang kami pinta hanyalah hak dan martabatnya sebagai bahasa milik suatu bangsa yang merdeka dan bermaruah.

Ketiga, kami pinta segala ilmu yang berkaitan dengan teknologi, sains dan matematik itu, atau segala ilmu-ilmu lain yang kononnya berkaitan, hendaklah diajar dengan dan dalam bahasa asal milik kami. Kami tidak menolak bahasa lain yang kaudakwa konon sebagai bahasa ilmu, tetapi kami mahu supaya bahasa asal milik kami itu dimartabatkan sebagai bahasa ilmu dan bukan hanya sebagai penumpang di negerinya sendiri.

Itulah harap dan pinta kami yang kami pinta kau laksana serta tunaikan jika nanti kaumenang dan berada di kerusi kuasa itu sebagai wakil wakil yang akan bersuara dan menyuarakan kehendak, harapan dan cita-cita kami.

Kami rasa, apa yang kami pinta, tidaklah sesuatu yang terlalu berat dan keterlaluan.

Kerana itu, kami akan menanti dan melihat.

Apakah kau akan menunaikannya atau hanya akan kaubiarkan berlalu menjadi angin.

Kami akan menanti dan melihat selepas pemilu ini.

Apakah kau kami pilih sebagai wakil yang akan bersuara dan menyuarakan kehendak, harapan dan cita-cita kami, mampu atau tidak melaksanakan amanah yang kami serahkan ini.

Kerana, kami sudah tidak sanggup lagi setelah sejak sekian lama dipermainkan dengan janji dan harapan manis yang diberi, setiap kali menjelang pemilu, oleh manusia yang kami amat harapkan akan menjadi wakil yang akan bersuara dan menyuarakan kehendak, harapan dan cita-cita kami, tetapi akhirnya ternyata segala janji dan harapan yang diberikannya, hanyalah omong kosong.

Mac 7, 2008

March 4, 2008

BENDERA, BENDERA, BENDERA DAN BENDERA


ANAK aku tanya kenapa sekitar kawasan perumahan kami dan jalan-jalan menghala ke bandar dipenuhi serabut cacakan bendera pelbagai warna.

Aku hanya tenung sekejap wajah anak aku yang baru usia 6 tahun itu.

Dia tanya lagi bila aku diam tidak menjawab tanya dia.

Kenapa kalau hendak mengundi mesti pacak dan kibar bendera? Tanya anak aku lagi.

Aku hanya diam.

Anak aku nampak macam tidak puas hati dengan cara jawabanku yang diam itu.

Tidak bolehkah bila masa mengundi semua orang pergi sahaja ke tempat mengundi dan pilih siapa yang mereka suka? Tidak payah pakai bendera. Terus pergi mengundi sahaja.

Aku masih diam.

Eh, ayah sekarang sudah menjadi orang bisu pulakah? Betulkah kerana sekarang sudah dekat orang hendak mengundi maka orang kecil macam kita kena belajar jadi orang bisu?

Anak aku bertanya lagi.

Aku mengangkat punggung dari sofa dan lekas-lekas ke kamar mandi.

Di kamar mandi, bersendirian, aku menangis sepuas-puas hatiku.

Aku tidak tahu kenapa. Mungkin kerana aku malu dan takut dikatakan bodoh oleh anak perempuanku yang baru berusia enam tahun.

Mac 4, 2008

BANTU DAN SOKONG


ADA seorang manusia yang memang aku kenal mendor-dor pintu depan rumahku berkali-kali.

Heh. Kau tidak keluar membantu dan menyokongkah? Begitu tersembur tanya dia sebaik sahaja kungangakan agak lebar pintu depan rumahku.

Membantu dan menyokong apa pula? Tanya aku bercampur sedikit rasa sebal di dalam hati.

Itulah. Bukankah sekarang ini para pemancing itu sekarang ini sedang sebok menjajakan umpan kerana tidak berapa lagi pesta memancing besar-besaran akan berlangsung.

Tidak kuasa aku. Dari aku bersekongkol dengan mereka yang gemar membelitkan kata dan lidah itu, lagi baik aku diam-diam di kamar. Membacakah atau menulis. Atau berwirid dan beratib. Ada juga faedah atau pahalanya.

Kau ini memang warga yang tidak bertamadun dan prihatin. Sana dan sini orang sebok menunjukkan sokong dan menghulur tenaga untuk membantu, kau pula hanya mahu berkurung di dalam bilik. Hih. Manusia apalah kau ini.

Entah kenapa. Tiba-tiba sahaja darah terasa menyirap ke mukaku. Sungguh aku tidak pasti dan tahu kenapa. Leher baju dia kucekau. Barisan gigiku di bahagian atas dan bawah kukacipkan.

Kau jangan melampau. Kalau kau hendak buat dan kerjakan benda-benda itu, itu kau punya sukalah. Tetapi kau jangan hendak cakap ikut sedap mulut pada orang lain yang tidak mahu ikut dan menurut cara kau. Kautahu tidak? Aku ada cara aku sendiri bagaimana hendak menyokong. Kau tidak perlu sebok. Aku bukan budak-budak. Kau tahu, hah?

Aku menjerkah dia sekuat hatiku. Aku tidak tahu kenapa boleh darahku tiba-tiba sahaja berasa menyirap.

Dan dia kulihat terkebil-kebil. Wajah dia kulihat pucat pasi. Kata orang, kalau ditoreh pun tidak sedikit pun mengeluarkan darah.

Mac 4, 2008

February 24, 2008

TUAN KEDEKI MEMBAWA BATANG PANCHING


SAYANG dan cinta Tuan Kedeki kepada batang pancingnya kini sudah sampai ke suatu tahap yang melampau-lampau.

Kemana-mana, duduk dan bangun, tidur dan baring, Tuan Kedeki tetap tidak renggang dan berpisah dengan batang pancingnya itu.

Menurut tukang yang membawa cerita, konon Tuan Kedeki tidak mahu berpisah dengan batang pancingnya itu tidak lain dan tidak bukan adalah kerana mematuhi nasihat tok dukun yang sudah sekian lama menjadi penasihat Tuan Kedeki di lapangan pancing dan memancing ini.

Buruk sangatlah padahnya kalau tuan berenggang dengan batang pancing tersebut. Begitu tukang yang membawa cerita mengulangi kata nasihat yang konon diucapkan tok dukun Tuan Kedeki itu.

Kononnya, batang pancing itu kini selain menjadikan alat untuk memancing segala yang boleh Tuan Kedeki pancing, juga menjadi pendinding diri Tuan Kedeki dari ancaman segala musuh yang cuba menjatuh dan memusnahkan dirinya.

Kononnya, dengan cara melibas-libaskan batang pancing itu ke kiri dan ke kanan setiap waktu, akan selamatlah Tuan Kedeki dari segala marabahaya.

Hinggalah pada suatu pagi. Batang pancing yang dilibas-libaskan oleh Tuan Kedeki itu mengenai batang hidung isteri Tuan Kedeki yang cantik lagi rupawan itu.

Apalagi. Mengamuk sakanlah isteri Tuan Kedeki yang cantik lagi rupawan itu. Dan Tuan Kedeki sepatah haram kata pun tidak berani hendak dia sebut. Kerana Tuan Kedeki tahu, kalau semakin dia menjawab segala amuk dan racau isterinya yang cantik lagi rupawan itu, maka akan semakin galak dan bertambahlah amuk dan racau isterinya.

Dan pada sebelah malamnya, serta malam-malam seterusnya, tidurlah Tuan Kedeki di kamar beradunya yang lain seorang diri. Tanpa isteri yang cantik lagi rupawan. Hanya bertemankan sebatang batang pancing.

Sebatang pancing yang dibawa Tuan Kedeki kemana-mana. Tanpa pernah berenggang walau sedetik pun adanya.


Februari 24, 2008

February 22, 2008

PESANAN YANG ENTAHKAN BETUL ENTAHKAN TIDAK

SEKARANG ini kalau hendak cakap dan tulis apa-apa kena hati-hati.

Semakin banyak pantang dan larangan.

Tidak kena cara boleh masuk ke dalam.

Jangan cari nahas dan penyakit.

Kau boleh dituduh perkauman dan anti semangat perpaduan.

Walaupun orang kencing atas kepala kau, diam dan sabar sahajalah.

Sekarang ini hendak ke mana-mana kena selalu bermuka manis.

Jangan lihat salah pemimpin tetapi lihatlah sumbang dan jasa pemimpin.

Paling pantang, jangan sebut nama binatang tertentu, perilaku tertentu, walaupun memang pun patut disebut dan ditulis.

Kalau di dalam kau pun sama haprak dan munafik, itu tidak mengapa selagi kau selalu pandai berlagak wali dan baik.


Februari 23, 2008

KAMI MEMILIH KAU SEBAGAI WAKIL

KAMI yang menyandang gelar rakyat memilih kau sebagai wakil yang bernama atas nama rakyat: wakil rakyat.

Sebagai rakyat, setelah memilih kau sebagai wakil kami, kami pinta bersedialah kau untuk menyuarakan kehendak dan perasaan rakyat yang kauwakili.

Sebagai rakyat, kami pinta janganlah kau berbuat selain dari itu.

Sebagai rakyat, terutamanya kami pinta, janganlah kau menjadikan kami ini sebagai alat dan tungganganmu untuk memenuhi kehendak dan nafsu serta apa sahaja yang demi atas kepentingan dirimu semata-mata.

Sebagai rakyat, kami pinta, jadilah wakil kami yang ikhlas, jujur, amanah dan bertanggungjawab.

Sebagai rakyat, kami pinta suarakanlah kehendak dan perasaan kami. Tunai dan fikirkanlah segala keperluan demi masa depan kami.

Dan pada waktu yang sama, bantulah kami mencapai cita-cita untuk menjadi terus dan kekal, sebagai suatu bangsa yang bebas, bermaruah, punya identiti yang jelas dan bahasanya sendiri, terhormat dan tidak dinajisi di negerinya sendiri.

Kerana, kami tidak mahu menjadi pengemis di negeri sendiri, atau berfikir dan berbicara dengan kata dan bahasa yang tidak kami fahami.

Bersama sebahu dan bantulah kami yang tidak hanya meminta tetapi sentiasa gigih dan berusaha.

Kerana itulah kami sebagai rakyat memilih kau menjadi wakil kami.

Februari 23, 2008

AKHBAR HARI INI

HARI ini kalau hendak beli akhbar fikir banyak kali. Sesudah dibeli rasa menyampah dan rugi pula kerana telah dan sudah membeli.

Hendak dicampak sahaja ke dalam keranjang sampah selepas sekejap membaca pun, terasa juga rugi.

Akhbar hari ini hampir dua pertiga berkisah mengenai orang yang hendak menjadi wakil (wakil menyuarakan kehendak dan perasaan rakyat), kisah-kisah bendera dan lambang- mana yang cantik elok serta perlu dipilih, foto demi foto yang menyeringai gembira atau ada juga yang mendungnya seperti lama bergayut.

Terasa mual dan bosan juga membaca bila berasa apa yang terlalu diwar-warkan sampai ke tahap melampau dan berlebih-lebihan.

Rasanya seperti membeli sebuah akhbar yang memuatkan berita-berita khusus mengenai partai khusus yang memiliki akhbar berkenaan.

Seolah-olah akhbar hari ini memang tidak mahu lagi menjadi media yang bebas dan natural.

Membaca akhbar hari ini, berasa seperti membaca kisah dan cerita yang terlalu diada-adakan.

Dan yang diyakini tidak berbohong hanyalah iklan dan berita sukan.

Februari 23, 2008

February 21, 2008

BERKISAH MENGENAI BABI

LULUH sunguh terasa di dalam hati.

Mereka datang kerana tugas. Bukan sesuka hati datang.

Kehadiran babi berdekatan rumah dan kawasan penduduk memang sudah lama diketahui umum.

Lagi pula kandang-kandang babi itu kebanyakannya diwujudkan secara haram. Maksudnya tidak “dilesenkanlah”.

Jadi sebagai petugas mereka datang kerana telah diarahkan. Arahannya jelas. Kandang yang tidak “berlesen” hendaklah ditutup.

Tetapi apa terjadi?

Mereka yang datang kerana hendak bertugas ditujah-tujah dengan sangkar babi yang memang jelas menjadi najis kepada manusia yang beragama Islam.

Macamlah mereka itu langsung tiadak ada harga diri. Mereka datang kerana tugas. Tetapi sebegitu mudah ditujah dan dipermainkan oleh penternak babi yang sejak awal sudah diakui pihak berwajib sebagai haram.

Luluh sungguh hatiku melihat kejadian itu.

Tetapi bila aku bercerita, ada pula orang tertentu yang meracau-racau marah. Seolah-olah dia pun ada juga turut masyuk saham bersama kewujudan kandang-kandang babi itu.

Aku bukan pun peduli sangat pasal marah itu.

Dan kini kisah babi itu pun orang seperti sudah lupakan.

Mungkin, sebahagian besar babi itu, antaranya, sudah turut dipindahkan ke kawasan rumah mereka yang marah kerana aku bercerita pasal babi itu.

Sebab apa aku kata begitu?

Kalau kewujudan babi-babi itu masih meracau ketenteraman penduduk dengan baunya, tentu masih ada kedengaran berita atau khabar mengenainya.

Tetapi sekarang mana ada?

Itulah sebab aku katakan bahawa sebahagian besar babi itu, antaranya, sudah turut dipindahkan ke kawasan rumah mereka yang marah kerana aku bercerita pasal babi itu.

Ha. Pembela babi-babi itu hendak marah, marahlah.

Patut yang kita simpatikan adalah petugas berseragam yang ditujah dengan keranjang babi itu.

Ini tidak, aku yang bercerita pula yang menjadi alasan marah.

Haprak sungguh.

Februarib 22, 2008

SESI SOAL JAWAB MENGENAI KENAL TIDAK?

+ERM .... Saudara...

-Ya? Saya? Kenapa?

+Saudara Anu yer?

-Ya. Saya. Saudara pula dari mana dan siapa namanya. Boleh saya tahu?

+O. Saya Oneng. Dari Jabatan X.

-O. Dari menaralah ini?

+Ya. Ya.

-Apa ada acara di sini? Atau memang bersama dengan Encik XYX juga.

+Ya. Ya.

-Selamat datang ke mari. Selamat datang.

+Terima kasih.

-A. Tadi seperti ada yang hendak ditanyakan dari saya.

+Ya. Ya. Begini. Erm. Saudara Anu kenal tidak dengan seorang bernama (dirahsiakan)?

-Kenal. Kenal. Kenapa?

+Dulu dia pernah minta pendapat saya. Kerana hendak hentam saudara Anu di dalam tulisannya.

-O. Itu. Biarkanlah dia hendak cakap apa. Saya tetap begini juga. Setakat baca dan tidak pula terfikir hendak ambil peduli.

+Sungguh-sungguh dia minta pendapat saya.

-Terima kasihlah kerana saudara beritahu.

+Itulah. Kerana terlanjur bersua muka inilah yang saya beritahu saudara hal ini.

-Hah. Ha. Ha.

+Kenapa saudara ketawa?

-Kalau begitu cara dia, sia-sialah dia cakap berdegar-degar dalam tulisannya. Rupanya dia terpaksa dan berasa perlu juga minta pendapat orang lain untuk meyakinkan diri dia. Patutnya, kalau dia rasa hendak jawab tulisan saya dan hendak hentam saya dalam tulisan dia, saya rasa, dengan kedudukan dia sebagai seorang (pekerjaan profesionalnya dirahsiakan), dia sepatutnya sudah lebih dari boleh berbuat demikian. Tulis dan hentamlah saya dengan pendapat dia sendiri. Bukan dengan sokongan pendapat orang lain.

Haprak juga dia, ya? Pengecut dan bacul juga dia, ya?

Nama sahaja berjawatan (pekerjaan profesionalnya dirahsiakan).

+(Terkebil-kebil)

Februari 22, 2008

February 20, 2008

SESI SOAL JAWAB MENGENAI PILIHAN

+DALAM keadaan sekarang pilihan mesti cepat dan tepat.

-Betul. Betul itu.

+Pilihlah warna yang tepat dan lambang yang betul.

-Betul. Betul.

+ Kau pilih warna apa? Lambang apa?

-Mana boleh beritahu. Rahsia. Rahsia.

+Kalau silap kaupilih. Nahaslah. Kerana pilihan itulah yang menentukan nasib masa depan bangsa kita.

-Wah.

+Tersilap pilih. Tanggunglah akibatnya. Meranalah jawabnya.

- Heh. Kau jangan hendak buat kelakarlah. Sejak bila pula kau pandai cakap mengenai nasib masa depan bangsa ini? Selama ini, apa yang kau buat itu banyak yang aku lihat macam kau tidak pedulikan pun mengenai itu. Kau buat sesuka hati sahaja. Hanya akhir-akhir ini sahaja baru kautimbulkan itu.

+Jangan tuduh sembarangan. Nanti padah kau.

-Aku cakap perkara yang aku fikir betul.

+Sah sudah. Kau ini aliran pembangkang. Pengikut pembangkang.

-Memang aku membangkang. Bila aku rasa ada benda dan perkara yang tidak betul.

+Sudah jelas. Kau memang penyokong pembangkang.

-Memang aku menyokong sesiapa yang membangkang perkara dan benda yang aku rasa patut dibangkang.

+Sah. Sah. Kau ini memang penyokong parti pembangkang!

-Heh. Aku peduli apa parti-parti ini. Tugas aku masa memilih aku pilihlah. Aku tidak fikir pun parti apa. Pembangkang atau tidak sama sahaja.

+Kena pilih salah satu.

-Ah. Semuanya sama sahaja. Sesiapa pun. Kalau dapat peluang hendak sunglap, maka akan disunglapnya juga. Ini bukan soal parti apa atau lambang apa.

+Habis parti apa yang kaupilih?

-La. Yang kausebok sangat hendak tahu ini kenapa? Kan pilihan itu rahsia. Kalau kaurasa kau sudah laksanakan tugas dan tanggungjawab kau demi bangsa dan negara kau, kenapa hendak rasa khuatir aku tidak hendak pilih kau? Lainlah kalau kau memang ada niat yang lain.

+Niat yang lain apa lagi?

-Manalah aku tahu. Aku tengok kau pun bukan main lagi sekarang. Lincah dan galak semacam sahaja.

+Itu sudah jadi tugas aku.

-Baguslah kalau kau sedar tugas dan tanggungjawab kau. Bagi aku senang sahaja. Asalkan kau tidak mahu jual negeri dan bangsamu sendiri kepada orang lain, semata-mata kerana hendak kekalkan kerusi bernama kuasa yang dipinjamkan kepada kau itu, itu kira syukur sangat-sangatlah.

+Heh. Kenapa kau kata begitu.

-Bukan apa. Aku lihat belakangan ini. Apa sahaja yang orang lain minta kau akan beri dan tunaikan. Walaupun ada yang mereka minta itu keterlaluan dan mempersendakan.

+Apa dia?

-Heh. Itu pun kau tidak tahu. Apa kau ni?

Februari 21, 2008